Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampai­kan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lipur
Kata Terbitan : melipurkan, penglipur,

Puisi
 

Terang bulan di Pulau Dinding,
     Jerjak bertentang si Pulau Kera;
Malangku tuan tiada banding,
     Tuan seorang penglipur lara.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimana saya boleh tahu dengan lebih terperinci tentang zaman transisi daripada tradisional ke moden dalam hal -hal kesenian seperti permainan boneka , penglipur lara dan drama tari .DBP telah menerbitkan pelbagai buku mengenai sejarah perkembangan sejarah drama di Malaysia. Salah satunya ialah Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama oleh Abdul Rahman Napiah. KN DBP mencadangkan saudara merujuk bahan-bahan untuk tugasan tersebut di atas perkara drama. Bahan-bahan tersebut boleh di dapati di perpustakaan atau di laman web dengan menaip kata kunci drama. Sekian, terima kasih.Lain-lain04.10.2009
Saya berminat tentang sebuah karya klasik Melayu lama berjudul Hikayat Raja Muda, bolehkah saya dapatkan maklumat dan nasihat mengenainya?

Hikayat Raja muda ialah salah sebuah cerota Penglipur Lara. Hikayat ini telah diceritakan semula oleh Pawang ana dan dicatat oleh Raja Haji Yahya dari Perak. Hikayat ini kemudian telah diterbitkan oleh Oxford University Press pada tahun 1964 berdasarkan naskhah R.O Winstesdt dan A.J Sturrock. Untuk membuat rujukan tentang Hikayat Raja Muda ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3 DBP, Kuala Lumpur atau ke Perpustakaan Negara Malaysia.

 

Lain-lain29.09.2008
saya ingin tanya tentang pelipur lara.jenis,bentuk,peranan dan lain-lain yang berkenaan dengan pelipur lara.harap anda dapat membantu.terima kasih

Pelipur lara ialah orang yang pandai bercerita dengan panjang lebar dan pandai menyampaikan cerita sehingga boleh menarik perhatian pendengar( khalayak). Secara umum, orang yang menyampaikan sesuatu cerita (pada waktu dahulu) dikenali sebagai penglipur lara, namun terdapat nama lain atau panggilan lagi kepada pencerita berdasarkan daerah atau negeri. Contohnya di Perlis dan Langkawi di panggil Awang Batil atau Awang Belanga. Di Kedah pula dipanggil Tuk Jubang, sedangkan di Kelantan digelar Tuk Selampit dan di Pahang di panggil Pencerita sahaja.

Jenis-jenis cerita penglipur lara yang selalu dituturkan ialah Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, Hikayat Terung Pipit dan beberapa lagi hikayat yang sangat popular dalam kalangan masyarakat dahulu.

Bentuk cerita penglipur lara mudah dan lurus. pada umumnya bentuk ceritanya terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu kelahiran wira, pengembaraan wira dan kejayaan wira dalam pengembaraan dan pulang ke negeri asalnya.

 

Lain-lain23.04.2008
Salam, Mohon bantuan untuk perkataan Bahasa Melayu terbaik untuk, "storyteller" (orang yang tugas/kerjanya membuat persembahan storytelling dan jyga "storytelling" (proses bercerita di hadapan audiens kanak-kanak". Terima kasihUntuk makluman terdapat beberapa padanan bahasa Melayu untuk "storyteller", iaitu pencerita, tukang cerita, pengisah dan penglipur lara.Istilah22.04.2016
Assalamualaikum, "Spoken word" ialah seni mempersembahkan puisi yang berfokus pada permainan kata dan penceritaan. Seni ini berasal dari Afrika. Maka, unsur-unsur hip-hop boleh dilihat dalam persembahan. Seni ini berbeza dengan deklamasi sajak kerana puisi yang ditulis sememangnya dicipta untuk dipersembahkan di atas pentas, bukan sebagai bahan bacaan. Persembahan mungkin diiringi muzik dan tarian, atau lain-lain. Yang membuat persembahan "spoken word" dipanggil "spoken word artist". Jadi, bolehkah tuan/puan cadangkan terjemahan bagi "spoken word artist"? Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi "spoken word artist" ialah "penglipur lara".Penyemakan dan penterjemahan21.09.2015

Kembali ke atas