Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.ri.man] | ڤڠيريمن

Definisi : perihal (perbuatan, usaha, dsb) mengirim (menghantar): mereka membantah keras ~ tentera ke negeri tersebut; pemogokan pekerja-pekerja pelabuhan mengganggu ~ barang ke luar negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.ri.man] | ڤڠيريمن

Definisi : perbuatan (usaha dll) mengirim: ~ bahan-bahan makanan ke kawasan yg dilanda kemarau; ~ sepasukan tentera ke perbatasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kirim (kata kerja)
Bersinonim dengan hantar, utus, pos, titip;,
Kata Terbitan : mengirimkan, kiriman, pengiriman, pengirim,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syarikat kami adalah anak syarikat Bank Mandiri dari Indonesia dan menyediakan perkhidmatan pengiriman wang ke Indonesia bagi pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Kami memerlukan khidmat nasihat bagi penggunaan ayat yang akan di letakkan pada papan tanda dan akan digunakan sebagai standard corporate design. Ayatnya adalah "Kiriman wang" atau "Pengiriman Wang", yang mana satu lebih sesuai berdasarkan perkhidmatan kami dan penggunaan bahasa. Terima kasih.Cadangan kami ialah Perkhidmatan Kiriman Wang sebagai keterangan jenis aktiviti perniagaan saudara.Tatabahasa24.05.2010
Salam sejahtera. 1)Fungsi setem _______sebagai tanda bayaran pos untuk pengiriman surat dan bungkusan. Jawapan: ialah atau adalah ? 2) “sebagai” dalam ayat di atas ialah kata apa?Ayat yang betul ialah “Fungsi setem "ialah" sebagai tanda bayaran pos untuk pengiriman surat dan bungkusan. Kata “sebagai” dalam ayat ini ialah kata hubung pancangan keterangan.
Tatabahasa20.01.2022
Adakah ayat "Borang yang dikemukakan melalui pos" bermaksud borang dihantar melalui pejabat pos sahaja atau bermaksud borang dihantar melalui pejabat pos dan perkhidmatan pengiriman cepat (courier service) sahaja. STKPenghantaran sesuatu benda melalui perkhidmatan kiriman cepat juga dikira sebagai penghantaran melalui pos.  Istilah16.03.2010
Assallamualaikum saya Saiful Bahari Bin Ahmad bekas Prof.Madya yang mengajar di Tokyo Universiti of Foreign Studies,Tokyo.Begini pada pertengahan bulan lepas saya telah dihubungi oleh seorang pegawai DBP berhubung tentang soal pembayaran royalti bagi buku Kenangan untuk Profesor Shoho Isamu.Menurutnya cek telah dikirimkan ke alamat saya di Jepun tahun lalu tapi telah dikembalikan kerana saya telah berpindah ke Malaysia .Segala butiran peribadi telah saya berikan yaitu no akaun ,no KP dan lain lain untuk pengiriman semula royalti tersebut.Namun sehingga kini saya belum menerima apa apa maklum balas tentang perkara tersebut.Harap Maklum.Terima Kasih.Untuk  makluman tuan, pihak kami sudah mengurus semula bayaran royalti untuk buku tuan itu.  Bayaran tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tuan pada 9 Julai 2013. Mohon tuan hubungi kami lagi sekiranya berlaku masalah selepas tarikh tersebut.Lain-lain04.07.2013
1- cara penerbitan antologi puisi perseorangan ?. 2- adakah pihak DBP masih menerima untuk menerbitkan antologi puisi perseorangan ? 3-mohon pihak tuan melihat sedikit puisi saya di laman blog berikut iaitu - http://kotapuisi.blogspot.com/

Salam. Cara penerbitan kumpulan puisi perseorangan:

i.    Kumpul karya puisi sekitar 50 buah hingga 100 buah atau lebih. Sekiranya mempunyai wang peruntukan sendiri lebih mudah menerbitkan sendiri.

ii.   Pihak DBP bersedia menerima pengiriman karya kumpulan puisi perseorangan untuk dinilai bagi tujuan penerbitan. Dalam hal ini, sdr. perlu mengrimkan 100 buah puisi atau lebih (lebih banyak lagi baik). Sebaik-baiknya, puisi-puisi tersebut perlu disusun mengikut tema dan akan melalui proses penilaian oleh pakar yang dilantik oleh pihak DBP.

Sekian dan selamat berjaya! Wassalam. 

Lain-lain24.03.2009
Assalamualaikum Tuan, Mohon pengesahan dan bantuan tuan berkenaan dengan padanan istilah dalam Bahasa Melayu yang lebih tepat dan terkini bagi perkataan "carry over of animals" dalam ayat yang berikut: “25. (1) No carry over of animals shall be allowed between consignments of animals and such consignment shall adopt the “all-in, all-out” system.” Disertakan juga terjemahan dalam Bahasa Melayu untuk perhatian dan rujukan tuan seperti berikut: “25. (1) Tiada apa-apa binatang boleh dibenarkan ditinggal di antara pengirim-pengirim binatang-binatang dan pengiriman tersebut hendaklah menerima-pakai sistem “masuk-semua, keluar-semua” Mohon pandangan dan nasihat tuan.Cadangan terjemahan mengikut konteks ayat yang diberikan bagi  No carry over of animals shall be allowed ialah "Tiada Pemindahan Haiwan yang dibenarkan"Makna10.03.2022
Tuan, Saya ingin mendapat khidmat nasihat dari pihak tuan berkenaan soalan seperti berikut: Soalan : Apakah padanan yang sesuai bagi perkataan “shipment” dan “shipper” dalam konteks ayat di bawah: ".. the bill of lading shall not be deemed to be prima facie evidence against the carrier of the receipt of goods of the weight so inserted in the bill of lading, and the accuracy thereof at the time of the shipment shall not be deemed to have been guaranteed by the shipper." Mohon kerjasama agar jawapan tersebut dikemukakan pada atau sebelum 1 Oktober 2021. Sekian, terima kasih.
Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan, maksud 'shipment' ialah pengiriman atau penghantaran manakala maksud 'shipper' ialah pengirim atau pengangkut


Makna28.09.2021
1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi?

Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya.

 Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa.

Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena.

Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi.

Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll).

 

Makna07.02.2010

Kembali ke atas