Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngiÖ.ti.ra.fan]/[pe.ngik.ti.ra.fan] | ڤڠيعترافن

Definisi : 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngiÖ.ti.ra.fan]/[pe.ngik.ti.ra.fan] | ڤڠيعترافن

Definisi : perbuatan atau hal mengiktiraf; pengakuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iktiraf
Kata Terbitan : mengiktiraf, pengiktirafan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
recognitionpengiktirafanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaProses sesuatu fakta diterima dan diberikan status perundangan, seperti pengiktirafan dalam pembentukan negara, kedaulatan ke atas sesuatu wilayah atau keadaan konflik bersenjata. Proses mengiktiraf sesebuah negara adalah bersifat politik. Namun, satu bangsa yang tinggal di sebuah wilayah dan mempunyai kerajaan yang memastikan kestabilan wilayah tersebut, tidak akan mempunyai sebarang status dalam kalangan negara lain sehinggalah ia mendapat pengiktirafan daripada mereka. Dalam aspek kedaulatan ke atas sesuatu wilayah, pengiktirafan bahawa sebuah negara mempunyai kedaulatan terhadap wilayah bermakna, negara yang mengiktiraf tidak akan menuntut wilayah berkenaan. Pengiktirafan dalam wujudnya keadaan konflik bersenjata pula bermakna, undang-undang kemanusiaan antarabangsa terpakai bagi melindungi orang awam dan objek awam.
recognitionpengiktirafan; pengecamanSejarahTiada1. Pengiktirafan: Perihal memberi penghormatan yang tinggi oleh pihak yang berwibawa kepada seseorang.
Recognition of Prior Experiential Learning (RPEL)Pengiktirafan Pembelajaran berasaskan Pengalaman TerdahuluPengurusanTiadaKaedah untuk memberikan pengiktirafan kepada individu yang dapat membuktikan keterampilan seperti yang digariskan oleh Standard berdasarkan pengalaman dan pencapaian terdahulu.
International Organization for Standards (ISO)Organisasi Piawaian Antarabangsa (ISO)KomunikasiKorporatBadan bebas yang menentukan dan memberikan pengiktirafan standard kualiti piawai pengurusan organisasi dan barangan. Badan ini diwujudkan di Switzerland pada tahun 1947. Misi utamanya adalah untuk mempromosikan pembangunan pemiawaian dan aktiviti berkaitan dalam organisasi di seluruh dunia. Matlamat pertubuhan ini adalah untuk memastikan keluaran barangan dan perkhidmatan organisasi mempunyai standard yang sama dan diiktiraf. ISO akan memudahkan pertukaran barangan dan perkhidmatan pada peringkat antarabangsa dan membentuk kerjasama dalam bidang intelektual, saintifik, teknologi, dan aktiviti ekonomi. Di Malaysia, badan yang mempunyai fungsi yang sama dikenali sebagai SIRIM (Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia). Setiap organisasi yang mahu mendapatkan pengiktirafan piawaian terhadap barangan dan perkhidmatan, perlu melalui organisasi ini. Peringkat proses untuk mendapatkan pengiktirafan tersebut adalah dengan menetapkan standard yang dibentuk sendiri oleh organisasi berkenaan. Kemudian, standard tersebut dilaksanakan bagi mendapatkan pengesahan pematuhan standard daripada SIRIM. Sekiranya tidak mendapat pengesahan SIRIM, organisasi diminta mengulangi proses yang sama sehingga pengiktirafan diperoleh. Setelah pengiktirafan diperoleh, organisasi bertanggungjawab mengekalkan standard tersebut untuk memastikan standard yang ditetapkan itu dipatuhi. Pihak SIRIM akan melakukan pengauditan pematuhan dari semasa ke semasa. Sekiranya pematuhan itu gagal dilaksanakan, pengiktirafan yang diterima akan dilucutkan.
recognitionpengiktirafan; pengecamanKejuruteraanTiada2. Tindakan atau proses mengetahui atau mengecam sesuatu berasaskan pengalaman yang lalu.
recognitionpengiktirafan; pengecamanSosiologiTiadaTiada
recognitionpengiktirafan; pengecamanPsikologiTiadaTiada
recognitionpengiktirafan; pengecamanPentadbiranTiadaTiada
recognitionpengiktirafan; pengecamanUndang-undangTiadaTiada
consumer recognitionpengiktirafan penggunaEkonomiTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas