Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.kut] | ڤڠيکوت

Definisi : 1. penganut: ~ agama Buddha tidak berapa ramai di negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati tertembak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.kut] | ڤڠيکوت

Definisi : 1 orang yg mengikut serta; pengiring: Tun Mamat meneruskan perjalanannya berserta dua orang ~. 2 orang yg mengikut sesuatu ajaran (agama dll); penganut: ~ agama Islam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Peribahasa

Tinggi dianjung,
     besar dilambuk.

Bermaksud :

Orang besar atau mulia kedudukannya kerana dibesarkan dan dimuliakan oleh pengikut-pengikutnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar diambak, tinggi dianjung). dilambuk = digembur.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cam followerpengikut sesongolMekanikGunaanUnsur mesin yang bersentuhan dengan sesondol dan gerakannya bersandar pada susuk sesondol berkenaan. Pengikut sesondol mempunyai beberapa bentuk, misalnya pengikut mata pisau, pengikut muka datar, pengikut guling dan pengikut muka sfera. Gerakan pengikut sesondol dicirikan oleh gerakan sorong tarik (gerakan salingan) [Rajah P6a] atau gerakan putaran [Rajah 6b]. Pengikut sorong tarik ada dua jenis, iaitu ofset dan jejarian. SILA RUJUK RAJAH DI M/S 148
followerpengikutMekanikGunaan1. Gear (atau kapi) yang bergerak dengan dipacu oleh gear (atau kapi) pemacu. Istilah ini juga digunakan untuk aci yang menyokong gear (atau kapi) berkenaan. Lihat juga gear pengikut, kapi pengikut, pemacu. 2. Unsur mesin yang bersentuhan dengan sesondol dan bergerak dengan sesondol itu. Lihat juga pengikut sesondol.
trace pointtitik surihMekanikGunaan(bagi analisis bentuk sesondol) Titik teoretis pada pengikut sesondol; ia berpadanan dengan titik bagi pengikut mata pisau khayali. Titik ini dipilih supaya sekena dengan pusat pengikut guling atau pada permukaan pengikut muka datar. Lihat juga pengikut sesondol.
dwellinapanMekanikGunaanBahagian pergerakan pengikut sesondol yang berpadanan dengan pengikut itu ketika tidak bergerak walaupun sesondol terus berputar. Lihat juga pengikut sesondol, gambar rajah sesaran.
returnbalikanKimiaTiadaBahagian gerakan pengikut sesondol yang berpadanan dengan keadaan apabila pengikut itu bergerak menghala ke pusat sesondol. Lihat juga pengikut sesondol, gambar rajah sesaran.
returnbalikanMekanikGunaanBahagian gerakan pengikut sesondol yang berpadanan dengan keadaan apabila pengikut itu bergerak menghala ke pusat sesondol. Lihat juga pengikut sesondol, gambar rajah sesaran.
idler geargear pemelahuMekanikGunaanGear pertengahan yang menghubungkan pemacu dan pengikut tetapi tidak mempengaruhi nisbah halaju sistem gear yang berkenaan. Gear pemelahu digunakan apabila jarak di antara gear pemacu denga gear pengikut adalah besar tetapi saiz pemacu dan pengikut itu tidak mahu diperbesar. Gear pemelahu digunakan juga untuk mengubahsuaikan hala putaran roda pengikut. Gear ini jyga dinamai roda pepura. Gear ini disebut pemelahu sahaja. Lihat juga gear pemacu, gear pengikut, nisbah halaju.
pitch curvelengkung picMekanikGunaanLondar bagi titik surih apabila pengikut sesondol bergrak secara nisbi terhadap sesondol. Untuk pengikut mata-pisau, lengkung pic dan permukaan sesondol adalah seiras. Untuk pengikut guling, kedua-duanya dipisahkan oleh jejari guling yang berkenaan.
velocity rationisbah halajuMekanikGunaanNisbah laju pengikut terhadap laju pemacu dalam sesuatu sistem pemacuan. Angka berkenaan memberikan kadar penambahan atau pengurangan laju yang diperoleh melalui sistem pemacuan yang berkenaan. Istilah ini juga digunakan untuk pemacuan gear dan pemacuan tali sawat. Lihat juga gear pemacu, gear pengikut, kapi pemacu, kapi pengikut.
top fanpengikut utamaKomunikasi MassaTiadaPengguna atau pengikut Facebook yang aktif berinteraksi seperti menonton video, menekan butang ‘Like’, meninggalkan komen dalam ruangan maya yang disediakan dan berkongsi pautan laman itu ke akaun peribadi pengguna.
12345678910...

Kembali ke atas