Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.ja.han] | ڤڠحجهن

Definisi : perihal memberikan hujah ten­tang (sesuatu), pengemukaan pendapat berserta alasan tentang sesuatu: keupayaan menurunkan fikiran dan perasaan ke dlm bentuk tulisan dan ~ sesuatu persoalan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
hujah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan alasan, pandangan, bukti, dalil, pendapat, kewajaran, kerasionalan;,
Kata Terbitan : berhujah, menghujahkan, hujahan, penghujahan, penghujah,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makanan pedas didapati berupaya menjadi agen yang merangsang selera makan dengan menggalakkan peredaran air liur dan jus gastrik. apakah jenis ayat ini? pendedahan atau penghujahanJenis ayat ini ialah ayat penyata yang mendedahkan sesuatu fakta.Lain-lain15.01.2015
Saya berminat menganalisa novel Cakra Waruga karya Pak Arena Wati untuk Extended Essay. Topik yang saya ingin bincangkan ialah berkenaan tentang kritikan dan masalah yang dihadapi oleh golongan intelek. Apa perkataan yang saya boleh gunakan untuk menggabungkan kedua-dua ini. Saya bercadang untuk menggunakan perkataan "polemik", adakah ia relevan?

Perkataan polemik lazimnya digunakan bagi tujuan yang melibatkan kegiatan pertukaran, perbantahan atau perdebatan antara dua pihak yang berbeza pandangan mengenai sesuatu isu/masalah.  Jika  saudara melakukan penghujahan dengan menggunakan teknik/kaedah sedemikian dalam esei saudara,  maka saudara bolehlah menggunakan perkataan tersebut bagi tujuan penghujahan subjek yang ingin saudara ajukan.

 Adakah soalan saudara itu juga bertujuan untuk mendapatkan judul esei yang sesuai?  Jika demikian saya mencadangkan judul esei saudara ialah " Analisis kritis permasalahan golongan cendekia dalam Cakra Waruga"atau "Polemik permasalahan golongan cendekiawan dalam Cakra Waruga" dengan memasukkan hujahan sokongan dan sanggahan. 

Salam takzim.

Lain-lain03.08.2010
Apakah faedah-faedah belajar Wacana Profesional Berimpak Tinggi (Kertas Cadangan dan Laporan) dan Pertemuan Munsyi Dewan (Bahasa, Sastera dan Jawi) dalam Bahasa Melayu?Salam sejahtera,

Wacana Profesional Berimpak Tinggi dan Pertemuan Munsyi Dewan (Bahasa, Sastera dan Jawi) dalam Bahasa Melayu

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Faedah menyertai Kursus Wacana Profesional Berimpak Tinggi (Kertas cadangan dan Laporan):
* Peserta dapat mempelajari kaedah penyusunan idea yang baik dan penghujahan idea yang mantap.
* Peserta dapat meminimumkan kesalahan bahasa dalam penulisan kertas cadangan dan laporan. 

Pertemuan Munsyi diadakan khusus untuk mereka yang ditauliahkan sebagai Munsyi Dewan (Bahasa/Jawi/Sastera). Pertemuan ini akan menggunakan bahasa Melayu. Sekiranya puan memerlukan maklumat lanjut tentang perkara ini, puan bolehlah menghubungi pegawai Akademi DBP, iaitu Puan Fauziah binti Hassan melalui talian telefon 018-3558657 atau e-mel hfauziah@dbp.gov.my

Sekian, terima kasih.
Lain-lain01.07.2021
1.Apakah definisi retorik penceritaan? 2.Apakah tujuan retorik penceritaan? 3.Apakah ciri-ciri retorik penceritaan? 4.Apakah aspek penting retorik penceritaan?

Saudara,

1. Retorik Penceritaan atau naratif ialah suatu bentuk penyampaian melalui cerita sama ada dalam bentuk penulisan atau lisan. dalam bentuk penulisan, retorik ini meliputi pelbagai jenis seperti cerpen, novel,drama, biografi dll.

2. Retorik melibatkan seni penggunaan bahasa yang melibatkan penyampaian idea yang menarik dan berkesan  dengan tujuan untuk memujuk, mempengaruhi, meyakinkan pembaca / pendengar tentang sesuatu perkara (Nik Safiah & Wan Malini).

3. Ciri-ciri retorik penceritaan ialah

a. retorik bentuk ini mempunyai bahagian pendahuluan, perkembangan cerita, konflik dan peleraian,

b. gaya bahasa yang digunakan bersifat imajinatif, menggunakan bahasa sastera seperti imejan, perlambangan, metafora, persenofikasi dll.

c. terdapat sedikit kebebasan  tatabagasa kerana bersifat ekspresi.

4. aspek-aspek penting dalam retorika; pemerian, pemujukan, penerangan,  penceritaan, pendedahan dan penghujahan.

sekian, terima kasih.  

Sastera31.01.2011

Kembali ke atas