Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngok.si.da.an] | ڤڠوکسيداءن

Definisi : perbuatan mengoksidakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengoksidaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'ANTIOXIDANT'? Adakah pengantioksida atau antioksidan? ANTIOXIDANT (Berfungsi memperlahankan pengoksidaan makanan berlemak dan mencegah warna sayuran bertukar menjadi perang)Perkataan "antioxidant" boleh dipadankan sebagai pengaktioksida dan antioksidan bergantung pada konteks penggunaan ayat.

Pengaktioksida digunakan dalam bidang kimia yang merujuk kepada sebatian, biasanya sebatian organik yang lebih mudah dioksidakan jika dibandingkan dengan satu bahan yang lain. Oleh itu, sebatian organik ini dapat merencatkan pengantioksidaan bahan kedua apabila kedua-dua bahan itu dicampurkan.

Antioksidan pula digunakan dalam bidang herba dan veterinar. Dalam bidang veterinar, antioksidan merujuk kepada sebatian kimia yang berupaya merencat kerosakan pada bahan-bahan makanan yang sensitif seperti lemak tak tepu dan vitamin larut lemak. Sebatian ini digunakan untuk memanjangkan tempoh penyimpanan lemak dan juga menghalang pengoksidaan dalam bahan makanan supaya tidak berbau tengik. Contohnya, etoksikuin, fenol, kuinon, vitamin E dan asid galik.


Untuk maklumat lanjut, sila rujuk https://prpm.dbp.gov.my/
Istilah22.09.2020
Salam sejahtera apakah perbezaan antara perkataan antioksidan dan antioksida? Melalui Carian Bestari PRPM domain kamus, tidak wujudnya perkataan 'antioksida'. Walaubagaimanapun, melalui domain Istilah Bahasa Melayu dan domain Khidmat Nasihat, dinyatakan pula 'antioksida' dan 'bahan antioksida'. Adakah perkataan 'antioksidan' sudah membawa maksud 'bahan yang mencegah pengoksidaan' manakala 'antioksida' hanya merujuk kepada sifat sesuatu bahan kimia yang mampu mencegah pengoksidaan? Terima kasih!

Istilah yang betul ialah antioksidan, iaitu bahan yang dapat melambatkan proses pengoksidaan.

Istilah10.01.2022
Boleh saya tahu ejaan yang betul untuk berikut: anti pengoksidaan anti vaksin Terima kasihEjaan yang betul ialah antioksida dan antivaksin.Ejaan21.07.2016

Kembali ke atas