Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.lu] | ڤڠهولو

Definisi : 1. sl ketua, kepala: ~ dapur; ~ kenaikan; Nabi Muhammad SAW adalah ~ segala nabi dan rasul; 2. ketua sebuah mukim, lurah, penggawa; 3. Mn ketua (kepala) adat; 4. Id ketua yg mengurus hal-hal agama daerah, kadi; 5. Id penasihat hal-hal agama Islam dlm mahkamah negeri; ~ andeka Mn ketua adat, undang; pantangan ~ menyingsingkan lengan prb orang yg berakal budi harus banyak berfikir dan jangan terdorong oleh hawa nafsu; berpenghulukan menganggap (menjadikan) seseorang sbg penghulu, berketuakan: orang-orang Bugis ~ Raja Haji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hu.lu] | ڤڠهولو

Definisi : 1 orang yg dilantik menjadi ketua dlm sesuatu urusan: ~ istana. 2 orang yg menjadi ketua (kepala) sesuatu mukim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penghulu

Puisi
 

Belahnya belum bunyinya malam,
     Bunyi di darat rumah penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Barang bersurat dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Pantangan penghulu menyingsingkan lengan.

Bermaksud :

Orang yang berakal budi, tidak mudah terdorong oleh hawa nafsu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengunjong[m«.Nun.dZoN]kata kerjamenziarahi kematian.Ramai orang mengunjong tengok tok pengulu mati.[ÒA.mAj .ÒAN m«.Nun.dZoN tE.N/ to/ p«.Nu.lu mA.ti]Ramai orang menziarahi kematian tok penghulu.
nasik kawah[nA.si/ kA.wAh] nasi yang dimasak dengan menggunakan kawah untuk dimakan beramai-ramai.Tok Pengulu buat jamu nasik kawah kat anak buah dia.[to/ p«.Nu.lu bu.wAt dZA.mu nA.si/ kA.wAh kAt A.nA/ bu.wAh di.jA]Tuk Penghulu memberi jamuan nasi kawah kepada penduduk di mukimnya.
uaq-uaq[wA)Ö.wA)Ö]kata namapengumuman yang dibuat dengan meneriakkan kuat-kuat.Tok pengulu dok uaq-uaq kat orang kampong suroh berimpon kat Balai Raya esok.[to/ p«.Nu.lu do/ wA)Ö.wA)Ö kAt .ÒAN kAm.poN su.Òoh b«.Òim.pon kAt bA.lAj ÒA.jA E.s/]Tok penghulu menguar-uarkan orang kampung supaya berkumpul di Balai Raya besok.
bewak gabok[bE.wA/ gA.bo/] pencuri, pencuri besar (bahasa kasar)Malam kemaren bewak gabok masok rumah pengulu, dia kebaeh duet dengan barang kemaeh habeh.[mA.lAm k«.mA.Òen bE.wA/ gA.bo/ mA.so/ Òu.mAh p«.Nu.lu di.jA k«.bAEh du.wet d«.NAn bA.ÒAN k«.mAEh hA.beh]Malam kelmarin pencuri telah masuk ke rumah tok penghulu, habis dicurinya wang dan barang kemas.

Kembali ke atas