Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ka.ji] | ڤڠکاجي

Definisi : (orang) yg mengkaji: ~ sastera Melayu moden; ~ cuaca. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ka.ji] | ڤڠکاجي

Definisi : orang yg mengkaji: ~ bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
limitationpengehadanPendidikanTiadaAspek dalam kajian yang pengkaji tahu akan mempengaruhi keputusan kajiannya tetapi di luar kawalan pengkaji.
observer as participantpemerhati sebagai pesertaPendidikanTiadaPengkaji sebagai peserta tetapi tidak terlibat sepenuhnya dalam aktiviti peserta dan identiti pengkaji diketahui oleh peserta. Bandingkan participant as observer.
open labellabel terbukaPerubatanTiadaKaedah kajian klinikal yang pengkaji dan subjek kajian diberitahu jenis ubat yang digunakan. Kaedah ini menimbulkan bias kepada pengkaji dan subjek.
double-blinddwibutaPerubatanTiadaKaedah kajian klinikal yang kedua-dua pengkaji dan subjek kajian tidak mengetahui jenis ubat yang diterima oleh subjek. Kaedah ini mengurangkan bias sama ada kepada subjek atau pengkaji, dan mendapat keputusan yang lebih dipercayai daripada kaedah buta tunggal.
participant observationpengamatan pesertaKomunikasiKorporatKaedah penyelidikan pasaran yang mengenal pasti gelagat pengguna sewaktu membuat pilihan pembelian barangan di pasaran dalam tempoh tertentu. Kaedah ini melibatkan pengkaji turut serta dalam sesuatu proses atau keadaan pasaran. Contohnya, pengkaji perlu berada dalam suasana pasaran sebenar pada sesuatu tempoh untuk mengenal pasti tabiat pemilihan dan pembelian barangan. Maklumat yang terkumpul digunakan oleh perancang strategi pengiklanan untuk menyusun strategi pemasaran barangan yang dikaji. Kaedah pengamatan peserta diakui sebagai kaedah yang sesuai untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat mengenai tabiat pembelian pelanggan. Kaedah ini juga digunakan oleh pihak syarikat pengeluar atau agensi pengiklanan untuk mendapatkan maklum balas keberkesanan iklan yang telah diterbitkan dan disiarkan. Melalui kaedah ini, pengiklan dapat mengenal pasti tahap sambutan khalayak terhadap barangan yang diiklankan. Pendekatan ini pada asalnya merupakan salah satu kaedah penyelidikan dalam bidang sains sosial.
sigillographerpengkaji ilmu mohorPerpustakaanTiadaTiada
sighillographerpengkaji ilmu mohorSejarahTiadaTiada
sigillographerpengkaji ilmu mohorSejarahTiadaTiada
Egyptologistpengkaji purba MesirSejarahTiadaTiada
Results AnalystPengkaji Keputusan PeperiksaanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas