Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ba.han] | ڤڠوبهن

Definisi : perihal mengubah (mengubahkan), pengalihan, penukaran (kpd sesuatu yg lain): begitulah cara ~ politik dilakukan melalui tindakan yg negatif; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ba.han] | ڤڠوبهن

Definisi : perbuatan (proses, cara dsb) mengubah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengubahan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan/puan. Saya mengucapkan terima kasih atas jawapan yang tuan/berikan kepada saya berkenaan dengan "pengubahan wang haram". Kemusykilan saya yang seterusnya ialah, jika "money laundering" diterjemahkan sebagai "pelaburan wang haram", apakah pula terjemahan yang tepat dalam bahasa Inggeris bagi "pengubahan wang haram"? Sekian, terima kasih.Untuk makluman tuan, data tentang lender dan laundering diambil daripada terjemahan Kamus Inggeris-Melayu Dewan (KIMD). Tidak ada maklumat tengang kata berkenaan dalam bidang peristilahan. Kami berpandangan pelaburan wang haram (kerana diambil daripada maksud launder dalam KIMD) sama dengan pengubahan wang haram. Melalui semakan kami juga akta yang diuuatkuasakan mengguna pakai perkataan pengubahan wang haram,  iaitu Akta 613 - Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 atau versi bahasa Inggeris, Act 613 - Anti-Money Laundering and Anti-Terrirism Financing Act 2001.Istilah25.07.2015
Apakah perbezaan antara perubahan dan pengubahan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, perubahan ialah perihal berubah, manakala pengubahan ialah perihal mengubah atau mengubahkan sesuatu.Makna28.12.2009
Assalamualaikum tuan, Saya ingin pengesahan bentuk ejaan/bentuk kata bagi perkataan-perkataan di bawah. Yang mana satu yang betul: 1. Pengubahan wang haram; ATAU 2. Penggubahan wang haram. Sekian, terima kasih.Ejaan dan frasa yang betul ialah "Pengubahan Wang Haram", daripada kata ubah - mengubah - pengubahan.Tatabahasa17.07.2015
Assalamualaikum tuan/puan. Saya mengucapkan terimakasih atas jawapan tuan/puan terhadap bentuk ejaan "pengubahan wang haram". Berdasarkan jawapan yang tuan/puan berikan kepada saya, saya mengandaikan bahawa tuan/puan menyatakan kata dasar bagi perkataan ini ialah "ubah". Yang menjadi kemusykilan saya ialah, mengapakah kata dasarnya ialah "ubah" dan bukannya "gubah". Hal ini demikian kerana frasa "pengubahan wang haram" ini saya yakin dalam bahasa Inggerisnya ialah "money laundering" dan bukannya "money changing". Saya sangat berbesar hati jika tuan/puan dapat memberikan justifikasi sebab "ubah wang haram" yang tepat, dan bukannya "gubah wang haram". Terima kasih.Kami berpendapat pengubahan wang haram betul. Akar kata ubah menjadi mengubah dan menerbitkan pula kata pengubahan yang bermaksud perihal menukarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. Penggubahan daripada kata gubah menjadi menggubah, iaitu mengatur atau menyusun bunga untuk perhiasan. Dalam konteks ini kata pengubahan paling tepat digunakan. Dalam data kami kata juga launder bermaksud melaburkan wang haram, maka money laundering boleh diterjemahkan kepada pelaburan wang haram.Tatabahasa23.07.2015
Sinonim perkataan "pindaan" ialah pengiktirafan, penghapusan, pengubahan atau pengesahan?(4 pilih1)Sinonim bagi perkataan "pindaan" ialah perubahan, pertukaran, pergantian, pembetulan, perbaikan.

Oleh itu, antara perkataan pengiktirafan, penghapusan, pengubahan dan pengesahan, perkataan yang sinonim dengan "pindaan" ialah perubahan.
Lain-lain15.03.2022
Apakah terjemahan yang sesuai untuk istilah reputation laundering?Padanan bahasa Melayu bagi istilah reputation laundering ialah pengubahan reputasi.Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah10.09.2022
Adakah boleh 'cuci wang' digunakan untuk padanan 'launder money' dalam penggunaan rasmi?Cadangan terjemahan bagi launder money ialah "pengubahan wang haram atau pelaburan wang haram" Makna04.08.2022
Salam Tuan/Puan, Saya ingin memohon jasa baik pihak tuan/puan untuk menterjemahkan "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" Terima kasih atas bantuan daripada pihak tuan/puan.Berdasarkan carian melalui sumber Bank Negara Malaysia http://www.bnm.gov.my/documents/act/bm_amlatfa_v3.pdf,  "Anti-Money Laundering, Anti Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLATFPUAA 2001)" ialah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. Istilah19.09.2018
Selamat petang. Saya mempunyai beberapa soalan yang hendak ditanya. 1) Bagaimanakah cara untuk menterjemah frasa 'a falling stone' ke dalam Bahasa Melayu? 'Batu yang berjatuh'? 2) Apakah perkataan yang seerti dengan perkataan bahasa Inggeris 'update' dan 'update' dalam konteks-konteks seperti: * I need to update the firmware. * I need to upgrade my hardware. 3) Apakah perbezaan 'penukaran' dengan 'pertukaran'? 4) "Meja ini diperbuat daripada kayu" atau "Meja ini dibuat daripada kayu"? 5) Apakah nama rasmi bahasa kebangsaan kita untuk kegunaan formal? 'Bahasa Melayu' atau 'Bahasa Malaysia'? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan saya ini. Saya benar-benar menghargainya."1. Batu yang jatuh 2. update - kemas kini 3. Berdasrkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pertukaran bermaksud perihal bertukar (mempertukar­kan), pergantian, perubahan, perbuatan, dsb bertukar-tukar (pendapat dsb). Penukaran bermaksud perihal menukarkan (mengu­bah­kan, memindahkan, menggantikan, dll), pemindahan, penggantian, pengubahan 4. Kedua-dua ayat adalah betul. 5. Nama rasmi bahasa kebangsaan kita ialah bahasa Melayu.Makna16.07.2013

Kembali ke atas