Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.la.ngan] | ڤڠيلڠن

Definisi : perbuatan atau perihal mengi­lang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.la.ngan] | ڤڠيلڠن

Definisi : perbuatan atau hal mengilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilang (kata nama)
1. Bersinonim dengan loji: gedung, bangunan besar,

2. Bersinonim dengan organ: kelenjar

Kata Terbitan : mengilang, pengilangan, pengilang,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SYARIKAT

Syarikat ialah perusahaan perniagaan tempat

manusia bekerja bersama-sama untuk tujuan

pengilangan, pembelian, atau tempat penjualan

barangan, atau tempat penyediaan perkhidmatan.

Hampir di kesemua negara, ada akta syarikat,

undang-undang yang mengawal syarikat untuk

memastikannya menjalankan perniagaan dengan

cara yang betul. Umumnya, akta syarikat

mendorong manusia yang mahu memulakan

syarikat membuat permohonan formal. Jika

permohonan diterima, syarikat akan didaftarkan di

pejabat kerajaan.

UMUM 
PUSAT PENYELIDIKAN KURMA

Pusat Penyelidikan Kurma ditubuhkan pada

tahun 1402 H./1982 M. di Ahsa’ Arab Saudi. Ia

bertujuan untuk mengkaji, mempelajari,

menyelesaikan masalah dan memberi tunjuk ajar.

Pusat ini juga menjalankan kajian secara praktikal

bagi menyelesaikan segala masalah yang berkaitan

dengan penanaman, pengeluaran dan pengilangan

kurma. Pejabat pentadbiran penyelidikan ini

terletak di pusat latihan dan kajian pertanian dan

perladangan sejauh 15 kilometer melalui jalan

Hufuf-Qatar.

UMUM 
AVIGNON

Avignon (pend. 89 132; pend. kaw. met. 175 000)

ialah pusat pertanian dan bandar bersejarah di

Tenggara Perancis. Ia terletak di tebing Sungai

Rhone, di salah sebuah kawasan pertanian paling

kaya di Perancis. Untuk lokasi, lihat Perancis.

Avignon ialah pusat perdagangan untuk wain, buah-

buahan, sayur-sayuran, dan keluaran lain yang

dihasilkan di kawasan ini. Aktiviti ekonomi lain

termasuk perkapalan, memproses makanan dan

pengilangan bahan kimia, kulit, alatan mesin, sabun

dan tekstil. Pesta teater yang besar biasanya

diadakan di sini pada musim panas. Bandar raya ini

merupakan ibu negara Vaucluse department

(daerah pentadbiran).

UMUM 
ARKWRIGHT, SIR RICHARD

Arkwright, Sir Richard (1732–1792) ialah

pereka cipta dan pengilang British. Pada tahun 1769,

dia telah mendapatkan

paten untuk sebuah mesin

pemintal benang yang

dinamakan kerangka air

kerana alat tersebut

dijalankan oleh kuasa air.

Mesin itu dipusingkan

oleh beberapa set

penggelek yang bergerak

pada kelajuan yang

berlainan untuk menarik

kapas daripada mesin

penyisir dan meluruskan

seratnya. Kemudian, kapas

itu diputar oleh gelendong supaya menjadi benang.

Bagaimanapun, benang yang dihasilkan oleh

kerangka air adalah keras, liat dan kasar.

Arkwright dan dua pekilang lain mula membina

kilang kapas yang menggabungkan pelbagai proses

pengilangan yang terdiri daripada penyisir, penarik,

peracik dan pemintal supaya menjadi satu proses

sahaja. Dia dikatakan bekerja 16 jam sehari dan

belajar pada waktu malam untuk menyambung

semula alam persekolahannya yang tercicir.

UMUM 
TEPUNG JAGUNG

Tepung jagung ialah tepung halus putih yang

dibuat dengan mengisar dan menapis butir jagung.

Ia dibuat daripada jagung yang telah dibuang

bahagian yang mengeluarkan biji benih yang

dinamakan germa . Jagung dikisar dalam proses

yang dikenali sebagai kisaran basah. Selepas

dibuang protein jagung, tepung jagung yang

tertinggal dikeringkan dalam ketuhar. Oleh kerana

hanya 10 peratus lembapan yang masih ada dalam

tepung jagung selepas dikeringkan, tepung jagung

biasanya dicampurkan dengan makanan lain untuk

melindunginya daripada lembapan. Pembuat

menggunakan tepung jagung dalam keluaran

berbakar, serbuk penaik, gula-gula dan kuah salad.

Tukang masak menggunakannya untuk

memekatkan kuah dan puding. Pembuat juga

menggunakan tepung jagung dalam bahan

letupan, cat, dan tekstil. Lihat juga Jagung (Industri

pengilangan basah).

UMUM 

Kembali ke atas