Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[péng.guin] | ڤيڠݢوءين

Definisi : (pénguin) sj burung laut di Antartika yg berwarna hitam putih, berkaki pendek, menggunakan sayapnya utk berenang, dan berjalan tegak lurus di darat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[péng.guin] | ڤيڠݢوءين

Definisi : /pén.guin/ nama sj burung laut yg menggunakan sayapnya utk menyelam dan berenang (biasa terdapat di kawasan Laut Antartik saja), Aptenodytes patagonica. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penguin


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PENGUINPENGUINLain-lain25.11.2010
Apakah nama Bahasa Melayu bagi penguin Chinstrap, (Pygoscelis antarctica)? Jika Bahasa Indonesia "penguin tali dagu". Mohon pencerahan.Untuk makluman tuan/puan, penamaan spesies kelompok penguin belum dibincangkan dalam mana-mana Jawatankuasa Istilah DBP. Walau bagaimanapun, mohon jasa baik tuan/puan mengemukakan huraian lengkap yang menerangkan konsep bagi kedua-dua istilah berkenaan agar dapat memudahkan pihak kami memberikan cadangan padanan bahasa Melayu yang bersesuaian.Lain-lain04.03.2024
Saya ingin mencadangkan nama penguin ditukar kepada itik salji.Terima kasih atas cadangan yang diberikan. Namun begitu, penggunaan nama haiwan "penguin" telah mantap dan diterima umum.Makna06.01.2020
Adakah ayat ini betul? 1) Saya mengasingkan sayur di tepi pinggan. (nak sampaikan maksud tidak suka makan sayur. 2) "Isteri saya sudah pulang," kata penguin. (adakah perkataan isteri di dalam ayat ini sesuai untuk merujuk kepada binatang?)1. Saya mengasingkan sayur ke tepi pinggan.
2. Dalam penulisan kreatif, penggunaan perkataan "isteri" untuk merujuk haiwan dibenarkan.
Tatabahasa03.09.2013
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan?Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut:
(rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar.
Tatabahasa19.04.2013
Bagaimanakah hendak merangkaikan suku kata untuk perkataan di bawah untuk bacaan suku kata kanak-kanak umur 5 tahun: 1) bau (bau / ba.u) 2) liar (liar / li.ar) 3) saiz (saiz / sa.iz) 4) ais (ais) 5) penguin (pen.guin / pen.gu.in)Pemenggalan suku kata perkataan yang disenaraikan adalah ialah 1) ba.u (2) li.ar (3) sa.iz (4) a.is dan (5) pe.ngu.in
Anda harus membezakan dengan jelas antara pemenggalan suku kata dengan pemenggalan untuk sebutan.
Tatabahasa11.04.2017

Kembali ke atas