Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ca.pan] | ڤڠوچڤن

Definisi : perihal mengucap (mengucapkan), pelahiran: ~ dua kalimah syahadah; kita terpaksa menerima hakikat bahawa puisi baru adalah ~ jiwa perseorangan penyair-nya; ~ mantera sakti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ca.pan] | ڤڠوچڤن

Definisi : perbuatan atau hal mengucapkan: ~ puisi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengucapan

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
traditiontradisiKesusasteraanTiadaUnsur-unsur kesusasteraan dari segala kebiasaan dari segi pengucapan-pengucapan yang diwarisi oleh seseorang pengarang daripada masa lampau.
ambiguityambiguitiKesenianDrama dan TeaterPengucapan sesuatu idea dalam bahasa yang mempunyai lebih daripada satu makna dan meninggalkan kesan kesamaran dari segi maksud sebenar ekspresi yang terkandung dalamnya. Penggunaan gaya pengucapan ini boleh disengajakan oleh pengkarya atau pengucapnya. Contohnya, pengucapan oleh watak Adam, iaitu “aku adalah kau dan kau adalah aku” dalam drama Bukan Bunuh Diri, karya Dinsman.
pars pro totopars pro totoKesusasteraanPuisiGaya pengucapan bagi menyebut sesuatu objek atau cerita. Namun begitu pengucapan yang dilakukan itu hanya sebahagian saja sedangkan makna yang dirangkumnya adalah keseluruhan sesuatu objek atau cerita itu. Contohnya, Tiga ekor tenggiri terpanggang dijalanya.
initial caesurajeda awalKesusasteraanPuisiPenghentian sebentar pengucapan sama ada pada diksi, frasa ataupun ayat dalam baris puisi, sebelum meneruskan pengucapan pada baris berikutnya. Contohnya, pantun dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional. Sirih berlipat sirih pin ang , Sirih dari Pulau Mutiara; Pemanis kata selamat datang, Awai bismillah pembuka bicara.
incantationmanteraKesenianDrama dan TeaterBentuk seni pengucapan bersifat mistik dan ungkapan hikmat secara berpuisi untuk menyeru makhluk halus yang mengisi alam semesta bagi memulihkan semangat manusia. Pengucapan mantera dalam sesebuah persembahan tradisi merupakan pemula dan penutup persembahan dan hanya dilakukan oleh pemain yang bertaraf bomoh dan pawang seperti Tok Dalang, Tok Peteri dan Tok Bageh.
baroquebarokKesusasteraanPuisiGaya dalam pengucapan seni sastera termasuk puisi dan bentuk� bentuk seni seperti seni rupa, seni bina dan seni muzik. Biasanya puisi yang dicipta pada zaman barok ini disarati bunga-bunga bahasa anafora, hiperbola dan metafora. Cara pemaparannya meleret-leret dan berlebih-lebihan. Gaya pengucapan dan penampilan barok mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17 dan ke-18 di Eropah.
kabbalahkabbalahKesusasteraanTiadaPengucapan Ibrani yang bersumberkan kitab suci Yahudi seperti yang terdapat dalam Perjanjian Lama agama Kristian. Kabbalah merupakan pengajaran midrash yang bersifat esoterik. Midrash ialah tafsiran rohani oleh rabbi Yahudi terhadap cerita ibarat, pelbagai cerita komentar dan beberapa teks lain. Teks klasik kabbalah, iaitu Zohar (Buku Kehebatan) mempunyai hubungan dengan gnostisisme. Zohar merupakan komentar yang bertujuan untuk mendedahkan makna ghaib atau rohaniah dalam pentateuch yang berkaitan dengn struktur alam ketuhanan dan kehidupan azali. Kabbalah telah menarik minat kalangan humanis Zaman Pembaharuan (Renaissance) dan tersebar luar di Barat pada abad ke-16 dan ke-17. William Blake ialah penyair Barat yang mengungkapkan idea dan simbol kabbalah secara jelas. Puisinya tentang Albion berdasarkan idea Adam Kadmon, manakala puisi Zoas dan Emanations mempunyai persamaan yang ketara dengan Sefirot. Begitu juga tanggapan Blake tentang dosa sebagai punca segala kejahatan. Idea seperti ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pembentukan puisi Blake secara keseluruhannya. Idea dan imej kabbalah juga muncul dalam puisi W.B. Yeats dan Victor Hugo, terutamanya puisi akhir zaman. Pendapat Harold Bloom dalam teori sastera menyatakan bahawa kabbalah merupakan contoh terpenting bagi salah tafsiran kreatif yang dapat menjadi model puisi yang kuat. Salah tafsiran kabbalah yang melibatkan subversi bahasa biasa secara radikal juga dianggap sebagai petanda aliran pascastrukturalisme dan pascamoden. Subversi ini memecahkan pengucapan dan kata-kata, tetapi daripada fragmen kata-kata, makna baharu ditemui menerusi asosiasi bebas. Lihat juga tafsiran anagogi.
poempuisiKesusasteraanTiadaPengucapan berirama yang dilahirkan melalui tanggapan yang penuh imaginatif seseorang penulis atau penyair.
brachylogybrakilogiKesusasteraanTiadaPengucapan yang dipadatkan, tetapi selalunya menghasilkan pengertian kabur atau tidak jelas.
accentaksenSosiolinguistikTiadaPengucapan individu dan selalunya dikaitkan dengan negeri asalnya, sama ada penentuan secara daerah mahupun sosialnya.
123456789

Kembali ke atas