Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.sah] | ڤڠيصه

Definisi : tukang cerita (kisah dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengisah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
overt narratorpengisah ketaraKesusasteraanTiadaPengisah (pengarang) yang menyampaikan cerita dan bebas memberikan komentar terhadap situasi, peristiwa, atau perwatakan yang terdapat dalam karyanya. Komentar pengisah dapat dikesan dengan ketara dalam karya kerana komen dibuat secara jelas, terbuka, dan melebihi daripada apa yang sepatutnya.
narrator witnesspengisah saksiKesusasteraanTiadaPengisah (pengarang) yang menjadi salah seorang watak dalam kisah atau peristiwa yang diceritakan dalam sesebuah karya. Sebagai seorang watak, pengisah turut terlibat serta menyaksikan segala kisah atau kejadian yang berlaku seperti yang digambarkan dalam karya tersebut.
narratorpengisahKesusasteraanPuisiPenyair yang menciptakan sesebuah puisi, ataupun orang yang membacakan atau mendeklamasikannya. Contohnya, pengisah kepada peristiwa kematian Atmo Karpo dalam puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" itu ialah W.S. Rendra, sedangkan pengisah dalam bentuk deklamasi tidak semestinya W.S. Rendra, sesiapa pun boleh mengisahkannya. Sinonim tukang cerita.
authorial omniscient voicesuara pengarang serba tahuKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang digunakan dalam novel untuk merujuk kepada suara pengisah yang tahu serba-serbi tentang cerita yang dikisahkan. Oleh sebab kedudukannya yang serba tahu, maka sesuatu yang diperkatakan sama ada ulasannya tentang watak ataupun pandangannya terhadap cerita secara keseluruhannya dianggap sebagai maklumat yang benar dan berwibawa. Suara yang digunakan untuk menyampaikan maklumat biasanya jarang bernada intim tetapi lebih bersifat autoritatif. Istilah ini dicipta oleh John Gardener. Lihat juga pnegisahan bermediasi, pengisah ketara, pengisah saksi, pengisah utama.
main narratorpengisah utamaKesusasteraanTiadaPengisah yang bertanggungjawab dalam menentukan keseluruhan aspek yang terdapat dalam sesebuah karya. Aspek dalam karya termasuklah menentukan judul, corak penceritaan dan perwatakan serta pemilihan bahasa.
narratorpengisahKesusasteraanTiada1. Orang yang menceritakan sesuatu kisah atau cerita, sama ada berbentuk lisan atau tulisan.,2. Dalam cereka istilah ini digunakan dalam pengertian yang lebih teknikal, iaitu sebagai pengarang atau tukang cerita.
narratorpengisahPerpustakaanTiadaTiada
narratorpengisahKesusasteraanTiadaTiada
narratorpengisahSejarahTiadaTiada
naive narratorpengisah naifKesusasteraanTiadaWatak lurus dan berterus terang dalam menyampaikan cerita.
12

Kembali ke atas