Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.ka.tan] | ڤڠيکتن

Definisi : perihal atau perbuatan mengikat; ~ nitrogen (Bio) a) proses penukaran nitrogen atmosfera menjadi bahan bernitrogen (spt ammonia) oleh sesetengah bakteria tanah (spt Rhizobium), alga biru hijau, dan kulat; b) proses penukaran nitrogen atmosfera menjadi asid nitrik oleh kilat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.ka.tan] | ڤڠيکتن

Definisi : 1 perbuatan atau hal mengikat. 2 ist penukaran sesuatu kpd bentuk yg stabil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikat (kata nama)
1. Dalam konteks alat
bersinonim dengan tali, benang, kain,

2. Bersinonim dengan berkas: kumpulan, gabungan,

Kata Terbitan : berikat, mengikat, terikat, ikatan, perikatan, pengikatan, pengikat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
roll bondingpengikatan gelekanKejuruteraanTiadaKaedah pengikatan resapan diasaskan kepada penggunaan tekanan yang melebihi tegasan alah logam pada suhu pengikatan. Sinonim: pengikatan terkawal kekuatan alah.
covalent bindingpengikatan kovalenBioteknologiTiadaKaedah yang digunakan untuk menyekat gerakan enzim berdasarkan prinsip pengikatan atom secara perkongsian pasangan elektron. Pengikatan ini dilakukan oleh kumpulan karboksil, sulfidril, hidroksil, imidazola, dan sebatian fenol yang bertindak sebagai kumpulan berfungsi untuk pengikatan kovalen.
biological fixationpengikatan biologiPertanianAgronomi

Proses pengambilan unsur dari persekitaran untuk dijadikan sebahagian kandungan tumbuhan yang boleh memenuhi keperluan tumbuhan berkenaan. Pengikatan biologi biasanya merujuk kepada pengikatan molekul nitrogen (N2) dari udara yang dijadikan ammonia dan diserap kepada sel bakteria rhizobia. Rhizobia hidup secara simbiosis pada akar tumbuhan jenis kekacang, dan nitrogen yang diikat dapat digunakan sebagai sumber nitrogen oleh tumbuhan ini. 

bonding orbitalorbital pengikatanKimiaTiadaOrbital molekul yang mempunyai tenaga yang lebih rendah daripada orbital atom yang menerbitkannya. Dalam pembentukan ikatan, elektron dimasukkan ke dalam orbital pengikatan dahulu. Pertindihan dua orbital atom menghasilkan satu orbital pengikatan dan satu orbital pengantiikatan.
bondingpengikatanKimiaTiadaPengikatan: Percantuman atom-atom untuk membentuk molekul.
bundlingpengikatanPentadbiran PerniagaanTiadaPengikatan: Cara mengikat benda pos.
hydrogen bondingpengikatan hidrogenKimiaTiadaPengikatan yang terhasil daripada daya tarikan di antara molekul yang mengandung hidrogen terikat kepada unsur berelektronegatif tinggi.
complement fixationpengikatan komplemenPerubatanTiadaPengikatan komplemen dengan kompleks antigen-antibodi. Tindakan antara komplemen dengan kompleks merupakan asas bagi beberapa ujian, seperti ujian penyakit sifilis, infeksi gonokokus dan demam tifoid.
nitrogen fixationpengikatan nitrogenBioteknologiTiadaPerubahan nitrogen atmosfera menjadi sebatian nitrogen, seperti ammonia dan nitrat oleh beberapa kumpulan organisma. Keperluan pengikatan adalah disebabkan oleh adanya enzim nitrogenase, agen penurun yang kuat (NADH, NADPH, feredoksin terturun, flavodoksin), sumber tenaga (ATP, Mg2+) dan aras oksigen yang menghampiri sifar.
rhizobiumrizobiumBiologiEkologiBakteria yang berhubung dengan legum dalam pengikatan nitrogen. Misalnya, bakteria azotobakter yang terdapar pada bintil-bintil akar pokok kekacang, terlibat dalam pengikatan nitrogen atmosfera untuk digunakan oleh tumbuhan kekacang.
12345678910...

Kembali ke atas