Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ka.te.go.rian] | ڤڠکاتݢورين

Definisi : proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian, penggolongan: penulis membuktikan bahawa ~ jenis-jenis itu mempunyai konsep yg tersendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengkategorian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan penggunaan perkataan kategori & pengkategorian contoh ayatMenurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kategori bermaksud bahagian dalam sesuatu sistem klasifikasi, kumpulan (golongan dan sebagainya) besar berdasarkan ciri-ciri tertentu. Contoh ayat ialah Dewan Pelajar, Dewan Ekonomi dan Dewan Kosmik ialah bahan bacaan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam kategori majalah.

Pengkategorian bermaksud proses mengkategorikan sesuatu, pengklasifikasian dan penggolongan. Contoh ayat ialah pengkategorian karya seni mengikut kriteria tertentu yang berdasarkan bentuk dan olahan pokok persoalan. 
Makna12.09.2020
Berdasarkan ayat ini: 'Aku lihatnya seperti berumur lewat belasan, tetapi bertanggungjawab setara mereka yang digelar dewasa.' Apakah linkungan umur bagi frasa 'lewat belasan'?Tiada maklumat dan pengkategorian yang jelas tentang kumpulan usia lewat belasan tahun dalam sumber rujukan kami. Dari aspek bahasa lewat belasan boleh dianggarkan menghampiri dua puluhan seperti 18 atau 19, walau bagaimanapun ia bukanlah suatu angka yang rasmi.Tatabahasa10.10.2018
Salam, saya ingin tahu kenapa Kamus Dewan atau mana-mana kamus Melayu amnya tidak mengkategorikan sesuatu perkataan sebagai kata kerja (verb), kata adjektif dsb, berbanding dengan praktis dalam kamus bahasa Inggeris. Ketiadaan pengkategorian sedemikian menyusahkan dan mengelirukan para pegguna apabila ingin membentuk perkataan dan ayat dengan sempurna.Untuk makluman saudara, Kamus Dewan bersifat sederhana dan menumpukan pada kata dan makna kata. DBP sedang menyusun Kamus Umum Bahasa Melayu (akan terbit tidak lama lagi) dengan memasukkan kelas kata entri kamus tersebut.Lain-lain25.09.2011
ASSALAMUALAIKUM.. saya keliru tentang diftong dengan vokal berganding, digraf dengan konsonan bergabung. bolehkah pihak DBP memberi penerangan yang jelas agar saya dapat membezakan kedua-dua aspek tersebut. ini kerana berdasarkan apa yang saya pelajari semasa STPM dulu, terdapat beberapa kekeliruan dalam beberapa buah buku seperti bacalah sayangku tentang pengkategorian aspek-aspek yang saya nyatakan tadi. kalau boleh disertakan dengan contoh berkaitan lebih baik. terima kasih.
Waalaikumsalam.
1. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah seperti ai, au, dan oi.
2. Vokal berganding berbeza daripada diftong yang dilafazkan sebagai satu bunyi. Perkataan yang dieja dengan vokal berganding ialah kuih, buih, air dan laut.
3. Digraf - ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy. Kadangkala diagraf dikenal sebagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mempunyai diagraf ialah nganga, nyamuk, lubang, khabar, pisang dan syampu.
4. Konsonan Bergabung atau konsonan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
Istilah12.11.2014
