Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.bah.suaian] | ڤڠوبهسواين

Definisi : perihal (perbuatan, kerja, proses, dsb) mengubah suai: biasanya bebe-rapa ~ berlaku oleh sebab timbulnya per-soalan baru dlm menangani kata masukan tertentu, yg tidak terduga atau tertelah pd peringkat awal penentuan sistem; penyusunan semula dan ~ istilah-istilah yg telah digubal dan dicipta pd tahap awal perkembangan bahasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.bah.suaian] | ڤڠوبهسواين

Definisi : perbuatan atau hal mengubah suai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengubahsuaian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PENGUBAHSUAIAN JALAN TELAH SIAP, AKSES LEBIH MUDAH.PEMBINAAN JALAN TELAH SIAP, LALUAN LEBIH MUDAH.Lain-lain26.11.2010
Nak tanya mengenai penggunaan ayat untuk mengatakan kedai ditutup. Antara dua pilihan ini yang mana betul : 1. Kedai Empayar Abang Long tutup esok untuk proses pengubahsuaian kedai. 2. Kedai Empayar Abang Long ditutup esok untuk proses pengubahsuaian kedai. Patut guna tutup ataupun ditutup?Ayat yang betul ialah:   Kedai Empayar Abang Long akan ditutup esok untuk pengubahsuaian.Tatabahasa29.03.2021
-SILA PERGI KE ALAMAT G12 UNTUK SEBARANG URUSAN SEMASA TEMPOH PENGUBAHSUAIAN? TUAN, AYAT DI ATAS INGIN MENUNJUKKAN KEPADA SSUATU ARAHAN.ADAKAH AYAT INI MUDAH DIFAHAMI??Ayat "SILA PERGI KE ALAMAT G12"  tidak jelas. Adakah G12 merupakan alamat atau nombor lot kedai atau lain-lain? Ayat "UNTUK SEBARANG URUSAN SEMASA TEMPOH PENGUBAHSUAIAN" adalah betul dan boleh digunakan.Tatabahasa31.05.2012
canser and tumor expert renovation aluminium & glasstabib cina: kanser dan tumor kedai pengubahsuaian barangan aluminium dan kacaLain-lain04.04.2007
Assalamualaikum wbt tuan.. saya pelajar PhD dari UKM, bidang sumber dan teknologi. sekarang saya sedang membuat pembetulan untuk viva. saya ingin bertanyakan soalan mengenai pengubahsuaian perkataan bagi Personalized Learning, sekiranya ditukar kepada bahasa melayu..boleh kah dijadikan Pembelajaran yang diPeribadikan? Dan pada awal tahun 2013, saya telah menggunakan singkatan Pembelajaran yang diPeribadikan dengan PdP.Namun pada tahun lepas...pertukaran PdP ini adalah istilah bagi pengajaran dan pembelajaran..bukan lagi P&P.. Jadi saya mohon untuk pihak tuan membuat semakan bagi (1)- Personalized Learning - Pembelajaran yang diPeribadikan (atau penggunaan ini boleh ditukarkan bahasa atau saya perlu italic kan sahaja dalam tesis sy) (2)- Singkatan yang sesuai untuk Pembelajaran yang diPeribadikan - yang lama saya guna PdP (3)- Adakah P&P sudah tidak boleh digunakan lagi dalam penulisan tesis? Maklum balas dan bantuan daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan jutaan terima kasihUntuk makluman, dalam bidang Pendidikan terdapat istilah "personalized teaching" yang padanan bahasa Melayunya ialah pengajaran diperibadikan. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "personalized learning" ialah pembelajaran diperibadikan. Untuk makluman puan juga, tidak terdapat singkatan yang khusus untuk istilah ini dalam pangkalan data istilah DBP.  Istilah01.02.2016
Saya dah beri cadangan istilah "Particle Swarm Optimization" kepada "Pengoptimuman Kerumunan Zarah". salah satu teknik pengoptimuman dalam bidang kejuruteraan. macam saya boleh tahu cadangan saya diterima atau terdapat pengubahsuaian dari pihak DBP??? kerana saya perlukannya dengan kadar segera.Ketiga-tiga perkataan dalam istilah tersebut terdapat padanannya dalam rujukan istilah DBP. Walau bagaimanapun, ketepatan padanan istilah bergantung pada penyesuaiannya dengan makna sebenar istilah tersebut, bermaksud perlu dilihat dari segi konteks dan bidang istilah tersebut. Jika menepati konteks dan bidang, istilah tersebut boleh digunakan.Istilah17.01.2012
Selamat Pagi! Kami adalah sebuah Pasar Raya ingin mengadakan satu jualan sebelum renovasi cawangan. Adakah tatabahasa tema berikut sesuai dan tepat untuk lamppost bunting & banner? - JUALAN PENGHABISAN PRA-RENOVASI Terima Kasih.Untuk makluman tuan, perkataan renovasi tiada dalam bahasa Melayu. Perkataan bahasa Melayu bagi renovation ialah pengubahsuaian.Penyemakan dan penterjemahan12.09.2014
Muhamad Asyraf Yahaya Di Dungun, Terengganu ada satu pusat dinamakan dlm bahasa melayu "Pusat Koreksional". Agak DBP la betulke perkataan Koreksional tu??? In english mmg la dipanggil Correctional Center yg mana nama baik bagi "PENJARA" tp betul ke direct tukar nama camtu?Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat. Koreksional tiada dalam bahasa Melayu. Perkataan yang sama erti dengan perkataan tersebut ialah pemulihan.Lain-lain27.02.2015
Jalanraya merupakan salah satu bentuk perhubungan yang amat penting dalam sistem pengangkutan di Malaysia. Dengan peningkatan kenderaan di Malaysia, sistem lampu isyarat sering ditingkatkan operasinya bagi member kelancaran pada aliran trafik. Terdapat dua system yang sering diaplikasikan di Malaysia iaitu sistem digerakkan kenderaan ( ‘ Vehicle Actuated ‘ ) dan sistem had masa (‘ Fix Time ‘ ). Dalam penggunaan system Digerakkan Kenderaaan aliran trafik dijalan dengan lancar dengan kitaran fasa yang berkesan dan selamat. Manakala sistem had masa adalah mengikut kitaran jadual yang telah ditetapkan masanya dan sukar untuk menjalankan pengubahsuaian dalam jadual mengikut keadaaan lalulintas. Berdasarkan kajian pergerakan di persimpangan Jalan Sungai Pari pergerakan kenderaan ini mempengaruhi perjalanan system lampu isyarat. Dimana kelancaran trafik dapat dilihat dari kelewatan data yang diambil manakala system had masa pula mempengaruhi alian lalulintasn, secara tidak langsung mengakibatkan kelewatan yang amat ketara daripada Sistem Digerakan Kenderaaan.

