Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.la.ngan] | ڤڠيلڠن

Definisi : perbuatan atau perihal mengi­lang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.la.ngan] | ڤڠيلڠن

Definisi : perbuatan atau hal mengilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kilang (kata nama)
1. Bersinonim dengan loji: gedung, bangunan besar,

2. Bersinonim dengan organ: kelenjar

Kata Terbitan : mengilang, pengilangan, pengilang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
milling yieldhasil pengilangan; kadar hasil pengilanganPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
change in manufacturing sitepertukaran tapak pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranTindakan mengubah premis pengilangan suatu produk berdaftar dari premis asal produk didaftarkan ke premis yang baharu. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR) di Malaysia, kelulusan pertukaran tapak pengilangan untuk produk berdaftar diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Pemegang pendaftaran dan/atau pengilang adalah bertanggungjawab terhadap kualiti, keberkesanan dan keselamatan produk-produk mereka. Terdapat lima jenis pertukaran tapak pengilangan, iaitu: i. Jenis I: pertukaran tapak premis dalam di negara; ii. Jenis II: pertukaran luar negara ke Malaysia; iii. Jenis III: pertukaran di luar negara; iv. Jenis IV: pertukaran untuk kategori khas produk; dan v. Jenis V: bagi situasi krisis. Jenis ll, lll, IV dan V, memerlukan permohonan pertukaran tapak pengilangan.
Current Good Manufacturing Practice (CGMP)Amalan Pengilangan Baik SemasaFarmasiFarmaseutikProsedur pengilangan standard terkini yang wajib dipatuhi. Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk yang dikilangkan sentiasa terpelihara. Lihat juga Amalan Pengilangan Baik.
Good Manufacturing Practice (GMP)   Amalan Pengilangan Piawai (GMP)PerubatanTiada

Satu piawaian untuk memastikan proses pengilangan supaya sentiasa mengeluarkan hasil yang bermutu dan dikawal menurut kaedah yang ditetapkan. Ia direka bentuk untuk mengurangkan risiko dalam penghasilan produk farmaseutikal yang tidak dapat dikenal pasti dengan ujian ke atas hasil akhir pengilangan. Risiko berkenaan termasuklah pencemaran yang tak terduga, pelabelan bekas yang tidak betul dan kesilapan kuantiti bahan aktif. GMP merangkumi semua aspek pengilangan seperti bahan mentah, bangunan, latihan dan kebersihan kakitangan. Ia dikeluarkan oleh badan-badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau badan yang bertanggungjawab dalam kerajaan.

certificate of Good Manufacturing Practicesijil Amalan Pengilangan BaikHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen rasmi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kepada premis syarikat pengilang produk selepas berjaya melalui proses permohonan dan audit pensijilan Amalan Pengilangan Baik. Sijil ini merupakan akuan dan pembuktian bahawa pengilang tersebut telah mematuhi dan mengamalkan sistem jaminan kualiti berdasarkan amalan pengilangan baik. Di Malaysia, sijil Amalan Pengilangan Baik hanya boleh diperoleh daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
Good Manufacturing Practices (GMP)Amalan Pengilangan Baik (APB)HerbaTiadaSebahagian daripada jaminan kualiti yang memastikan produk herba dihasilkan dan dikawal menurut piawai kualiti yang sesuai serta mematuhi keperluan penguatkuasaan atau spesifikasi produk. Di Malaysia, pengilangan produk herba mestilah dilakukan dalam premis yang mematuhi APB dan mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Amalan baik dalam pengilangan merangkumi aspek premis, kawasan kerja dan penstoran, peralatan, bahan mentah, bahan pembungkusan, prosedur pengilangan, dokumentasi, ujian kawalan kualiti, kakitangan dan bahan buangan.
Good Manufacturing Practice(GMP)Amalan Pengilangan BaikFarmasiFarmaseutikProsedur pengilangan standard yang wajib dipatuhi. Garis panduan ini bertujuan untuk memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk yang dikilangkan sentiasa terpelihara.
control of manufacturekawalan pengilanganHerbaPeraturan dan PemasaranKawalan yang dikenakan ke atas pengilangan produk dan kosmetik herba untuk tujuan penjualan. Menurut Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR), seseorang hanya boleh mengilang sebarang produk sekiranya produk tersebut ialah produk berdaftar dan memiliki lesen yang bersesuaian dan sah. Kosmetik pula perlu dinotifikasikan, bagi membolehkan kosmetik ini dikilangkan.
herbal quality assurancejaminan kualiti herbaHerbaTiadaProgram pengauditan bersistem yang menggariskan tanggungjawab suatu organisasi untuk menentukan sistem, kemudahan dan prosedur bertulis adalah lengkap dan dipatuhi bagi menjamin produk dalam kawalan dan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan. Bagi pengilangan produk herba, jaminan kualiti melibatkan aktiviti berkaitan dengan kakitangan, premis pengilangan, proses pengilangan serta pengedaran produk untuk jualan. Jaminan kualiti herba berguna untuk menjamin kualiti produk dan memberikan keyakinan kepada pengguna, di samping mematuhi keperluan peraturan.
wheat milling by-producthasil sampingan pengilangan gandumVeterinarTiadaHasil sampingan yang didapati daripada proses pengilangan gandum untuk dijadikan makanan ternakan. Antara hasil sampingan yang diperoleh ialah dedak gandum, mil germa gandum dan middling atau polard gandum. Dedak gandum mengandungi 8.5-12% serabut kasar dan 12.5-16% protein kasar. Middling pula merupakan campuran dedak dan endosperma yang mengandungi 2-4% serabut kasar dan 15-18% protein manakala, germa gandum mengandungi 22-32% protein kasar tetapi rendah kandungan serabutnya. Namun begitu, ia merupakan sumber yang baik untuk vitamin E dan tiamina.
12345678910...

Kembali ke atas