Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.kut] | ڤڠيکوت

Definisi : 1. penganut: ~ agama Buddha tidak berapa ramai di negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati tertembak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.kut] | ڤڠيکوت

Definisi : 1 orang yg mengikut serta; pengiring: Tun Mamat meneruskan perjalanannya berserta dua orang ~. 2 orang yg mengikut sesuatu ajaran (agama dll); penganut: ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tinggi dianjung,
     besar dilambuk.

Bermaksud :

Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). dilambuk = digembur.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin melakukan sedikit pencerahan dalam kamus dewan edisi keempat berkenaan perkataan 'sahabat'. Maksud yang dibawa bersama adalah pengikut. Contoh yang dibawakan adalah "pengikut, murid; ~ nabi pengikut nabi" iaitu sahabat nabi pengikut nabi. Setakat pengetahuan cetek saya, kita pada hari ini walaupun pengikut nabi Muhammad S.A.W bagaimanapun bukanlah dikategorikan sebagai sahabat nabi. Hal ini kerana pendefinisian sahabat nabi daripada sebahagian ulama' adalah berlainan. Antaranya sebagaimana yang didefinisika oleh Ibnu Hajar al-Asqalani : الصحابي من لقي النبى صلى الله عليه وسلم مؤمنا به ومات على الاسلام Sahabat ialah mereka yang sempat bertemu dengan Nabi SAW,beriman dengan Baginda dan mati dalam keadaan Muslim. Sumber : Al-hafiz Ibn Hajar Nukhbat al-Fikar, Beirut : Dar al-Ihya, jil 1, hal. 230. Al_-Suyuti, Tadrib al-Rawi, aktabah Ruyad al-Haadisah, jil. 2, hal. 209. Sebagai konklusi, saya merasakan perlu ada dalam entri 'sahabat' khusus bagi mendifinisikan sahabat nabi seperti 'sahabat nabi' sebagai ~ ialah mereka yang sempat bertemu dengan nabi ,beriman dan mati dalam keadaan Islam. Sekian. Terima kasihUntuk makluman tuan, Kamus Dewan hanya mencatatkan makna secara umum bagi sahabat dalam konteks sahabat nabi. Dalam konteks yang tersebut sahabat nabi dianggap sebagai pengikut atau murid nabi dan secara literalnya pastilah mereka yang pernah bertemu dengan nabi. Walau bagaimanapun, kami ambil maklum pandangan tuan dan mengemukakannya kepada Bahagian Perkamusan untuk penambahbaikan maklumat perkamusan.Lain-lain24.02.2017
Soalan daripada pengikut FB DBP - "Saya ingin menanyakan terjemahan tepat bagi istilah "fracking". Istilah ini belum ada dalam carian DBP. Terima kasih". Terjemahan inggeris bagi fracking adalah "the process of injecting liquid at high pressure into subterranean rocks, boreholes, etc. so as to force open existing fissures and extract oil or gas".Tiada maklumat dalam data pangkalan kami. Walau bagaimanapun, terdapat maksud yang sama, iaitu "fracturing" yang diterjemakan kepada "Peretakan". Dalam bidang kejuruteraan, "Sand fracturing" (peretakan hidraulik) bermaksud
kaedah menghasilkan retakan pada formasi dengan menyuntik bendalir yang mengandungi pasir bertekanan tinggi.
Lain-lain09.04.2018
Soalan daripada pengikut Twitter DBP - "Bila @DBPMalaysia nak keluarkan aplikasi PRPM untuk telefon pintar?" Terima kasih.Aplikasi PRPM untuk telefon pintar masih dalam peringkat perbincangan. Namun begitu, encik boleh melayari laman web PRPM di http://prpm.dbp.gov.myLain-lain09.04.2018
erti pengikut dalam kamus dewan. terima kasihMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pengikut ialah penganut, pengiring atau peserta, iaitu orang yang turut sama atau bersama-sama dalam sesuatu perkara.Makna07.04.2010
apakah maksud sahabatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sahabat membawa maksud 1. kawan, teman, taulan: daripada banyak seteru, lebih baik banyak kawan; 2. pengikut, murid; sahabat nabi pengikut nabi; sahabat handai = ~ kenalan sahabat-sahabat; ~ karib sahabat yg rapat (baik); ~ kita (beta) bh tuan (dlm surat raja-raja dahulu); ~ pena sahabat menerusi surat sahaja; bersahabat berkenalan dan berbaik-baik, ber-kawan (dgn), berteman (dgn): kita ~ dgn orang yg baik-baik; Australia dan New Zealand merupakan negara-negara yg ~ baik dgn kita; bagai ~ dgn ular bisa prb kalau berkawan dgn orang yg jahat, lambat-laun dianiayanya juga kita; drpd ~ dgn orang yg bodoh, baik ber-seteru dgn orang berakal prb tidak berfaedah bersahabat dgn orang yg bodoh; bersahabatan berbaik-baik antara satu sama lain; mempersahabatkan memperkenalkan su­paya bersahabat, menjadikan bersahabat (orang yg belum berkenalan); persahabatan perihal bersahabat: ~ kami sudah menjadi begitu erat sekali.Ejaan28.02.2015
Apakah makna "pemisah" pada perkataan "anggota pemisah" atau "puak pemisah". Contoh ayat, seorang anggota pemisah ditembak mati oleh tentera. Adakah sama maksudnya dengan gerila?Pemisah bermaksud pengikut faham pemisahan , misalnya pejuang pembebasan, sosialis dan lain-lain. Dalam contoh ayat yang diberikan adalah bermaksud anggota yang menyertai kumpulan atau menjadi pengikut faham pemisahan. Manakala gerila bermaksud perang secara kecil-kecilan dan tidak secara berhadapan.Makna10.06.2008
1. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. Apakah perkataan yang boleh diisi untuk membetulkan ayat ini? 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin. Apakah makna nama timbangan? Tidak dijumpai dalam kamus dewan.

