Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngo.kot] | ڤڠوکوت

Definisi : sj alat utk mencantumkan kepingan-kepingan kertas, stapler. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengokot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, "stapler" merupakan terjemahan langsung daripada bahasa Inggeris. Secara alternatifnya, terdapat padanan kata "pengokot" yang membawa maksud yang sama. Namun, apakah kata dasar "pengokot" dan adakah "pengokot" dikira sebagai pinjam terjemah? Mohon pencerahannya. Sekian, terima kasih.

Kata akar bagi pengokot ialah kokot, iaitu besi atau kawat yang bengkok seperti cangkuk atau kait. Oleh sebab itu, perkataan pengokot bukan merupakan kaedah pinjam terjemah kerana perkataan ini terdapat dalam kosa kata bahasa  Melayu. “Stapler” yang disesuaikan dalam bahasa Melayu pula merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa sumber (bahasa Inggeris) dan ini merupakan kaedah terjemahan secara pinjaman, iaitu perkataan atau frasa yang dipinjam daripada bahasa yang lain secara harfiah tanpa penyesuaian ejaan serta menggunakan kaedah terjemahan perkataan demi perkataan.

Istilah15.04.2020
PENJODOH BILANGAN UNTUK PENGOKOT (STAPLER)SEBUAH PENGOKOTTatabahasa23.11.2010
adakah perkataan 'stapler' turut digunakan dalam bahasa melayu? atau boleh digunakan samada pengokot atau stapler dalam bahasa melayu?Padanan bagi stapler ialah pengokot.Tatabahasa01.10.2012
Apakah penjodoh bilangan untuk stapler, getah pemadam pensil dan Fail?Penjodoh bilangan untuk pengokot (stapler), getah pemadam pensel dan fail ialah buah.Tatabahasa18.11.2010
1) Apakah padanan yang sesuai bagi 'stapler'? 2) Bolehkah istilah 'pemblog' bagi menggantikan 'bloger'?Terima kasih.1) Padanan bagi "stapler" ialah pengokot.  2) Istilah bahasa Melayu bagi "blogger" ialah pemblog atau penulis blog.Istilah02.03.2010

Kembali ke atas