Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ba.tan] | ڤڠوبتن

Definisi : perihal mengubati (menyem-buhkan penyakit, pesakit, dsb); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ba.tan] | ڤڠوبتن

Definisi : perbuatan (cara dsb) mengubati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENGUBATAN CARA HOLISTIK UMUM 
ULEK MAYANGSeni pengubatan penyakitKESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
DOMAGK, GERHAND

Domagk, Gerhand (1895–1964) ialah doktor

Jerman yang telah mengenal pasti pengubatan

daripada bahan kimia prontosil rubrum, sejenis

dadah sulfa. Dia membuktikan yang dadah ini

boleh menghapuskan bakteria streptokoki. Bakteria

ini boleh menyebabkan jangkitan yang meluas

termasuklah sakit tekak, demam merah dan kayap.

UMUM 
BARASIKBARASIK, upacara pengubatan tradisional puak Tatana (campuran antara Dusun-Kadazan dengan Cina) yang tinggal di daerah Kuala Penyu, Sabah.  BUDAYAKonsep
AJUNGAJUNG, cara pengubatan tradisional kaum Brunei dan Idahan di Sabah untuk menolak bala.BUDAYAKonsep
BERAYUN

BERAYUN, upacara pengubatan yang terakhir dalam masyarakat Melanau untuk memulihkan pesakit  iaitu setelah semua upacara pengubatan dilakukan.  Berayun juga disebut sebagai ‘aiyun’ atau ‘payun’.  Berayun juga merupakan satu pesta atau suasana manusia bertemu atau berhubung dengan makhluk halus.

BUDAYAPerayaan/Upacara
BABAYUH

BABAYUH, pengubatan tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melantau di Sarawak, di daerah Bintulu, upacara bebayuh dikenal sebagai ‘puat’.

BUDAYAKonsep
BAGIH

BAGIH, pengubatan tradisional untuk menghalau hantu daripada badan pesakit. Bagih, yang terkenal suatu ketika dahulu di negeri Kelantan diadakan untuk menyembuhkan orang sakit, memulihkan orang yang terkena sihir dan juga untuk mencari benda yang hilang atau yang dicuri orang.

BUDAYAKonsep
BERHANTU

BERHANTU, upacara pengubatan yang melibatkan bantuan hantu.  Upacara berhantu yang paling ringkas ialah gebiah manakala yang paling kompleks ialah main peteri.

BUDAYAPerayaan/Upacara
BEKAM

BEKAM, cara pengubatan tradisional untuk mengeluarkan darah kotor atau angin daripada badan seseorang dengan menuris kepala atau belakang badan dan menghisap darah dengan tanduk atau cawan yang panas yang ditelungkupkan  pada tempat yang dituris.

BUDAYAKonsep
12

Kembali ke atas