Untuk kata terbitan daripada kata ikut seperti terikut atau berikut tidak ada kata yang sesuai untu ayat tersebut, jika untuk perkataan lain mungkin boleh digantikan dengan kata berminat. Lihat entri timangan atau timang-timangan bermaksud nama lain drpd nama yang diberikan ketika lahir.

Tatabahasa10.10.2011
Apakah cadangan terjemahan untuk istilah 'influencer' yang merujuk kepada orang yang mempunyai pengaruh dan pengikut yang ramai dalam media sosial dsb? Terima kasihUntuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk influencer. dalam pangkalan data kami. Namun, kami mencadangkan padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu ialah orang berpengaruh.Penyemakan dan penterjemahan30.03.2017
Tuan, saya ingin menanyakan bahawa sama ada Kamus Dewan tidak bersifat baku, manakala Kamus Pelajar lebih bersifat baku? Maklumat ini saya dapat daripada kiriman pengikut laman web Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Facebook. Menurutnya, Kamus Dewan hanya bertugas mencatat segala perkataan yang ada dalam masyarakat, jadi ada ayat yang tidak mematuhi tatabahasa serta ada dialek bahasa yang tidak sesuai untuk kita. Dia juga berkata bahawa jika hendak merujuk bahasa Melayu yang baku, rujuk Kamus Pelajar. Pada saya, saya mengkehendaki bahasa Melayu yang baku kerana bahasa Melayu baklulah yang hendak saya pelajari, bukan bahasa Melayu yang mengikut kebiasaan masyarakat tetapi tidak mengikut tatabahasa. Jadi, Kamus Pelajar terbitan DBP lebih baiklah jika hendak membuat pilihan?Saudara perlu merujuk kedua-dua kamus, iaitu Kamus Dewan dan Kamus Pelajar apabila hendak membuat rujukan tentang bahasa Melayu, khususnya aspek makna perkataan dan penggunaannya. Kamus merakamkan apa-apa juga perkataan yang digunakan oleh masyarakat. Dalam hal yang lebih terperinci, seperti tatabahasa, buku Tatabahasa Dewan hendaklah menjadi sumber rujukan utama.Tatabahasa08.12.2014
Apakah perkataan yang patut digunakan? 1. Wam Khatijah (mengupas) kuih itu sebelum menyuapkan ke mulut adiknya. 2. Mak Andam (mengupas) wajah pengantin itu sebelum majlis persandingan. 3. Disebabkan dia (pengikut), dia sering mengikuti lawatan sambil belajar. 4. Nama adik saya yang kecil ini ialah Aizudin tetapi nama (timbangan)nya ialah Judin.

Penggunaan kata dalam kurungan adalah tidak tepat. Untuk melihat penggunaan kata yang betul rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari, contohnya mengupas boleh membawa maksud membuang kulit (buah-buahan) dan menghuraikan dengan teliti (karangan, pendapat, persoalan). Berdasarkan makna yang tersebut kata mengupas tidak sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat tersebut.

Tatabahasa06.10.2011
12

Kembali ke atas