Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.bu.ran] | ڤڠوبورن

Definisi : perihal menguburkan mayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.bu.ran] | ڤڠوبورن

Definisi : perbuatan atau hal menguburkan; pengebumian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penguburan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
secondary burial jarperkuburan tajau sekunderArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiPenguburan kali kedua yang menggunakan tempayan tanah. Perkuburan tajau sekunder paling awal di Asia Tenggara ialah di Gua Niah (Sarawak) yang berusia sekitar 2000 SM. Tempayan tanah ini digunakan untuk tujuan pembakaran rangka mayat. Pada waktu yang sama terdapat juga lebih daripada seorang individu dikuburkan secara bersama-sama, tetapi ini jarang berlaku. Bekal pengebumian yang kerap ditemui pada perkuburan tajau sekunder ini ialah tembikar tanah dwimuncung, dipercayai digunakan untuk tujuan ritual semasa penguburan. Ketika Zaman Logam dan seterusnya, pembakaran mayat tidak dilakukan lagi, tetapi tempayan tanah diisi dengan tulang manusia sahaja. Bekal pengebumian yang kerap ditemui terdiri daripada beliung batu, objek logam, gangsa, pisau besi dan manik kaca. Perkembangan penguburan ini berakhir sekitar 1000 tahun di Sabah sementara di Sarawak sekitar zaman sejarah kerana pernah ditemui tempayan tembikar batu China yang menggantikan tempayan tanah tempatan. Antara tapak penemuan di Bukit Tengkorak, Pusu Lumut, dan Hagop Bilo (Sabah) dan Upiusing, Lubang Tulang, Lubang Jeragan (Gua Niah) Sarawak. Di Semenanjung, tapak penemuan ditemui di Kampung Limbongan (Terengganu) pada 1985 bertarikh sekitar 1000 tahun dengan bekal pengebumian manik emas.
extended burialpengebumian memanjangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBentuk pengebumian mayat yang ditanam secara memanjang dan terdapat bekalan kubur seperti gelang batu, sisa tulang, binatang dan tembikar tanah yang diletakkan pada bahagian kaki dan kepala. Di sesetengah tempat terdapat mayat yang diletakkan batu sebagai alas kepala. Penguburan ini berkembang pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Contohnya, penemuan di Gua Cha (Kelantan). Banding pengebumian melentur.
sequence datingpentarikhan urutanArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKaedah pentarikhan relatif yang digunakan dalam arkeologi, sejarah seni dan geologi. Pentarikhan ini berdasarkan perubahan tipologi artifak dan kedudukan stratigrafi tempat asal artifak dijumpai. Aritifak yang mempunyai ciri yang sama dikategorikan pada usia yang sama. Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Petrie semasa mengenal pasti penguburan zaman pradinasti Mesir. Masalah akan wujud sekiranya pelbagai artifak ditemui dalam kelompok yang sama. Oleh itu, pentarikhan hanya melibatkan abad tertentu sahaja. Contohnya artifak Hosbinh ditemui bercampur dengan artifak Neolitik, maka artifak tersebut dianggarkan berusia sekitar 500 hingga 1500 tahun dahulu. Sinonim pentarikhan jujukan.
dugout canoe burialpengebumian perahu batangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSistem pengebumian yang melibatkan penggunaan kanu dan hanya ditemui di Pulau Kalumpang, Kuala Selinsing (Perak). Terdapat tiga pengebumian kanu ditapak ini yang disertai bekal pengebumian seperti manik kaca, pendayung, hiasan kepala dan tembikar tanah. Pengebumian kanu ini dianggarkan diamalkan sekitar 200 tahun SM. Pada waktu yang sama pengebumian ini diandaikan pertama kali diamalkan oleh masyarakat di petempatan ini sebelum penguburan biasa dilakukan.
Ban Chiang culturebudaya Ban ChiangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBudaya utama peninggalan zaman prasejarah yang terletak di timur laut Thailand. Budaya ini berkembang sekitar 3600 SM-500 M. Budaya ini terkenal kerana mempunyai perkembangan pembuatan tembikar tanah, logam, tekstil dan penempatan secara berterusan. Pertanian dan penternakan telah wujud sekitar 4000 SM. Masyarakat zaman ini tinggal di rumah yang bertiang tinggi serta boleh menghasilkan tembikar tanah pelbagai bentuk, warna dan corak. Logam juga turut diperkenalkan oleh masyarakat zaman ini. Sistem penguburan pula telah menunjukkan terdapatnya lambang status sosial berdasarkan barangan pengebumian.

Kembali ke atas