Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ka.ji] | ڤڠکاجي

Definisi : (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ka.ji] | ڤڠکاجي

Definisi : orang yg mengkaji: ~ bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah definisi bagi istilah atau bidang 'falsafah bahasa'. Adakah DBP mempunyai pangkalan definisi daripada pengkaji-pengkaji saintifik yang pernah mendefinisikan bidang ini melalui penyelidikan.
Mengikut bidang linguistik, "falsafah bahasa" berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "philosophy of language". Sekiranya pihak saudara/saudari ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan "falsafah bahasa" tersebut, saudara/saudari bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka melalui sistem Katalog Awam dalam Talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/. Berdasarkan semakan kami menggunakan Sistem KAWAT, terdapat banyak bahan rujukan berkaitan dengan “falsafah bahasa” di Pusat Dokumentasi Melayu.
Tatabahasa02.05.2022
Perbezaan Kajian Lepas (Sorotan Kajian) dan Kosa Ilmu?Kedua-dua frasa mempunyai maksud yang hampir sama iaitu hasil penulisan pengkaji-pengkaji terdahulu dalam bidang-bidang kajian mereka.
Untuk mengetahui lebih lanjut, tuan perlu mendapatkannya daripada pakar atau penyelidik.
Makna06.04.2021
Ramai ahli filosofi, pemikir, pengkaji masyarakat dan pemimpin melontarkan pelbagai pendapat berkaitan perkara ini.

Sila jelaskan soalan saudari.

Lain-lain28.02.2010
Memandangkan kepentingan aritmetik mental, pengkaji bercadang agar... Soalan: Adakah penggunaan kata 'Memandangkan kepentingan' perlu diganti dengan kata yang lebih sesuai?'Memandangkan kepentingan' boleh digunakan. Selain itu, boleh juga digunakan 'memandangkan keperluan'.Lain-lain11.01.2007
apakah yang dimaksudkan dengan leadership? kerana sesetengah pengkaji berpendapat kepimpinan dan sesetengahnya kepemimpinan. yang mana satu harus digunakan dalam kajian saya yang bertajuk Instructional Leadership setelah dialih ke bahasa melayu. terima kasih!!Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kepimpinan bermaksud keupayaan memimpin. Kepemimpinan pula bermaksud keupayaan (kebolehan, pencapaian, dan sebagainya) sebagai pemimpin, daya (tindak-tanduk, kecekapan dan sebagainya) seseorang pemimpin. Oleh itu, puan boleh pilih salah satu yang bersesuaian dengan konteks dan konsep istilah tersebut.Makna28.02.2013
penggunaan untuk numbor kosong '0', di hadapan titik perpuluhan, ramai pengkaji mengabaikan penggunaan 0 di hadapan titik perpuluhan ( .123). Soalan saya, penggunaan mana yang tepat antara 0.123 atau .123 dalam penulisan?. Terima kasih

Nombor kosong sebelum titik perpuluhan perlu ditulis, contohnya 0.123

Ejaan23.06.2011
Soalan terperinci saya - Mengenai istilah penggunaan perkataan TRET iaitu rata-rata pengkaji menggunakan istilah Personaliti TRET atau dalam bahasa inggeris Personality Traits. Justeru, saya memohon jasa baik pihak tuan untuk membantu saya samada perkataan tersebut boleh digunapakai atau tidak. Terima kasihPerkataan "Traits" dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan kepada "ciri" dalam bahasa Melayu.Istilah29.08.2019
Assalamualaikum, Adakah menjadi kesalahan dari segi tatabahasa sekiranya dalam menulis tajuk kajian, pengkaji memulakan dengan kata kerja? Contoh tajuk: 1. Meningkatkan kemahiran menulis huruf besar dalam kalangan murid tahun tiga melalui kaedah SaSiSu 2. Meningkatkan kemahiran lisan dalam kalangan murid prasekolah melalui aktiviti perbualan pagi. Soalan ini dikemukakan kerana ada ahli bahasa menyatakan tajuk mesti bermula dengan kata nama untuk memenuhi konsep ayat tetapi saya berhujah bahawa tajuk kajian bukannya ayat tetapi frasa kerana: i. tiada subjek dan predikat ii. tidak didahului dan diakhiri dengan kesenyapan. iii. Intonasi ujarannya tidak sempurna. Tolong kemukakan justifikasi: 1. Adakah tajuk kajian berupa ayat atau frasa? 2. Adakah tajuk kajian mesti dimulai dengan kata nama? 3. Adakah tajuk kajian tidak boleh dimulai dengan kata kerja? Terima kasih.Penulisan kertas kerja sama seperti menulis tajuk buku. Walaupun binaan tajuk bukanlah dalam satu ayat yang lengkap, lazimnya penulisan tajuk ini menggunakan kata nama. Berdasarkan semakan kami dalam data Pusat Dokumentasi Melayu, DBP ditemukan juga tajuk buku/kertas kerja/artikel bermula dengan kata kerja. Walau bagaimanapun terbitan DBP tekal mengguakan kata nama sebagai tajuk karya, kecuali karya kreatif.Tatabahasa09.11.2015
Peribahasa menyebut " tak kenal maka tak cinta " . Jadi sejauhmana peribahasa ini dapat mempengaruhi dalam bidang pengkaji bahasa. Tq.Sila rujuk buku dan bahan yang berkaitan.Lain-lain22.05.2010
Assalamualaikum. Soalan saya, apakah terjemahan yang tepat bagi 'bullet points'? Contoh ayat: Hasil daripada kajian rintis ini pengkaji hanya perlu menambah prompts dalam bentuk bullet points pada soalan 'bagaimanakah anda membesarkan anak autisme?'.Cadangan terjemahan yang sesuai bagi "bullet point" ialah simbol tanda peluru Makna13.07.2021
1234

Kembali ke atas