Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.bung] | ڤڠهوبوڠ

Definisi : (alat, orang, dll) yg meng­hubung(kan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hu.bung] | ڤڠهوبوڠ

Definisi : 1 orang yg menghubungkan. 2 alat yg digunakan utk menghubungkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Jadi penghubung kaki tangan.

Bermaksud :

Tempat harapan atau kepercayaan yang selalu memberi pertolongan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, Adakah di samping itu tergolong dalam penanda wacana?'Di samping itu' ialah penghubung wacana (penghubung tambahan) yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatan sebelumnya. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 526. Tatabahasa03.04.2011
Apakah perbezaan di antara oleh yang demikian dan oleh itu?Kedua-dua frasa tersebut merupakan penanda wacana penghubung musabab. Penghubung musabab ini digunakan untuk sebab berlakunya sesuatu. Tiada perbezaan penggunaan frasa tersebut dalam ayat yang menunjukkan sebab berlakunya sesuatu. Kedua-duanya boleh digunakan.
Tatabahasa16.08.2012
salam..apakah pengertian bahawa bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi dan ingin pengertian penanda penghubung, penanda penggantian dan penanda pengguguran yang terdapat dalam penanda wacana.

Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi ialah bahasa yang digunakan dalam semua bentuk komunikasi, iaitu komunikasi lisan dan komunikasi tulisan. Bahasa Melayu yang menjadi bahasa komunikasi juga berperanan sebagai bahasa perpaduan yang digunakan oleh setiap lapisan masyarakat di negara ini. 

Penanda penghubung ialah perkataan atau frasa yang menghubungkan sesuatu maklumat dengan maklumat yang lain dalam wacana. Penanda penghubung dapat dikategorikan kepada empat jenis,iaitu penghubung tambahan, penghubung tentangan, penghubung musabab dan penghubung tempoh.

Penanda penggantian ialah perkataan atau frasa yang menggantikan perkataan atau frasa lain dalam wacana yang sama.penanda wacana jenis ini terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, atau klausa.

Penanda pengguguran atau elipsis ialah pengguguran perkataan atau frasa yang telah dinyayakan dalam ayat sebelumnya.

Sebagai bacaan dan rujukan tambahan sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.        

Tatabahasa28.04.2008
Bolehkah frasa Tambahan lagi/Malah/Malahan digunakan sebagai penanda wacana dalam karangan? atau lebih sesuai digunakan pada bahagian tengah-tengah ayat? tq

Saudara Yew,

Penggunaan frasa tambahan lagi, malah atau malahan merupakan penanda penghubung, iaitu penghubung tambahan yang memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.  Oleh itu, ia boleh digunakan bergantung pada struktur ayat yang dibina. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 525.

Tatabahasa09.02.2010
Mengapakah penanda wacana ‘justeru’ tidak boleh digunakan pada permulaan ayat?Justeru yang bermaksud malahan, bahkan, jadi, oleh itu digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya dan boleh digunakan pada permulaan ayat.Tatabahasa10.08.2022
1.Mohon pencerahan berkenaan perkataan kata penghubung/ kata keterangan yang tepat: Bagaimanapun atau Walau bagaimanapun atau kedua - dua boleh? 2. Mohon pencerahan penggunaan kata penghubung yang tepat: Kursus berkenaan diaddakan dari 10 hingga 15 Mei 2021 atau pada 10 hingga 15 Mei 2021 atau Bagaimana? Sekian, terima kasih.Kata hubung "bagaimanapun" dan "walau bagaimanapun", kedua-duanya boleh digunakan mengikut konteks ayat. Kedua-dua kata hubung "dari" dan "pada"  boleh digunakan mengikut konteks ayat contohnya,  Kursus berkenaan akan/telah diadakan dari 10 hingga 15 Mei 2021 atau pada 10 hingga 15 Mei 2021. 
Tatabahasa04.05.2021
Penggunaan frasa "Sehubungan dengan itu..." dalam surat rasmi sebagai penghubung wacana adakah tepat?Jika berkenaan frasa "sehubungan dengan itu", frasa tersebut adalah  betul sebagai penghubung wacana.Tatabahasa27.05.2015
Salam sejahtera. Saya ingin tahu :Adakah frasa"akhir sekali" atau "akhirnya" dapat digunakan sebagai penanda wacana untuk penutup perenggan seperti penanda wacana lain "kesimpulannya" ,"Tuntasnya" dan "Konklusinya"? ribuan terima kasih kepada tuan/puanUngkapan 'akhir sekali' sering dikaitkan dengan perkara yang paling akhir dilaksanakan dan hanya digunakan dalam bahasa lisan. Manakala 'akhirnya' boleh digunakan sebagai penanda wacana iaitu penanda penghubung tempoh. Penghubung tempoh ialah penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu.Tatabahasa23.02.2013
Bolehkah ayat ini digunakan: Jesteru, dengan rasa rendah diri, Majlis ingin memohon jasa baik tuan untuk menaja persembahan tersebut.Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, justeru bermaksud 1. kebetulan, tepat, kena benar; dan 2. malahan, bahkan. Justeru yang bermaksud malahan digunakan sebagai penanda wacana penghubung yang merupakan penghubung untuk memberikan maklumat tambahan kepada sesuatu perkara yang diperkatakan sebelumnya.
Contoh justeru (penanda wacana):
a. Saya amat menyayangi dia, justeru merancang untuk melamarnya hujung bulan ini.

justeru (kebetulan, tepat)
a. Justeru lalu di hadapan kedai buku, Jamilah terus singgah mendapatkan buku yang dihajatinya.

Maksud "justeru" pada ayat "Justeru, dengan rasa rendah diri, Majlis ingin memohon jasa baik tuan untuk menaja persembahan tersebut" tidak menepati maksud "malahan" atau "kebetulan"
Lain-lain21.06.2016
Adakah perkataan "absen" merupakan kata adjektif atau kata kerja? Bagaimana pula perkataan "akhirnya"?

(1) Perkataan absen ialah kata kerja transitif merupakan bahasa pasar dan tidak digunakan dalam situasi rasmi.

       (2) Perkataan akhirnya ialah penanda wacana, iaitu penanda penghubung tempoh. Penghubung tempoh ialah
             penanda penghubung yang menunjukkan urutan masa atau siri berlakunya sesuatu.
Tatabahasa01.06.2014
12345678910...

Kembali ke atas