Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngim.pot] | ڤڠيمڤورت

Definisi : orang, syarikat, dll yg mengimport. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngim.pot] | ڤڠيمڤورت

Definisi : orang (syarikat dll) yg mengimport. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengimport


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Islamic accepted bill-imports (IAB-Imports)bil boleh terima Islam-importEkonomiEkonomi IslamDokumen arahan oleh pengimport kepada bank supaya membayar sejumlah wang kepada pihak ketiga (bank pengeksport) bagi tujuan pembelian barang import. Mekanisme yang terlibat dalam penerbitan dan penyelesaian bil ini adalah seperti yang berikut: i. Pengimport membuat arahan kepada bank untuk membeli barang import daripada pihak ketiga. ii. Bank menerima arahan dan membeli barangan daripada pihak ketiga dan membayarnya sekali gus. iii. Bank menjual semula barang berkenaan kepada pengimport pada harga dipersetujui secara hutang yang akan matang bagi tempoh 30 hari, 60 hari atau 90 hari. iv. Pengimport membayar kepada bank seluruh harga jualan yang dipersetujui pada tarikh matang bil. Bank boleh memperoleh keuntungan daripada instrumen ini melalui jual beli secara murabahah.
CIFCIFEkonomiTiadaSingkat bagi Cost, Insurance, and Freight yang membawa maksud bahawa kos, insurans, dan belanja pengangkutan dibayar oleh pengimport sebaik sahaja barang tiba di negara pengimport. Dalam merekodkan urus niaga import-eksport, data eksport selalunya dicatat FOB dan data import dicatat CIF. Catatan import CIF meliputi kos barang import dan juga perbelanjaan insurans dan kos pengangkutan bagi barang tersebut.
antidumping measureslangkah antilambakanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan yang diambil oleh negara pengimport untuk mengatasi lambakan barangan daripada pengeluar asing. Lambakan berlaku apabila pengeluar asing mengeksport barangan pada harga yang lebih rendah daripada harga barangan yang dijual di pasaran tempatan pengeluar asing tersebut. Selain itu, lambakan juga boleh berlaku jika pengeluar asing mengeksport barangan pada harga di bawah kos. Matlamat langkah antilambakan adalah untuk menterbalikkan kemudaratan yang dibawa oleh lambakan terhadap pengeluar di negara pengimport. Melalui perjanjian antilambakan, langkah antilambakan telah dilakukan seperti duti antilambakan yang tidak melebihi margin lambakan. Margin lambakan merujuk kepada perbezaan harga eksport barangan dan nilai normal barangan. Nilai normal barangan boleh merujuk kepada harga barangan di pasaran tempatan pengeluar asing. Antara langkah antilambakan yang lain ialah jaminan harga atau volum antara pengeluar asing dengan negara pengimport supaya harga import tidak dibenarkan kurang, manakala volum pula tidak dibenarkan lebih daripada kadar yang ditetapkan.
banker acceptance-ipenerimaan jurubank-iEkonomiEkonomi IslamBil yang dikeluarkan dan diterima oleh bank untuk digunakan oleh pengimport, pengeksport, penjual atau pembeli yang memerlukan pembiayaan. Bil tersebut membenarkan pengeksport atau penjual mendapatkan pembayaran bagi barangan yang telah dieksport atau dijual. Bil ini diterima setelah disetemkan oleh bank pengimport atau pembeli sebagai tanda persetujuan pihak bank untuk membuat pembayaran pada jumlah nilai muka mengikut tarikh penyerahan yang biasanya kurang dari tiga bulan. Bank mengeluarkan bil ini berlandaskan konsep murabahah. Dahulu, istilah ini dikenali sebagai penerimaan jurubank hijau. Sinonim bil penerimaan tanpa faedah, bil pertukaran Islam.
importerpengimportPentadbiranTiadaTiada
barrier to tradesekatan perdaganganUndang-undangUndang-undang AntarabangsaSekatan yang dikenakan oleh negara pengimport terhadap barangan diimport. Bentuk sekatan perdagangan termasuklah tarif, iaitu duti import dan sekatan bukan tarif seperti sekatan kuantitatif, sekatan teknikal perdagangan (TBT), langkah sanitari dan fitosanitari (SPS) dan langkah antilambakan. Sekatan perdagangan juga boleh dikenakan secara tidak langsung terhadap import seperti subsidi pengeluar tempatan. Sekatan perdagangan melindungi pengeluar tempatan di negara pengimport daripada persaingan terbuka tetapi boleh mengurangkan kebajikan ekonomi negara tersebut dalam jangka masa panjang. Sekatan perdagangan merupakan isu utama dalam setiap rundingan Perjanjian Umum Tarif dan Perdagangan (GATT) dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) kerana sekatan tersebut bertentangan dengan prinsip pasaran bebas dan dikawal selia oleh pertubuhan antarabangsa tersebut.
importer and exporterpengimport dan pengeksportPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
importing statenegara pengimportUndang-undangTiadaTiada
quota profitsuntung kuotaEkonomiTiadaUntung yang didapati oleh pengimport atau pengeksport akibat daripada tindakan kerajaan yang mengenakan kuota terhadap barang yang diimport atau yang dieksport.
advising bankbank maklumPentadbiranTiadaBank penghubung bagi bank pengimport.
123

Kembali ke atas