Sila jelaskan soalan saudara. Bagi padanan istilah vehicle actuated ialah digerak kenderaan dan fix time ialah masa ditetapkan atau had masa mengikut konteks dan situasi.

Lain-lain09.04.2010
Assalamualaikum, Maafkan saya sekiranya soalan saya ini telah menyinggung mana2 pihak. Saya bukanlah Pakar Bahasa, tetapi saya rasa sedikit kecewa dan terkilan. Boleh tak saya dapatkan penjelasan, apakah rasionalnya kita me"Melayu"kan perkataan2 bahasa inggeris yang mana terdapat istilah Melayu yang tepat untuk maksud perkataan2 tersebut. Antara perkataan2 yang dikenalpasti dan digunakan secara meluas adalah : -diskusi (discussion) -dekorasi (decoration) -kolaborasi (collaboration) -dedikasi (dedicate) Yang amat mengecewakan saya adalah perkataan "KOREKSIONAL", yang telah digunapakai dalam akhbar arus perdana. Menurut petikan akhbar tersebut, ia bermaksud "pembetulan" yang diambil dari perkataan "correctional" merujuk kepada pengurusan Penjara. harap maklum.

Dalam proses memperbanyak dan memperkaya perbendaharaan kata  dalam bahasa Melayu, kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing khususnya daripada bahasa Inggeris diamalkan dengan pengubahsuaian ejaan kata tersebut ke dalam bahasa Melayu. Penggunaan kata pinjaman ini bergantung pada konteks penggunaan kata tersebut terutamanya penggunaan dalam bidang-bidang khusus. Walau bagaimanapun terdapat kecenderungan pengguna untuk menggunakan kata pinjaman dalam semua konteks penggunaan. Bagi perkataan koreksional pula, pihak kami telah pun menghantar surat teguran kepada pihak berkenaan supaya tindakan pembetulan dibuat.     

Istilah30.04.2010
12

Kembali ke atas