Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengimbang 1


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
counterpoisepengimbang; jambatan baskulKejuruteraanTiada1. Pengimbang: Sebarang pemberat yang diletakkan pada mekanisme yang tak terimbang untuk mendapatkan keseimbangan statik. Sinonim: imbangan balas.,2. Jambatan baskul: Jambatan yang terengsel di tebing untuk membolehkan kapal lalu di bawahnya dengan mengangkat bahagian di sebelah atas sungai dan menurunkan bahagian yang di tebing di belakang engsel.
counterweightberat pengimbangKejuruteraanTiada1. Peranti yang mengimbanglawani beban asal pada penaik dan sebagainya, dengan naik ke atas apabila beban turun ke bawah.,2. Sebarang pemberat yang ditempatkan pada mekanisme yang tak terimbang untuk mendapatkan keseimbangan statik.
balancerpengimbangBiologiHistologi dan Sitologi1. Halter 2. Sepasang apendaj pada kepala larva salamander tertentu, yang berfungsi sebagai sokong sehingga kaki sebenarnya tumbuh.
black compressionpengimbang kontrasKomunikasiTiada1. Proses pergerakan warna yang ditunjukkan daripada skala kelabu menuju ke skala putih dan seterusnya menurun ke skala paling hitam. 2. Proses mengurangkan kontras pada warna kelabu pekat ke jajaran hitam dalam gambar televisyen.
balancingpengimbanganMekanikGunaan1. (bagi jasad yang berputar) Proses penambahan jisim pada aci yang berputar supaya daya empar yang bertindak pada aci itu berimbang. Daya empar tak terimbang yang bertindak pada aci adalah disebabkan kesan putaran jisim sipi yang berada pada aci berkenaan. Apabila jisim sipi itu berputar, jisim itu ditindak oleh daya memusat, dan tindak balas aci terhadap daya memusat itu merupakan daya empar yang bertindak untuk menyebabkan aci itu melentur dan bergetar. Pengimbangan bererti menambahkan jisim yang akan menghasilkan daya empar yang sama magnitudnya dan berlawanan halanya dengan daya empar yang asal. Dalam keadaan terimbang, galas aci berkenaan bebas daripada tindakan sebarang daya. Perhatikan bahawa sistem jisim yang berputar boleh diimbangkan asal sahaja jisim pengimbang boleh ditempatkan pada sekurang-kurangnya dua satah yang berlainan. Lihat juga keseimbangan statik, keseimbangan dinamik. 2. (bagi jasad yang mengalami gerakan sorong tarik) Proses penambahan jisim pada aci engkol yang berkenaan supaya daya yang bertindak (pada jasad yang bergerak secara sorong tarik) pada arah garis lejang berimbang. Keseimbangan yang lain daripada itu sukar dicapai.

Kembali ke atas