Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ca.pan] | ڤڠوچڤن

Definisi : perihal mengucap (mengucapkan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ca.pan] | ڤڠوچڤن

Definisi : perbuatan atau hal mengucapkan: ~ puisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengucapan

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih.Salam 1Bahasa, 1. Adakah tajuk yang berikut betul atau salah? PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI KEBITARAAN SEKOLAH. 2. PERTANDINGAN KEBITARAAN SEKOLAH PENGUCAPAN AWAM BERDOKUMENTARI. Mohon pandangan dan cadangan tuan. Terima kasih.
Tidak jelas maksud BERDOMENTARI dalam tajuk pertandingan yang ditanya.  Namun jika pertandingan pengucapan awam ini tentang kebitaraan sekolah secara dokumentari tajuk yang betul ialah PERTANDINGAN PENGUCAPAN AWAM KEBITARAAN SEKOLAH BERDOKUMENTARI.
Tatabahasa31.12.2013
saya,Hajijatul ingin mendapatkan artikel mengenai Bahasa Melayu dan satu pengucapan umum yang berkesan mengenai cara melahirkan pendapat dan mempengaruhi audien

Saudara,

Untuk mendapatkan artikel mengenai bahasa Melayu dan pengucapan awam sauadara perlu membuat kajian dan penyelidikan kepustakaan di perpustakaan di tempat saudara. Bagi pengucapan awam sila rujuk buku Panduan Pengucapan Awam Edisi Kedua oleh Abdul Mua'ti@Zambri Ahmad. 

Lain-lain10.10.2009
Tuan, Apakah istilah yang paling sesuai digunakan, Pengucapan Puisi atau Deklamasi Puisi?Kedua-duanya boleh digunakan. Contoh: Program Pengucapan Puisi Dunia. Majlis Deklamasi Puisi Merdeka.Istilah09.08.2011
1. Apakah yang difinasi penggabungjalinan , cara pelaksanaannya. 2. Kekuatan dan kelemahan konsep penggabungjalinan. 3. Apakah elemen-elemen pengucapan awam. 4. Apakah persediaan sebelum membuat pengucapan awam.Untuk makluman soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Lain-lain15.10.2011
Terjemahan untuk public speaking yang tepat adalah pengucapan awam atau pidato umum? perkataan awam/umum mungkin secara kasar sama maknanya namun perkataan pidato saya kira lebih tepat kerana merupakan kata dasar bukan kata terbitan. diharap selepas ini DBP akan menggunakan pidato umum untuk public speaking selepas ini (untuk makluman acara DBP baru-baru ini menggunakan frasa pengucapan umum).Public speaking ialah istilah dalam bidang komunikasi dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah "pidato umum".Istilah20.06.2011
Selamat malam, Saya ingin bertanya mengenai tatacara pengucapan awam yang digunakan didalam sebuah majlis. saya seringkali mendengar pengerusi majlis membuat ucapan alu-aluan meraikan kehadiran tetamu mengikut tehap sosial . ucapan itu memberikan penghargaan emosi kepada tetamu yang hadir. Selepas ucapan alu-aluan pengerusi majlis selalunya akan tiba ucapan tetamu khas seperti dif2 kehormat yang telah dietapkan, dalam hal ini saya berasa muskil mengapa jemputan yang dipanggil berucap mesti menyebut mengulangi semula nama- nama kehormat mengikut susuan sosial.. sehingga ucap utama pun mengulangi semula ..saya nampak ini membosankan hadirin..bukankah lebih baik hanya pengerusi majlis sahaja yang menyebut kehadiran dif2 kehormat dan para pengucap terus kepada isi dan perasmian jika perlu.tqDalam pengucapan awam, kata alu-aluan lazimnya akan diungkapkan dalam sesebuah majlis, sama ada formal atau tidak formal. Seseorang yang berucap akan memulakan ucapan dengan kata alu-aluan, iaitu menyapa tetamu kehormat dan para hadirin.


Sistem panggilan hormat yang diamalkan dalam masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Melayu merujuk kepada sistem sapaan dan panggilan yang tertentu. Dalam majlis rasmi, tetamu kehormat sentaisadiberi keutmaan dan disapa dengan sebutan-sebutan khas bagi menunjukkan keistimewaan dan ketinggian darjat mereka.
Lain-lain01.12.2013
Selamat Pagi.. Persoalan saya nak tanya ialah Bahasa merupakan wahana pengucapan kebudayaan tinggi sesebuah peradapan bangsa. Dengan perkataan lain, bahasa merupakan tonggak yang ampuh yang dapat mendukung jati diri bangsa. Justeru, masyarakat perlu berganding bahu menilai kemajuan dan mengisi taraf bahasa melayu dan kesusasteraan Melayu sebagai tonggak pembinaan tamadun manusia...Bagaimanakah hendak menghuraikan tentang persoalan dinyatakan? Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai..sekian,terima kasih.Saudara boleh menghuraikan perkara ini dengan memberikan takrifan kepada beberapa perkataan dan frasa yang digunakan seperti wahana pengucapan kebudayaan tinggi, peradaban bangsa, jati diri dsb. dan seterusnya mengaitkan perkataan dan frasa ini dengan aspek pembinaan tamadun manusia.Lain-lain25.05.2008
Salam sejahtera.. Kebelakangan ini sering kali terdengar pengucapan oleh individu-individu tertentu termasuk pemimpin yang menggunakan perkataan "mereka-mereka". Apakah tindakan DBP supaya perkara ini dapat dibetulkan terutama kepada pihak atasan supaya menggunakan bahasa dengan lebih baik lagi.

Encik Mohd Fadhil terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penggunaan mereka-mereka sepatutnya tidak lagi berlaku kesalahan, kerana mereka telah membawa makna banyak atau ramai. Kesalahan seperti ini biasanya pihak Dewan Bahasa akan menulis terus kepada pengguna dan menerangkan apakah kesalahan yang telah dilakukan dan kita meminta supaya pada masa akan datang kesalahan ini tidak berulang lagi.

 

Tatabahasa11.11.2009
perbezaan bahasa biasa yang digunakan seharian dengan bahasa sastera?Bahasa biasa ialah bahasa pengucapan yang digunakan sehari-hari, manakala bahasa sastera atau laras sastera banyak digunakan dalam karya kreatif. Saudara digalakkan mengunjungi perpustakaan atau mana-mana pusat sumber untuk mendapatkan lanjut. Terima kasih.Lain-lain05.02.2009
saya ingin mengatahui maksud sastera moden dan ciri-cirinya?Sastera moden ialah peralihan bentuk pengucapan daripada yang bercirikan tradsional kepada ciri-ciri moden. salah satu ciri sastera moden ialah menggunakan sisitem tulisan. Untuk mendapatkan huraikan lebih lanjut, DBP telah menerbikan sebuah buku (2006) yang berjudul "Siri Lestari Sastera: Sejarah Kesusasteraan Melayu". Buku ini boleh di dapati di Kedai Buku DBP atau di Pusat Dokumentasi Melayu, Aras 3, Menara DBP. Sekian, terima kasih.Lain-lain08.09.2009
123456

Kembali ke atas