Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ka.jian] | ڤڠکاجين

Definisi : perihal mengkaji, penelitian, penyelidikan: ~ dan penilaian karya-karya sastera; ~ utk mencari kegunaan baru getah masih dijalankan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[peng.ka.jian] | ڤڠکاجين

Definisi : perbuatan atau hal mengkaji; penyelidikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaji
Kata Terbitan : mengkaji, kajian, pengajian, pengkajian, pengkaji,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin mengetahui maksud "sintaksis" dan kepentingannya di dalam pengkajian dan mutu bahasa

Sdr. Sham, makna sintaksis adalah seperti yang diberikan di bawah. Bagi soalan kedua dari segi kepentingannya dalam pengkajian saya harap Sdr. boleh merujuk buku tatabahasa yang berkaitan dengan sintaksis yang ditulis oleh Prof. Dato' Asmah Hj. Omar. Terima kasih kerana menggunakan KNBDBP. 

  • Sintaksis ialah pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dlm ayat.
Tatabahasa28.02.2009
Apakah yang dikatakan sebagai "teori linguistik"? dan nyatakan teori yang terdapat dalam pengkajian linguistik?

Sila rujuk bahan ini :

1. Teori Linguistik oleh Arbak Othman. DBP : 2004

   

2.
Teori linguistik Chomsky teori neurolinguistik WernickeSimanjuntak, MangantarUniversity Brunei Darussalam19
Lain-lain01.02.2008
peribahasa ada menyebut 'Tak kenal maka tak cinta'. sejauhmanakah peribahasa ini dapat mempengaruhi bidang pengkajian bahasa melayu.

Sdr. Nurul,

Pihak kami hanya membantu dalam masalah yang mungkin terdapat dalam penggunaan bahasa Melayu yang pihak sdr. hadapi, tetapi dalam soal berbentuk kajian seperti ini saya rasa sdr. perlu membuat kajian sendiri dan pergilah ke perpustakaan yang terdekat untuk mencari maklumatnya.

Lain-lain16.05.2010
berikan definisi mengenai leksikostatistik dan pendapat beberapa ahli sarjana mengenai kajian leksikostatistik dalam bidang linguistikLeksikostatistik bermaksud pengkajian secara statistik tentang kosa kata sesuatu bahasa dengan penekanan khusus terhadap hubungan sejarahnya dengan bahasa-bahasa lain. Saudara boleh membuat rujukan tentang pendapat ahli sarjana tentang kajian ini daripada perpustakaan atau Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu.  Makna27.02.2008
apakah pengertian filologi dari sudut sasteraSecara umum, filologi bermaksud kajian saintifik terhadap bahasa dan kesusasteraan. Dalam pengertian yang lebih khusus filologi ialah ilmu pengkajian naskhah yang bercetak atau bertulis tangan. Kajian ini meliputi semua bahan bertulis  atau bahan kesusasteraan  untuk dihubungankan dengan konteks kebudayaan dan masyarakat pada masa naskhah itu ditulis. Kajian yang dilakukan tidak sahaja terbatas pada naskhah lama tetapi meliputi juga naskhah semasa.Lain-lain04.09.2008
Tuan/Puan, Saya berharap agar pihak tuan dapat (1)mencadangkan buku-buku yang berkenaan tatabahasa bahasa melayu, sejarah bahasa melayu dan juga sejarah kesusasteraan melayu. Hai ini demikian kerana saya sedang menjalani pengkajian tentang penjodoh bilangan BM. Dalam skop kajian saya, saya berharap dengan bantuan korpus yang dibekalkan oleh pihak tuan, saya dapat mangkaji masa wujudnya sesuatu penjodoh bilangan atau perubahan makna sesuatu kata sehingga berfungsi sebagai penjodoh bilangan.Tetapi pengetahuan saya tentang bahasa melayu terutamanya bahasa melayu kuno atao klasik adalah lemah. Dengan ini, saya berharap dapat melalui pembacaan dapat mengetahui bagaimana pakar bahasa membezakan bahasa kuno dan moden sehingga saya dapat mencari perbezaannya dari dua peringkat ini. (2)Soalan kedua adalah tentang translasi klasik melayu dan data yang dikumpul dalam korpus. Dalam pengetahuan saya, klasik melayu lama asalnya ditulis dengan tulisan Jawi. Saya tidak pasti sama ada dalam teks asal tersebut telah mengandungi penjodoh bilangan ataupun adalah akibat ditambah oleh penterjemah untu menyesuaikan nahu bahasa melayu standard. (3)Selain itu, karya yang dikumpul dalam korpus adalah edisi lengkap atau edisi ringkas? Bantuan pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih.

Tuan/Puan boleh merujuk buku-buku seperti Tatabahasa Dewan Edisi Keempat oleh Nik Safiah Karim et. al; Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar; Pelita Bahasa Melayu Penggal I - III (Edisi Baharu) oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba); Ilmu Mengarang Melayu oleh Za'ba; Kitab Ilmu Bahasa Melayu oleh Za'ba, dan sebagainya. Tuan juga boleh merujuk buku-buku dalam Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu seperti Gaya Bahasa Sastera Melayu oleh Umar Junus; Inskripsi Melayu Sriwijaya oleh G. Coedes (disunting dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar), serta buku-buku sastera lama seperti Sulalat  Al Salatin, Sejarah Melayu, buku-buku hikayat dan lain-lain. Semua buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat dan rujukan lain mungkin boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

   

Lain-lain24.05.2011
Tuan yang saya hormati, salam sejahtera saya ucapkan. Pertama sekali saya ingin menyatakan bahawa contoh yang akan saya berikan ini, frasa-frasanya terdapat di TENGAH-TENGAH ayat. Tetapi saya tidak faham, mengapakah apabila frasa terdapat di tengah-tengah ayat, huruf "S" dalam perkataan"Sungai Tigris" dan huruf "T" dalam perkataan "Tamadun Mesopotamia" hendaklah meletakkan huruf besar sedangkan huruf "n" dalam perkataan "negara Malaysia" dan "negara Pahang" dan huruf "p" dalam perkataan "program kecemerlangan pelajar" serta huruf "h" dalam perkataan "hospital pakar Malaysia" ialah huruf kecil? Sekian sahaja pertanyaan saya. Saya mengaku bahawa saya memang berminat dalam pengkajian tatabahasa. :)Bagi kata nama khas, seperti nama negara, nama sungai, nama tamadun dan nama lengkap yang khusus bagi program atau aktiviti perlu digunakan "huruf besar". Berdasarkan contoh frasa di tengah-tengah ayat yang diberikan, maka penggunaan yang betul ialah, Sungai Tigris dan Tamadun Mesopotamia. Manakala selebihnya … negara Malaysia, negeri Pahang, hospital pakar Malaysia dan program kecemerlangan pelajar. Bagi pihak DBP, saya menyarankan peminat dan pengkaji tatabahasa seperti tuan wajib memiliki dan memahami Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa30.04.2014

Kembali ke atas