Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.lang] | ڤڠيلڠ

Definisi : orang (kumpulan dsb) yg me­miliki (mengurus) kilang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.lang] | ڤڠيلڠ

Definisi : orang yg (kerjanya) mengilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilang (kata nama)
1. Bersinonim dengan loji: gedung, bangunan besar,

2. Bersinonim dengan organ: kelenjar

Kata Terbitan : mengilang, pengilangan, pengilang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
manufacturer output policypolisi output pengilanginsuransTiadaPolisi semua risiko yang menginsuranskan harta pengilang. Perlindungan ini biasanya dihadkan kepada harta yang terdapat di luar premis pengilang berkenaan. Tujuan asal polisi ini ialah bagi pengilang yang menghantar hasil keluaran mereka untuk diproses oleh syarikat lain.
manufacturer's output policypolisi output pengilangPentadbiran PerniagaanTiadaPolisi semua risiko yang menginsuranskan harta pengilang. Perlindungan ini biasanya dihadkan kepada harta yang terdapat di luar premis pengilang berkenaan. Tujuan asal polisi ini ialah bagi pengilang yang menghantar hasil keluaran mereka untuk diperoses oleh syarikat lain.
OEM (original equipment manufacturer)OEM (pengilang peralatan asal)Teknologi MaklumatTiadaPengilang yang menjual peralatan kepada peniaga.
contract manufacturerpengilang kontrakHerbaPeraturan dan PemasaranSyarikat yang mengilang produk berdaftar atas permintaan syarikat lain. Pengilang kontrak perlu memiliki lesen pengilangan produk berdaftar.
original equipment manufacturerpengilang peralatan asliTeknologi MaklumatTiadaPengeluar sesuatu alat. Pengeluar komputer biasanya membeli komponen daripada pengilang asal dan menyepadukan dengan produk mereka yang lain. Ia kemudian dijual kepada masyarakat umum di bawah label syarikat mereka sendiri.
contract manufacturingpembuatan kontrakHerbaTiadaPerjanjian antara seseorang individu atau syarikat dengan pengilang kontrak berlesen untuk menjalankan aktiviti penghasilan produk herba. Pengilang kontrak perlu mempunyai premis, kelengkapan dan personel yang mematuhi keperluan Amalan Pengilangan Baik. Pembuatan produk herba perlu dilakukan mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pelanggan. Sinonim pengilangan kontrak.
manufacturer licenselesen pengilangHerbaPeraturan dan PemasaranLesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada individu untuk mengeluarkan produk berdaftar dan menjual produk secara borong atau membekalkan produk. Menurut Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik, lesen pengilang adalah sah untuk tempoh satu tahun bermula dari 1 Januari hingga 31 Disember pada tahun yang sama. Lesen ini perlu dimohon selepas produk didaftarkan.
advertising allowanceelaun pengiklananKomunikasiKorporatPeruntukan sejumlah belanjawan untuk kos pengiklanan daripada pengilang kepada peruncit bagi tujuan promosi dan pengiklanan dikawasan sesuatu barangan diedarkan. Tujuannya adalah untuk menyesuaikan aktiviti pengiklanan dengan keperluan budaya tempatan dan undang-undang pihak berkuasa tempatan. Agensi pengiklanan dan promosi di peringkat tempatan kerap digunakan dan dirujuk sebagai perunding untuk melaksanakan aktiviti pengiklanan dan publisiti tersebut secara lebih berkesan. Pelbagai pendekatan digunakan untuk melaksanakan pembayaran elaun pengiklanan berdasarkan polisi syarikat dan persetujuan antara pengilang dengan peruncit. Pembayaran tidak dilakukan secara tunai, sebaliknya pengedar dan peruncit memperoleh elaun melalui pengurangan bayaran untuk barangan yang didapati daripada pengilang. Elaun pengiklanan dikenali juga sebagai elaun promosi.
certificate of Good Manufacturing Practicesijil Amalan Pengilangan BaikHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada premis syarikat pengilang produk selepas berjaya melalui proses permohonan dan audit pensijilan Amalan Pengilangan Baik. Sijil ini merupakan akuan dan pembuktian bahawa pengilang tersebut telah mematuhi dan mengamalkan sistem jaminan kualiti berdasarkan amalan pengilangan baik. Di Malaysia, sijil Amalan Pengilangan Baik hanya boleh diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
brand namejenamaHerbaPeraturan dan PemasaranNama tertentu atau khusus yang diberikan kepada sesuatu produk herba yang dijual di pasaran untuk membezakannya dengan keluaran organisasi lain. Pengilang perlu mendaftarkan jenama sesuatu produk dengan MyIPO agar tidak digunakan oleh pengilang lain.
123456

Kembali ke atas