Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.lu] | ڤڠهولو

Definisi : 1. sl ketua, kepala: ~ dapur; ~ kenaikan; Nabi Muhammad SAW adalah ~ segala nabi dan rasul; 2. ketua sebuah mukim, lurah, penggawa; 3. Mn ketua (kepala) adat; 4. Id ketua yg mengurus hal-hal agama daerah, kadi; 5. Id penasihat hal-hal agama Islam dlm mahkamah negeri; ~ andeka Mn ketua adat, undang; pantangan ~ menyingsingkan lengan prb orang yg berakal budi harus banyak berfikir dan jangan terdorong oleh hawa nafsu; berpenghulukan menganggap (menjadikan) seseorang sbg penghulu, berketuakan: orang-orang Bugis ~ Raja Haji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hu.lu] | ڤڠهولو

Definisi : 1 orang yg dilantik menjadi ketua dlm sesuatu urusan: ~ istana. 2 orang yg menjadi ketua (kepala) sesuatu mukim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penghulu

Puisi
 

Belahnya belum bunyinya malam,
     Bunyi di darat rumah penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Barang bersurat dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Pantangan penghulu menyingsingkan lengan.

Bermaksud :

Orang yang berakal budi, tidak mudah terdorong oleh hawa nafsu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Buku

JudulPenerbitKeluaranTahun TerbitISBN
Penghulu di Minangkabau (penghulu as traditional elite in Miangkabau)Singapore University PressTiada2006 
Penghulu yang hilang segala-galanyaPenerbit Fajar Bakti Sdn BhdTiada1998967 65 5587 8
Penghulu RasyidFidalaineTiada1982 
Penghulu Said Tiada1982 
Penghulu Bintang Banyak Tiada1999 
Penghulu zalim mendapat balasan Tiada2012978-967-0129-12-9
Penghulu di Minangkabau : kesimpulan statistikDepartment of Sociology, University of SingaporeTiada1973 
Penghulu Alang gagah: kumpulan cerita rakyat MalaysiaDewan Bahasa dan PustakaTiada1996983-62-3360-1
Penghulu Alang Gagah : kumpulan cerita rakyat MalaysiaDewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan)Tiada1996983-62-3360-1
Penghulu AbokDewan Bahasa dan PustakaTiada  
123

Kembali ke atas