Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.jung] | ڤڠهوجوڠ

Definisi : akhir, kesudahan, penghabisan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hu.jung] | ڤڠهوجوڠ

Definisi : akhir; penghabisan: ~ bulan (minggu, tahun dll) akhir bulan (minggu, tahun dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pencerahan untuk penggunaan titik noktah di penghujung ayat. Sekiranya penggunaan YBhg. Prof. Dr. di penghujung ayat, adakah YBhg. Prof. Dr. atau YBhg. Prof. Dr.. Adakah betul sekiranya ada dua titik noktah di penghujung ayat. Contoh ayat : "Bersama-sama ini dilampirkan Atur Cara Majlis Sambutan Hari Kitar Semula 2017 seperti di Lampiran 1 untuk perhatian YBhg.Prof. Dr.." Sekian, terima kasih.Tidak perlu dua titik. Cukup satu titik sahaja. Namun begitu, Sebaik-baiknya elakkanlah penggunaan YBhg. Prof. Dr. di akhir  penghujung ayat.

Terima kasih.
Lain-lain30.10.2017
Mohon pencerahan. Penggunaan titik noktah di penghujung ayat. Sekiranya penggunaan YBhg. Prof. Dr. di penghujung ayat, adakah YBhg. Prof. Dr. atau YBhg. Prof. Dr.. Terima kasih.
Tidak perlu dua titik. Cukup satu titik sahaja. Namun begitu, Sebaik-baiknya elakkanlah penggunaan YBhg. Prof. Dr. di akhir  penghujung ayat.
Ejaan26.10.2017
Bagaimana hendak menterjemah ucapan "bye" di penghujung perbualan telefon?Bye-bye dalam penghujung perbualan telefon boleh diterjemahkan kepada perkataan lain yang sepadan dengan budaya kita, seperti selamat tinggal , selamat jalan atau mengakhirinya dengan ucapan salam.Penyemakan dan penterjemahan05.04.2015
Dalam memecahkan di penghujung baris perkataan yang ejaannya boleh bermula dengan mana-mana huruf 'a/e' atau 'k', contohnya alih/kalih dan embut/kembut yang menggunakan imbuhan meN, contohnya 'mengalih' dan mengembut adakah ia dipisahkan pada sukukata mengikut perubahan dari imbuhan (me-nga-lih/me-ngem-but) di mana pilihan ini menganggap kata dasar bermula dengan 'k' atau pada pecahan kata dasar (meng-a-lih/meng-em-but) di mana pilihan ini menganggap kata dasar bermula dengan 'a'?Kata dasar bagi mengalih dan mengembut ialah alih dan embut. Dalam proses pengimbuhan, imbuhan awalan meng- akan menerima kata dasar yang di pangkal perkataan vokal.Tatabahasa27.12.2013
Bolehkah sekiranya saya menggunakan di mana pada penghujung ayat. Seperti Dahan pokok mangga itu jatuh di mana? Mohon penjelasan pihak DBP. Terima kasih.
Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ayat tanya digolongkan kepada dua jenis, iaitu ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan unsur tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang lazimnya diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Dalam tulisan, nada tanya ini dilambangkan oleh tanda soal (?). Contohnya: Encik Zulkifli pengurus syarikat itu? Ayat tanya dengan unsur tanya ialah ayat yang mengandungi unsur seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila. Ayat jenis ini terdiri daripada tiga golongan, iaitu ayat tanya dengan kata tanya (Contohnya: Hari perkahwinannya bila?) , ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya (Contohnya: Gurunya siapa?) dan ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya (Contohnya: Abang kamu belajar di mana?). Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk  Tatabahasa Dewan. 
Tatabahasa28.05.2020
UNTUK SINGKATAN SENDIRIAN BERHAD IAITU SDN BHD, APAKAH WAJIB UNTUK MELETAKKAN TANDA TITIK DI KEDUA DUA PENGHUJUNG SDN DAN BHD IAITU SEPERTI SDN. BHD. ATAU BOLEH JUGA TANPA TITIK SEPERTI SDN BHDEjaan yang betul ialah Sdn. Bhd., mesti ada tanda titik kerana ejaan tersebut ialah singkatan kepada Sendirian Berhad.Ejaan24.05.2012
Penggunaan ritma pantun yang kurang tepat, semasa penutup kata pada setiap kali Berita RTM. "Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka". Ritma di penghujung 'ra' dan 'ka', agak pelik. Mohon pencerahan.Untuk makluman, rima ialah  bunyi yang sama pada huruf akhir atau suku kata akhir dalam baris puisi (pantun). Rima akhir pula ialah rima pada setiap baris sesebuah puisi seperti rima dalam pantun empat kerat, iaitu a,b; a, b. Untuk rima akhir perkataan "segara" dan "merdeka", iaitu "ra" dan "ka" merupakan rima yang dikenali sebagai rima yang tidak sempurna tetapi diterima kerana bunyinya hampir sama apabila didengar. Sastera27.02.2024
Adakah 'tagline' Bahasa Malaysia yang diberikan seperti lampiran di bawah, adalah refleksi terbaik untuk tagline dalam Bahasa Inggerisnya? Adakah translasinya tepat atau sesuai?Tukar "Kemungkinan tiada penghujung" kepada perkataan lain kerana maksudnya tidak jelas dan tidak difahami.Penyemakan dan penterjemahan05.12.2016
Mohon Pencerahan sama ada penggunaan kata penghubung ayat di bawah berikut betul: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja DI penghujung tahun atau PADA saat akhir.Salam sejahtera, Ayat yang betul ialah: Selain itu, ia membantu agensi melaksanakan perolehan dengan terancang dan teratur serta mengelakkan amalan berbelanja pada saat-saat akhir. Sekian, terima kasih.Tatabahasa01.05.2020
apakah perbezaan akhirat dengan kiamat?

 

Kiamat ialah hari ditiupkan sangkakala dan manusia dibangkitkan dari kubur.

Akhirat ialah satu alam  terakhir tanpa penghujung yang perlu dilalui oleh setiap manusia. Bermula apabila manusia dibangkitkan dari kubur .

 

Lain-lain19.02.2010
123

Kembali ke atas