Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngin.da.han] | ڤڠيندهن

Definisi : perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngin.da.han] | ڤڠيندهن

Definisi : perbuatan mengindahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengindahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Program pengindahan Sungai Klang dan Sungai Gombak anjuran Jabatan Parit dan Saliran yang diberi nama "River of Live" seolah-olah satu lagi usaha menidakkan kepentingan bahasa Melayu. Paling mengecewakan, ia turut berlaku di jabatan kerajaan. Bagaimana harus DBP bertindak?Kami berterima kasih kepada tuan atas maklumat yang disampaikan. DBP akan memantau penggunaan bahasa yang digunakan dalam paparan awam termasuklah kempen kerajaan. DBP akan menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan kerana DBP tidak ada kuasa menghukum pihak yang melakukan kesalahan atau tidak memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaa.Lain-lain24.05.2012
DEFINISI PENGINDAHAN BANDARKamus Dewan mentakrifkan kata pengindahan;  perihal (tindakan, proses, usaha, dsb) menjadikan indah, perihal mengindahkan: kebersihan yg terkawal, ~ bangunan dan kawasan dgn pokok bertanam dan pokok berpasu yg tersusun rapi merupakan satu cerminan hemah dan budi tinggi penghuninya.Makna10.06.2009
Wall FB DBP : 24 Nov 2014 Lyd Singgam Mohon DBP menegur Jabatan Parit dan Saliran.(JPS) yang menamakan projek pengindahan Sungai Klang dengan nama River of Live. Padahal mereka boleh saja namakan projek itu dalam bahasa Melayu yang sesuai seperti Sungai Nadi Kehidupan, Sungai Kehidupan, atau apapun istilah lain yang menarik pada pandangan mereka. Juga program anjuran Kementerian Belia dan Sukan FitMalaysia yang boleh ditukar kepada MalaysiaCergasTerima kasih aduan daripada pihak tuan. Pihak kami akan menjalankan siasatan dan menghantar surat teguran kepada pihak yang berkenaan jika perkara ini betul.Lain-lain24.11.2014
Adakah perkataan 'pemercepatan', 'pemerindahan' dan 'pemerdalaman' untuk memaknai proses mempercepat, memperindah dan memperdalam sesuatu menepati tatabahasa Melayu? Contohnya: Pemerindahan Sungai Gajus langkah yang baik bagi meningkatkan kedatangan pelancong. Pemerdalaman lubang itu perlu dilakukan segera supaya kerja lain dapat dilakukan. Pemercepatan prosedur pendaftaran meningkatkan kapasiti penerimaan pelanggan cawangan itu.Perkataan 'pemercepatan', 'pemerindahan' dan 'pemerdalaman' tidak menepati pembentukan imbuhan tatabahasa Melayu untuk maksud proses mempercepat, memperindah dan memperdalam sesuatu. Perkataan yang tepat ialah 'pencepatan', 'pengindahan' dan 'pendalaman'.
 
Tatabahasa07.04.2019

Kembali ke atas