Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.bu.ran] | ڤڠوبورن

Definisi : perihal menguburkan mayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.bu.ran] | ڤڠوبورن

Definisi : perbuatan atau hal menguburkan; pengebumian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penguburan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
penguburanperbuatan atau hal menguburkan; pengebumian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penguburanperihal menguburkan mayat.Kamus Dewan Edisi Keempat
pemakamanperbuatan atau hal memakamkan; penguburan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengebumianperihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan.Kamus Dewan Edisi Keempat
makam1 tempat menanam orang mati (biasanya utk orang yg dihormati spt raja, pahlawan); kubur. 2 = permakaman kawasan tempat menanam orang mati; perkuburan: ~ pahlawan. memakamkan menanam (mayat); menguburkan. pemakaman perbuatan atau hal memakamkan; penguburan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kubur1 tempat menanam mayat; makam. 2 = lubang (liang) ~ lubang dlm tanah tempat menanam mayat. berkubur ditanam atau dikebumikan (bkn mayat); ada kuburnya: Pd masa peperangan, banyak yg mati tidak ~. menguburkan menanam (mayat) dlm kubur; mengebumikan. terkubur 1 telah dikuburkan (bkn mayat). 2 tidak berfungsi atau tidak berjalan (bkn persatuan, parti dll); lenyap: Parti itu ~ dlm tahun 1953. perkuburan kawasan tempat menguburkan mayat; permakaman. penguburan perbuatan atau hal menguburkan; pengebumian.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bumi1. planet tempat kita tinggal, yg ketiga jauhnya dr matahari, dunia: edaran ~ yg mengakibatkan angin tergelencong; bulan mengedari ~; 2. permukaan bumi, tanah: mereka hidup di ~ Melaka; ~ berputar, zaman beredar a) masa berjalan terus; b) keadaan selalu berubah menurut masa; B~ Kenyalang panggilan bagi negeri Sarawak; ilmu ~ Id ilmu alam; di mana ~ dipijak, di situ langit dijunjung prb mematuhi peraturan dll tempat yg didiami; ~ mana yg tiada kena hujan prb manusia mana yg tiada membuat kesilapan (kesalahan); bagai ~ dgn langit prb sangat berbeza (tabiat dll); biar pecah perut, ~ merekah prb menyatakan tidak mahu melakukan sesuatu; jadi ~ langit prb orang yg diharapkan pertolongannya dan dituruti nasihatnya; sebesar-besar ~, ditampar tak kena prb betapa mudah nampaknya sesuatu perkara, tetapi tiada teruruskan juga;membumi ark mendiami salah satu tempat;membumikan (Fiz) memasukkan (dawai elektrik dll) ke dlm bumi;mengebumikan menanam, menguburkan: jenazahnya telah selamat dikebumikan sebelum sembahyang Jumaat;pengebumian perihal atau perbuatan mengebumikan, penguburan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kubur I1. tempat menanam mayat, makam; ahli ~ orang-orang yg sudah meninggal dunia; batu ~ nisan; bunga (pokok) ~ bunga (pokok) yg biasanya ditanam di perkuburan (bunga atau pokok kemboja); 2. = lubang (liang) ~ lubang (liang) di tanah tempat menanam mayat: ~ digali di tempat itu juga dan orang salah duduk di tepi lubang ~; sampai ke lubang (liang) ~ sampai mati; berkubur 1. ditanam (mayat), dikebumikan: di situ tempat ~ pahlawan-pahlawan yg gugur; pd masa peperangan banyak yg mati tidak ~; 2. ki mati (dan dikebumikan): negeri itu sudah menjadi tanah airnya dan di situlah ia akan ~; 3. ki hapus, hilang, tidak dapat diamalkan lagi atau diteruskan: sistem pimpinan cara warisan telah ~ dan munculnya demokrasi; menguburkan 1. menanam mayat, mengebumikan, memakamkan; 2. ki menghilangkan atau menghapuskan, melenyapkan; terkubur 1. dikuburkan, dikebumikan: setelah ~ jenazah Bendahara itu, maka Baginda pun pulang ke istananya; 2. ki hilang, hapus, lenyap: beliau terharu dan kesal kerana banyaknya akhbar tempatan yg ~ begitu sahaja; kuburan tanah tempat menguburkan mayat, makam; perkuburan tanah lapang atau kawasan tempat menguburkan orang-orang yg telah mati, permakaman: jenazahnya diusung ke ~; penguburan perihal menguburkan mayat.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas