Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.ja.za.han] | ڤڠيجازهن

Definisi : penganugerahan atau pemberian ijazah: UPM akan memberi kredit ~ kpd beberapa aktiviti kokurikulum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengijazahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalammualaikum dan salam sejahtera, saya ingin membuat pengesahan untuk mengeja perkataan 'sijil graduasi' di dalam tulisan jawi dengan tuan.Dalam pembentukan kata bahasa Melayu, tidak ada kata graduasi. Padanan kata graduation dalam bahasa Melayu ialah pengijazahan, maka kami mencadangkan perkataan "Sijil Pengijazahan yang digunakan" yang ditulis:

فڠيجازهن سيجيل

 

Tatabahasa21.08.2014
bolehkah perkataan graduasi digunakan dalam penyampaian sijil sekolah sedangkan perkataan graduasi adalah daripada perkataan Inggeris Graduation dan tiada dalam kamus DewanDalam pembentukan kata bahasa Melayu, tidak ada kata graduasi. Padanan kata graduation dalam bahasa Melayu ialah pengijazahan.Istilah10.11.2017
salam 1Malaysia. saya Lydia Chung ingin bertanya tentang kesesuaian penggunaan perkataan graduasi dalam bahasa Melayu. saya sedang mereka/membuat borang maklumat individu. pada bahagian kelayakan akademik, saya menghadapi kesulitan untuk menulis ***tarikh graduasi*** Contoh: Kelayakan Akademik : Tarikh Graduasi: sesuai tidak penggunaan graduasi dalam ayat ini. sekian terima kasih.Untuk makluman tuan, perkataan graduasi tidak terakam dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan pengijazahan bagi menggantikan graduasi, iaitu tarikh pengijazahan.Ejaan14.11.2013
Salam sejahtera Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya Canigia Uden. Guru dari SMK Kapit, Sarawak. Saya ingin bertanya tentang perkataan Graduasi. Saya sedia maklum bahawa perkataan ini tiada dalam kamus dewan, juga dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Malah, pernah ada isu dulu bahawa penggunaan perkataan ini tidak dibolehkan di sekolah, terutamanya untuk Tingkatan 6 ataupun MRSM. Oleh kerana sekarang merupakan hujung tahun, banyak sekolah mengadakan majlis kepada pelajar-pelajar yang akan tamat pembelajaran mereka seperti pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 6 dan juga di MRSM. Saya melihat banyak sekolah menggunapakai perkataan ini, "Majlis Graduasi MRSM ABCD", ataupun "Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 6". Jadi, saya keliru. Adakah perkataan ini sudah dibolehkan untuk dipakai dan diterima ? Mohon pencerahan dan penjelasan daripada yang lebih afdal

Padanan bagi kata graduation dalam bahasa Melayu ialah pengijazahan yang bermaksud memperoleh ijazah atau diploma. Bagi pelajar yang akan tamat sekolah tingkatan 5 atau 6, majlis tersebut boleh dinamakan sebagai Majlis Penyampaian Sijil. Walau bagaimanapun, Majlis Graduasi juga sudah boleh diterima pakai.

Istilah24.10.2019
Saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan Graduation..Adakah perkataan ini wujud kerana banyak sekolah yg menggunakan Hari Graduasi,Sijil Graduasi.Harap pihak DBP memberi penjelasan kerana yg wujud hanya perkataan graduan. Mungkin faktor pengaruh penggunaan Bahasa Inggeris(Graduation).Sekian, terima kasih.Menurut data kami, tiada pembentukan kata bahasa Melayu bagi graduasi. Padanan kata graduation dalam bahasa Melayu ialah pengijazahan. Perkataan yang sesuai untuk mengantikan graduasi ialah apresiasi yang bermaksud 1. penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya seseorang atau sesuatu pihak. 2 pengiktirafan dan penghayatan nilai sesuatu karya sastera atau karya seni: Mereka berusaha memperluas kegiatan ~ seni di kalangan masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)Lain-lain12.11.2018

Kembali ke atas