Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngiÖ.ti.ra.fan]/[pe.ngik.ti.ra.fan] | ڤڠيعترافن

Definisi : 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngiÖ.ti.ra.fan]/[pe.ngik.ti.ra.fan] | ڤڠيعترافن

Definisi : perbuatan atau hal mengiktiraf; pengakuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iktiraf
Kata Terbitan : mengiktiraf, pengiktirafan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Maksud pengiktirafan di tempat kerja dan kaitan dengan penghargaan.sekian, terima kasih.

Penghargaan bermaksud memberi pengiktirafan kepada seseorang berdasarkan sumbangan atau perkhidmatannya. Dalam konteks ini pengiktirafan di tempat kerja adalah penghargaan terhadap sumbangan atau perkhidmatan pekerja.

Lain-lain14.12.2009
Sinonim perkataan "pindaan" ialah pengiktirafan, penghapusan, pengubahan atau pengesahan?(4 pilih1)Sinonim bagi perkataan "pindaan" ialah perubahan, pertukaran, pergantian, pembetulan, perbaikan.

Oleh itu, antara perkataan pengiktirafan, penghapusan, pengubahan dan pengesahan, perkataan yang sinonim dengan "pindaan" ialah perubahan.
Lain-lain15.03.2022
Salam Sejahtera. Saya ingin membuat pertanyaan am. Adakah terdapat sebarang pengiktirafan kepada syarikat swasta yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama Laman web mereka. Saya berpendapat, pengiktirafan ini dapat menggalakan lagi penglibatan sektor swasta untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa utam Laman Web mereka.Terima kasih atas cadangan tersebut. Cadangan saudara akan dikemukakan kepada pihak pengurusan DBP.Lain-lain21.01.2022
Salam Sejahtera, Apakah wujud perbezaan jenis-jenis sijil seperti sijil penyertaan, sijil penghargaan, sijil pencapaian dan sijil pengiktirafan? Atau hanya satu sahaja jenis sijil yang digunakan? Sekiranya wujud, bagaimanakah ia harus digunakan? Terima kasih.Penggunaan sijil bergantung kepada fungsi tertentu sama ada fungsi penyertaan, penghargaan,  pencapaian, pengiktirafan dan lain-lain. Sila rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) untuk mengetahui makna perkataan http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=penyertaan .Makna29.11.2018
Ada tak pihak tuan menyediakan kursus untuk menjadi' translator' ? Mngkin ada pengiktirafan & sebagainya.Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang kursus penterjemah.  Untuk maklumat lanjuta tentang kursus penterjemahan saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian +6012-2811814.Lain-lain29.10.2010
Assalamualaikum. Tuan, gelaran Ts yang membawa maksud Teknologis Profesional telah banyak digunakan di Malaysia. Melalui semakan, agensi yang memberi pengiktirafan tersebut ialah Majlis Teknologis Malaysia (MBOT). Selain daripada itu penggunaan istilah teknologis juga terdapat dalam Undang-undang Malaysia di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 (Akta 768). Oleh yang demikian, adakah istilah Teknologis boleh dimasukkan secara langsung ke dalam Kamus Dewan oleh jawatankuasa khas Dewan Bahawa dan Pustaka supaya istilah teknologis dilihat tidak janggal untuk digunakan khususnya dalam penulisan rasmi. Mohon maaf atas sebarang kekurangan terhadap pertanyaan yang dikemukakan. Sekian, Terima kasih.Perkataan "teknologis" tiada dalam Kamus Dewan kerana istilah ini daripada istilah sumber "technologist" yang diberikan padanan dalam bahasa Melayu seperti yang berikut:

technologist - ahli teknologi/juruteknologi

Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.
Lain-lain07.06.2021
Apakah tugas kerja pembinaan sastera?

 

Assalamualaikum,

saudara,

Bidang tugas pembinaan sastera dalam konteks peranan Dewan Bahasa dan Pustaka secara umumnya tertumpu kepada usaha- usaha pembinaan korpus sastera, pembinaan bakat dan kepakaran, pengiktirafan  serta pemasyarakatan sastera untuk memastikan sastera kebangsaan dihayati, dinikmati dan dimanfaatkan di peringkat kebangsaan bahkan di persada antarabangsa.

Pembinaan korpus sastera  melalui penerbitan karya sastera kreatif dan bukan kreatif,  karya asli, terjemahan karya tempatan ke dalam bhasa Inggeris /adaptasi, yang bersifat umum, ilmiah dan rujukan bacaan tambahan untuk semua peringkat khalayak pembaca yang bermutu memenuhi cita rasa khalayak pelbagai kaum/ etnik (prasekolah, kanak-kanak, remaja dan dewasa) seperti cerpen, novel, puisi, drama, dan kosa kata kesusasteraan Melayu moden dan tradisional dan glosari istilah sastera.

Pembinaan bakat dan kepakaran bahkan pengiktirafan termasuklah melalui pelbagai aktiviti seperti  meningkatkan keterampilan  penulis melalui usaha penataran dan pembinaan penulis di peringkat kebangsaan, memberikan bantuan dalam bentuk kepakaran kepada individu atau kumpulan untuk menghasilkan kegiatan sastera atau projrk penulisan yang bermutu tinggi dalam bahasa kebangsaan.   bahkan DBP juga merupakan badan induk yang memberi pengiktirafan, penghargaan dan hadiah yang sesuai kepada sasterawan atau penulis yang  telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan kesusasteraan kebangsaan Malaysia, seperti Anugerah Sastera Negara, Hadiah Sastera Perdana Malaysia bahkan menjadi sekreteriat bagi  peniktirafan dari luar negara. .

Usaha-usaha yang dilaksanakan ini dilipatgandakan lagi dengan usaha menmasyarakatkan sastera supaya sampai kepada khalayak. Pelbagai usaha dilakukan untuk memasyarakatkan sastera secara menyeluruh, termasuklah aktiviti-aktiviti ceramah sastera, seminar, kelab sastera, pementasan teater bagi  menghidupkan  suasana seni sastera dan seni budaya yang dinamik yang dapat mendorong penciptaan karya dan penghayatan seni  dalam kalangan penulis  dan masyarakat seluruhnya melalui wahana sastera.

sekian,

terima kasih.

Sastera16.03.2011
Mohon DBP untuk mengusahakan/mencari penaja bagi pengambilan Munsyi Dewan 2018 (calon/peserta tidak dikenakan sebarang bayaran/kos). Ini sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada Munsyi Dewan dalam memartabatkan Bahasa Melayu.Pihak tuan boleh terus mengemukakan pandangan dan saranan ini kepada pihak Akademi DBP. No. telefon: 03-2147 0201. Sekian, terima kasih.Lain-lain06.02.2018
Apakah pandangan dan cadangan DBP terhadap penggunaan Bahasa Melayu di dalam Filem?Apakah yang DBP boleh lakukan?DBP memberi pengiktirafan kepada penerbit filem tanah air menerusi Hadiah Galakan Filem Melayu, Anugerah Citra Wangsa Malaysia yang telah dianjurkan sejak 15 tahun yang lalu. Hadiah galakan ini antara lain bertujuan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dalam filem.Lain-lain05.03.2007
Di mana boleh saya dapat buku terbitan Siri Pedoman Bahasa. Apakah tajuk-tajuk dalam siri ini. Terima KasihSila hubungi Bahagian Promosi dan Pengiktirafan di talian 03-21479131/9132/9133.Lain-lain12.03.2015
1234567

Kembali ke atas