Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[péng.san] | ڤيڠسن

Definisi : (péngsan) dlm keadaan tidak sedar akan diri: aku telah ~ beberapa jam lamanya, apabila aku sedar semula aku dikerumuni oleh beberapa orang tua-tua; jatuh ~ = ter­pengsan tidak ingat, tidak sedar akan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[péng.san] | ڤيڠسن

Definisi : /péngsan/ 1 tidak sedarkan diri kerana sakit, terkejut dsb: Dia ~ apabila mendengar berita yg memeranjatkan itu. 2 keadaan tidak sedarkan diri kerana sakit, terkejut dsb: Setelah sedar drpd ~, dia mengucap berkali-kali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kebakaran yang berlaku di kilang itu menyebabkan beberapa orang pekerja pengsan kerana ___ gas beracun. "tercium" sesuai bagi ayat di atas??Perkataan yang sesuai ialah terhidu.Tatabahasa23.07.2013
1. Bilakah kita menggunakan i) di majlis/acara; ii) dalam majlis/acara? Adakah contoh-contoh berikut betul: a) Ahli parlimen itu telah berucap di majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin pengsan. 2. Yang mana satukah betul: a) Liana melarikan diri dari penculiknya, atau b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Terima kasih dan salam takzim.Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah "dalam  majlis".  Oleh itu ayat yang  betul ialah a). Ahli parlimen itu telah berucap dalam majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin (perempuan/lelaki) pengsan. 2.  b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Tatabahasa04.06.2021
Saudara, Adakah ayat-ayat yang berikut gramatis? Kalau tidak, apakah kesalahannya? 1. Adalah menjadi kesalahan sekiranya menjual rokok kepada kanak-kanak. 2. Mak Temah terkejut dan pengsan apabila terdengar bunyi letupan. 3. Razak membawa hatinya ikut suka ke mana sahaja. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

Encik Lim terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Ayat ini (1) adalah ayat kenyataan/pemakluman jadi ayat tersebut betul walaupun ayat ini menggunakan perkataan adalah pada permulaan ayat. Ayat kedua perkataan dan seharusnya diganti dengan perkataan lalu. Manakala ayat ketiga sepatutnya ditulis. Razak membawa diri mengikut kata hatinya.

Terima kasih.

Tatabahasa17.01.2010
1. Apakah sudah ditetapan penggunaan kata IA untuk benda dan binatang dan DIA untuk manusia sahaja? 2. Bolehkah singkatan KAU digunakan sebagai objek seperti dalam ayat DIA MEMUKULKAU SEHINGGA PENGSAN. Harap jawab segera. Terima kasih

1. Perkataan ia hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara, tidak boleh digunakan untuk binatang, manakala dia untuk orang/manusia sahaja.

2. Kata ganti singkat kau tidak wajar berfungsi sebagai pemilik atau sebagai objek. Kata ganti singkat diri kedua yang wajar berfungsi sebagai pemilik atau sebagai objek ialah mu, bukan kau.  

Tatabahasa30.03.2010
Bolehkah tuan tolong terangkan perbezaan penggunaan perkataan"cikgu" dan "guru" dalam ayat. saya agak keliru tentang kedua-dua perkataan tersebut. 1. Cikgu/guru di sekolah saya baik-baik belaka. 2. Ali telah pengsan dan telah dihantar pulang oleh seorang cikgu/guru. 3. Cikgu/ guru memarahi murid -murid yang nakal. Walaupun saya tahu bahawa"ramai " digunakan dalam situasi yang riuh-rendah, meriah, tetapi saya masih keliru dengan penggunaannya dengan "banyak". 1. Banyak orang menghadiri majlis itu. Saya terbaca ayat contoh ini dari sebuah buku rujukan yang menerangkan penggunaan "ramai" dan "banyak". Saya hendak tanya mengapakah ayat tersebut gunakan "Banyak" dan bukan "ramai" bukankah "majlis" merupakan keadaan yang meriah dan riuh-rendah? Bolehkah tuan beri saya beberapa contoh untuk menerangkan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut. terima kasih.

 

Saudara,

Perkataan cikgu dan guru membawa maksud yang sama. Yang membezakan kedua-dua perkataan ini adalah dari segi penggunaannya. Perkataan guru lebih umum  penggunaannya, contohnya guru bahasa Melayu. Perkataan cikgu biasanya digunakan sebagai gelaran dan diikuti dengan nama, contohnya, Cikgu Aminah.  

Tatabahasa17.10.2009
apakah perbezaan antara perkataan 'rebah' dengan perkataan'tumbang'? bolehkah anda jelaskan perbezaanya ? terima kasih..Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, rebah bermaksud jatuh terbaring (orang dll), terletak berbaring atau bertiduran (pokok dll), tumbang: ia ~ pengsan; ~ menyembah tikar; ~ terlentang di atas lantai; membawa (memberi) ~ menjatuhkan (menggagalkan); ~ bek Kl rebah kerana sudah tidak bertenaga lagi; ~ belakang Kl, bp berehat (menghilangkan penat); ~-rempah rebah terguling-guling; dapat tebu ~ prb mendapat untung; sokong membawa ~ prb dikhianati (dicelakakan) oleh kawan sendiri. Tumbang  ditakrifkan sebagai jatuh (benda yg tegak), rebah: pokok getah yg telah tua itu ~ sebatang demi sebatang; 2. ki jatuh atau runtuh (kerajaan, negara, dll): Port Arthur ~ pd hari terakhir tahun 1904; 3. ki disembelih (binatang spt kerbau, lembu, dll): dua ekor lembu jantan ~ dan berpuluh-puluh ekor ayam lagi mengikutinya; ~ harapan putus harapan.Istilah01.04.2010
Pola ayat dasar 1. Bandar Ipoh terletak di Perak. 2. Pelakon muda yang berbakat itu dari Indonesia. 3. Kakak pergi ke rumah abang . Perbezaan subject Dan predikat 1. Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna cerah. 2. Seorang pekerja yang sedang membersihkan dewan jatuh pengsan semalam . 3. Semua pelajar di sekolah itu dikehendaki berada di dewan sekarang .Soalan saudara kurang jelas. Jika ditanyakan tentang ayat dasar, ayat dasar merupakan sumber kepada pembentukan ayat-ayat dalam Bahasa Melayu. Ayat dasar juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat inti. Terdapat empat pola ayat dasar berdasarkan unsur-unsur binaan ayat, iaitu FN+FN ; FN+FK ; FN+FA ; dan FN+FS. Contohnya, "Bandar Ipoh" ialah FN + "terletak di Perak" ialah FK. Subjek pula ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat yang menerangkan subjek. Dalam contoh ayat, "Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu dicat dengan warna cerah", "Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu" ialah subjek dan "dicat dengan warna cerah" ialah predikat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 463 - 476.  

 

Tatabahasa22.05.2013
1,Apakah perbezaan antara mengakibatkan dengan menyebabkan

Mengakibatkan bermaksud menyebabkan berlaku atau timbul sesuatu peristiwa, kejadian, masalah, perbuatan dan sebagainya; dan biasanya buruk.

Contoh ayat: Kejadian ini mengakibatkan kematian kepada pokok muda.

Menyebabkan bermaksud menjadi sebab sesuatu perkara, hal dan sebagainya berlaku atau terjadi.

Contoh ayat: Satu benda berat mengenai tengkuknya menyebabkan dia pengsan.

Untuk maklumat lanjut, rujukan Kamus Dewan Perdana hlmn. 45 dan 1979.

Makna09.09.2023

Kembali ke atas