Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (Sas) orang yg menghiburkan hati yg duka dgn menyampai­kan cerita rakyat yg berunsur jenaka, biasanya diselitkan dgn syair, pantun, seloka dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lipur
Kata Terbitan : melipurkan, penglipur,

Puisi
 

Terang bulan di Pulau Dinding,
     Jerjak bertentang si Pulau Kera;
Malangku tuan tiada banding,
     Tuan seorang penglipur lara.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jongleurpenglipur laraKesusasteraanTiadaTiada
rhapsodedendang epikKesusasteraanTiadaDi zaman Yunani tua, dendang epik bersifat penglipur lara. Pengarang dan penggubah dendang epik tidak akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat untuk mengucapkan puisi epik.
rhapsodyrapsodiKesusasteraanTiadaPuisi epik zaman Yunani yang dideklamasikan oleh seorang barda (penglipur lara). Puisi ini terdiri daripada bahan-bahan yang diambil daripada tradisi dan sebahagiannya diimprovisasikan. Kini rapsodi merujuk kepada karya yang mengambil petikan daripada tulisan lain dan menyusunnya kembali dalam suatu struktur yang longgar. Rapsodi juga merujuk kepada karya sastera yang ditulis menggunakan gaya bahasa yang sangat menggembirakan atau penuh perasaan. Rapsodi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �lagu berangkai�.
awang batilawang batilMuzikTiada

 Sejenis seni penceritaan rakyat Kampung Pokok Sena, Cuping, Perlis. Seorang penglipur lara yang diberi gelaran Awang Ba­til menyampaikan cerita rakyat dengan iringan paluan sebuah batil, iaitu sejenis mangkuk. Awang Batil juga memakai topeng semasa memainkan watak tertentu. Persembahan ini juga dinamai Awang Belanga kerana belanga digunakan sebagai alat muzik pada zaman dahulu.

bangsawanbangsawanKomunikasiTiadaPertunjukan pentas secara tradisional yang mengandungi unsur-unsur cerita, nyanyian dan tarian yang selalunya merujuk kepada kisah raja-raja atau cerita penglipur lara.
bardbardaKesusasteraanTiadaSeniman puisi yang dihormati dan mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Seniman ini memainkan peranan utama sebagai individu yang membacakan puisi tertentu dalam perayaan tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Puisi yang dilagukan biasanya diiringi dengan alat muzik tertentu. Umumnya, puisi yang dibacakan berkisar tentang kegemilangan pencapaian suatu kelompok masyarakat atau meraikan watak hero yang hidup dalam budaya pemikiran masyarakat tersebut. Contohnya di Wales, barda masih berperanan penting dalam perayaan tahunan Eisteddfod yang bermula sejak abad ke-12, Barda mungkin boleh disamakan dengan tokoh penglipur lara dalam tradisi Melayu. Penglipur lara merupakan seniman rakyat yang berada di pentas utama dalam sesuatu upacara perayaan zaman silam. Mereka merupakan tukang cerita dan pemuisi yang mempersembahkan cerita dalam upacara tertentu, sama ada kepada khalayak istana ataupun desa. Sama seperti persembahan barda, persembahan penglipur lara Melayu juga diiringi dengan alat muzik seperti rebab, seruling, dan belanga. Antara tokoh penglipur lara Melayu yang terkenal ialah Pawang Ana dan Mir Hasan di Perak dan Pak mahmud di Perlis. Lihat juga lipur lara.
cerita lipur laracerita lipur laraKesusasteraanTiadaCerita rakyat berbentuk roman yang biasanya mengandungi unsur pengembaraaan dan percintaan disampaikan oleh tukang cerita, iaitu penglipur lara.
tarik selampittarik selampitMuzikTiada

Seni penceritaan di Kelantan dan di Patani yang dinyanyikan oleh seorang penglipur lara yang bergelar Tok Selampit. Tok Selampit akan memainkan beberapa watak melalui canta, nyanyian dan dialog. Tok Selampit akan memainkan alat muzik bertali, iaitu rebab untuk mengiringi persembahannya. Ceritanya berkisarkan cerita rakyat daripada tradisi lisan. Lihat juga awang batil.

talibuntalibunKesusasteraanTiadaBentuk puisi Melayu tradisional yang bebas dan menggunakan bahasa berirama, biasanya melebihi empat baris dan tidak terikat dengan skema rima di hujungnya. Puisi ini mengandungi pemerian tema, adegan, dan babak yang biasanya terdapat cerita penglipur lara. Talibun merupakan formula atau frasa tetap yang diulang-ulang dalam konteks dan maksud yang sama dalam sesebuah cerita. Bahasa talibun tersusun dalam dalam bentuk yang tidak teratur, dan baris-barisnya berirama tetapi tidak mengandungi pola rima yang tertentu. Talibun dipenuhi dengan pernyataan kodi yang digunakan oleh penuturnya untuk membantu hafalan dan mengingat kembali. Bahasa talibun berirama dan berentak, menjadi selingan dan hiasan dalam cerita, dan terserlah keindahan bunyi dalam penyampaian lisan. Contoh ungkapan untuk memerikan babak atau tema menghadap adalah seperti yang berikut: Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat langsung menyembah, Terangkat kadam jari sepuluh, Kuncup bagai salur bakung, Jari bagai susun sirih. Talibun dikenali juga sebagai sesomba.
epic fantacyfantasi epikKesusasteraanTiadaKarya fantasi yang memiliki ciri-ciri umum karya epik. Antara ciri-ciri tersebut termasuklah gambaran kehebatan wira yang luar biasa, latar yang luas tanpa batasan, unsur kayangan, kedewaan dan sebagainya. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur-unsur fantasi epik banyak ditemui dalam karya hikayat penglipur lara yang menceritakan kegagahan dan pengembaraan wira yang luar biasa. Contohnya, Hikayat Bayan Budiman.
12

Kembali ke atas