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia Sep 30th, 1:16pm Assalamualaikum Puan Faridah, untuk makluman puan, kandungan manuskrip tersebut kelihatannya relatif sedikit (43 buah puisi dan 9 buah cerpen) dan belum mencapai spesifikasi yang ditetapkan oleh DBP. Mungkin pihak puan boleh mengumpulkan karya yang PERWILA perolehi daripada aktiviti-aktiviti yang lain (lebih baik diterbitkan secara berasingan untuk memudahkan pengkategorian genre). Walau bagaimanapun, pihak puan masih boleh menghantar manuskrip tersebut kepada kami untuk tujuan penilaian dan pertimbangan selanjutnya. Mohon pihak puan lengkapkannya dengan izin terbit daripada semua penulis yang terlibat. Manuskrip yang lengkap bolehlah dihantar kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Terima kasih Maharatu Rafidah Mohamad Sep 30th, 4:21pm Waalaikummussalam. Terima kasih dengan jawapan. Oleh itu, berapakah lagi yang perlu diusahakan utk mencapai sasaran yang dikehendakkan?Untuk makluman, jumlah minimum untuk sebuah manuskrip ipuisi alah 100 buah puisi, dan untuk sebuah manuskrip kumpulan/antologi cerpen pula ialah 20 buah cerpen ataupun 300-500 halaman. Semoga jawapan ini dapat membantu puan.Lain-lain30.09.2014
Salam, Huraian di bawah adalah mengenai kata kerja, Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Contohnya, Dia memasukkan surat ke dalam sampul. Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Contohnya, Semua orang pulang. Dia menjadi guru. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 144. soalan saya: bagaimanakah kita boleh mengetahui sesuatu kata itu adalah kata kerja transitf atau tak transitif (saya tidak mahu definisinya). Contohnya "memasukkan", bagaimanakah kita boleh mengesahkan bahawa kata itu adalah transitif atau tak transitif? Bagaimanakah kita mengetahui perkataan itu memerlukan objek atau tidak. Adakah cara yang "saintifk" untuk menentukan pengkategorian itu? Adakah terdapat justifikasi akademik yang kukuh untuk kita menentukannya?Antara cara untuk mengenal pasti kelas kata ialah merujuk kamus. Kamus Dewan tidak membubuh kelas kata perkataan, perincian kelas kata boleh dikenal pasti dengan melihat contoh ayat yang digunakan. Lihat entri perkataan masuk - memasukkan, ia memasukkan mesin taip ke dalam bilik, perkataan memasukkan diikuti objek. Tidak semua ilmu boleh diuji secara saintifik, termasuklah ilmu bahasa. Lain-lain06.10.2016
Maharatu Rafidah Mohamad Sep 27th, 3:55pm Salam sejahtera. Saya Rafidah Binti Mohamad. Mewakili Persatuan Penulis Wilayah Persekutuan Labuan (PERWILA). Saya ingin bertanya tentang sesuatu. PERWILA ingin menerbitkan sebuah manuskrip yang mana manuskrip itu adalah hasil karya-karya yang dipertandingkan dalam Sayembara Menulis Cerpen/Puisi Labuan 2014 anjuran PERWILA baru-baru ini. Oleh itu, saya ingin bertanya, bagaimanakah untuk PERWILA menghantar manuskrip tersebut yang mana manuskrip itu mengandungi 43 buah puisi dan 9 buah cerpen kesemuanya? Dan jika ingin menghantar melalui email, bagaimanakah caranya? Dan jika kami ingin menghantar ke Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah pula bagaimana? Terima kasih.Assalamualaikum, Puan Faridah, Untuk makluman puan, kandungan manuskrip tersebut kelihatannya relatif sedikit (43 buah puisi dan 9 buah cerpen) dan belum mencapai spesifikasi yang ditetapkan oleh DBP. Mungkin pihak puan boleh mengumpulkan karya yang PERWILA perolehi daripada aktiviti-aktiviti yang lain (lebih baik diterbitkan secara berasingan untuk memudahkan pengkategorian genre). Walau bagaimanapun, pihak puan masih boleh menghantar manuskrip tersebut kepada kami untuk tujuan penilaian dan pertimbangan selanjutnya. Mohon pihak puan lengkapkannya dengan izin terbit daripada semua penulis yang terlibat. Manuskrip yang lengkap bolehlah dihantar kepada: Pengarah, Jabatan Penerbitan, Aras 10, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain27.09.2014

Kembali ke atas