Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngi.sian] | ڤڠيسين

Definisi : perihal atau perbuatan mengisi atau mengisikan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngi.sian] | ڤڠيسين

Definisi : hal (perbuatan dsb) mengisi atau mengisikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengisian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) Adakah pengisian Kursus tatabahasa Siri II & Siri I sama? 2) Bagaimana boleh saya mendaftar?Kami mencadangkan pihak tuan berhubung terus dengan Akademi DBP, ketuanya Dr. Amran bin Joned, melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my.Lain-lain11.03.2015
Tuan, adakah "pengisian" dapat bermaksud benda yang diisikan? Sila rujuk WordPad saya untuk lebih lanjut mengetahui siasatan saya.Pengisian bermaksud hal atau perbuatan mengisi atau mengisikan. Sebarang dapatan baharu untuk peluasan makna kata bolehlah disalurkan kepada pihak yang berwenang dalam hal ini, iaitu Ketua Bahagian Perkamusan.Makna22.12.2016
Puan, Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Dimaklumkan bahawa INTAN akan mengadakan Seminar "Enhancing Government Transformation Through Lean Management" pada 26 November 2013 dengan kerjasama MPC dan MAMPU yang telah disediakan dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, pihak kami telah dinasihatkan agar menggunakan istilah-istilah yang menarik dalam Bahasa Melayu dalam seminar tersebut bagi tajuk pembentangan dan nama-nama sesi. 3. Oleh yang demikian, pihak kami memohon jasa baik pihak puan untuk membantu mencadangkan pengisian-pengisian seminar dalam Bahasa Melayu berdasarkan tajuk asal dalam Bahasa Inggeris seperti dilampiran supaya dapat kami bentangkan semula kepada pihak pengurusan INTAN menggunakan seratus peratus Bahasa Melayu. Perhatian dan kerjasama pihak puan dalam perkara ini adalah amat dihargai.Untuk makluman tuan, lampiran yang dilampirkan tidak dapat dibuka. Walau bagaimanapun, pegawai kami ada memaklumkan telah menerima e-mel daripada pihak tuan. Kami akan memaklumkan kepada pihak tuan apabila melakukan perbincangan penggunaan bahasa Melayu yang betul seperti yang dikehendaki.

Kami mengucapkan terima kasih kerana bersama-sama berusaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu.
Tatabahasa10.10.2013
Perkataan yang sesuai bagi menjelaskan tentang maksud amalan biasa pengisian jawatan atau bolehkah diguna perkataan keperjawatanan bagi menjelaskan maksud tersebutPerkataan pengambilan atau perjawatan boleh digunakan  bagi maksud pengisian jawatan.Lain-lain13.03.2008
Boleh kongsikan format / pengisian wajib dalam "Polisi Operasi Perkhidmatan". Terima kasih.Selamat petang

Pihak kami mohon maaf kerana tidak mempunyai maklumat atau data tentang "Polisi Operasi Perkhidmatan" tersebut. Sekian. Terima kasih.
Lain-lain27.06.2016
salam tuan, saya ingin tanya, adakah pihak DBP memerlukan pengisian kekosongan jawatan. Saya pelajar tahun akhir jabatan sejarah dan tamadun islam, Universiti Malaya yang akan bergraduasi pada bulan 10 tahun hadapan. Disebabkan pengajian saya tujuh semester, jadi sementara menunggu graduasi sepanjang kira-kira 9 bulan, saya sangat berminat untuk bekerja di DBP terutamanya dalam bidang penyelidikan. Saya amat meminati sejarah khususnya sejarah dan tamadun islam. Jadi saya sekadar ingin bertanya tentang apa2 kekosongan jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan dan kemahiran saya.Rajin-rajin lah melayari laman seswang DBP dan bacalah akhbar arus perdana untuk iklan jawatan kosong.Lain-lain18.12.2013
Mohon dapat meberikan terjemahan istilah dalam bidang IT berikut dalam Bahasa Melayu : "RSS Feeds", saya telah cadangkan "pengisian RSS" tapi tidak dapat diterima oleh rakan saya. Saya telah pun semak dalam kamus DBP tetapi jawapannya tidak seperti yang dikehendaki, sekian terima kasih.

Berdasarkan sumber rujukan kami, belum ada lagi padanan bagi istilah RSS Feeds, walau bagaimanapun dalam bidang komputer padanan feed ialah suapan. Oleh itu, kami mencadangkan Suapan RSS bagi istilah RSS Feeds.

Istilah10.11.2010
Untuk makluman pihak YBrs. Tuan Rektor, telah menjadi kewajiban persatuan menganjurkan program bagi mengimarahkan Ramadan. Selain itu juga adalah sebagai salah satu medium meningkatkan pengisian iman secara santai kepada semua ahli persatuan khususnya malah turut melibatkan staf dan pelajar amnya. soalan: bolehkah perkataan persatuan menggunakan huruf besar?Perkataan persatuan perlulah menggunakan huruf kecil dalam ayat di atas kerana ia merupakan kata nama am.  Ejaan22.02.2023
PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU TADBIR (P/O) GRED N17/PEMBANTU PERPUSTAKAAN GRED S17Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17 bertaraf Sambilan untuk pengisian di DBP Cawangan Sabah dan Sarawak boleh dikemukakan sekarang. Dimaklumkan kami tidak mempunyai peruntukan jawatan Pembantu Perpustakaan Gred S17 buat masa ini.Lain-lain09.05.2008
Salam tuan, Saya ingin bertanya apakan padanan yang paling sesuai untuk menterjemah keterangan berikut: The blades are machined plates that turn, to move the rounds to the primary feeder. Keterangan ini adalah berkaitan dengan pemasangan dan pengisian peluru dalam mesin gun automatik. Terima kasih.Kami tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Apa yang dapat kami bantu ialah menyemak hasil terjemahan yang telah dibuat dari aspek penggunaan kata dan ayat.Penyemakan dan penterjemahan10.10.2017
123

Kembali ke atas