Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.hu.lu] | ڤڠهولو

Definisi : 1. sl ketua, kepala: ~ dapur; ~ kenaikan; Nabi Muhammad SAW adalah ~ segala nabi dan rasul; 2. ketua sebuah mukim, lurah, penggawa; 3. Mn ketua (kepala) adat; 4. Id ketua yg mengurus hal-hal agama daerah, kadi; 5. Id penasihat hal-hal agama Islam dlm mahkamah negeri; ~ andeka Mn ketua adat, undang; pantangan ~ menyingsingkan lengan prb orang yg berakal budi harus banyak berfikir dan jangan terdorong oleh hawa nafsu; berpenghulukan menganggap (menjadikan) seseorang sbg penghulu, berketuakan: orang-orang Bugis ~ Raja Haji. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.hu.lu] | ڤڠهولو

Definisi : 1 orang yg dilantik menjadi ketua dlm sesuatu urusan: ~ istana. 2 orang yg menjadi ketua (kepala) sesuatu mukim. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penghulu

Puisi
 

Belahnya belum bunyinya malam,
     Bunyi di darat rumah penghulu;
Allah belum menjadikan alam,
     Barang bersurat dari dahulu.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Pantangan penghulu menyingsingkan lengan.

Bermaksud :

Orang yang berakal budi, tidak mudah terdorong oleh hawa nafsu.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Anak penghulu pergi ke baruh, Sampai ke baruh membeli raga; Kalau di hulu air keruh, Di hilir pun keruh juga.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Masa Tok Penghulu, Pakai batu-bata; Masa tetap berlalu, Teruskan cita-cita.Pantun Melayu SarawakNasihat
Jika ke kebun Dato Penghulu, Ambilkan saya biji saga; Jika tuan mati dahulu, Tunggu saya di pintu syurga.Pantun Melayu SarawakSetia Kasih
Rakit bukan sebarang rakit, Rakit penghulu bergalah buluh; Sakit bukan sebarang sakit, Sakit merindu orang yang jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bingka diletak dalam talam, Buat jamuan Dato Penghulu; Jika rindu kukirim salam, Kubisik rindu di angin lalu.Pantun Melayu SarawakKasih
Bukan rakit sebarang rakit, Rakit tempat datuk penghulu; Bukan sakit sebarang sakit, Sakit kami menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ya Allah ya Tuhan kami, Nabi Muhammad penghulu kami; Kitab Quran iman kami, Kaabatullahlah kiblat kami.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Belahnya belum bunyinya malam, Bunyi di darat rumah penghulu; Allah belum menjadikan alam, Barang bersurat dari dahulu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Hiris rojak hantar ke surau, Hendak menjemput datuk penghulu; Gadis bijak orang tak hirau, Ilmu di dapur laksana dulu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Duduk berniaga di Kampung Cina, Buat sempadan Datuk Penghulu; Jangan harap pada bunga, Bunga tidak kembang selalu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas