Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.kuh] | ڤڠوکوه

Definisi : sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.kuh] | ڤڠوکوه

Definisi : alat atau sesuatu yg mengukuhkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengukuh


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pengukuhalat atau sesuatu yg mengukuhkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pengukuhsesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat.Kamus Dewan Edisi Keempat
ligninist bahan yg berfungsi sbg pengikat dan pengukuh kpd gentian selulosa (terdapat pd tumbuh-tumbuhan yg berteras).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pematisesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan, dll), pengukuh, pengetat (skru dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
saka IVJw 1. tiang seri (pd rumah), tiang ibu rumah; 2. ki penegak atau pengukuh (negara dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
kambiumist lapisan sel dlm batang atau dlm akar tumbuh-tumbuhan yg menghasilkan tisu penyalur makanan dan tisu pengukuh batang atau akar, iaitu floem dan zilem.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kambiumist lapisan sel dlm batang atau dlm akar tumbuh-tumbuhan yg menghasilkan tisu penyalur makanan dan tisu pengukuh batang atau akar iaitu floem dan zilem.Kamus Pelajar
kukuh1 tidak mudah roboh atau tidak mudah rosak (bkn bangunan, kereta dll); kuat dan teguh buatannya: Semasa memerintah Melaka, Portugis membangunkan sebuah kota batu yg ~ tempat askarnya berkubu. 2 ki tidak berubah (imannya, pendiriannya dll): Dia masih ~ dgn pendiriannya, tidak mahu bertolak ansur. mengukuh menjadi kukuh: Ekonomi negara semakin ~. mengukuhkan menjadikan kukuh; menguatkan (pertahanan dll); meneguhkan (pendirian dll): Beliau berusaha ~ tali persahabatan antara rakyat di kedua-dua buah negara yg berjiran itu. memperkukuh menjadikan lebih kukuh: ~ tali persaudaraan antara mereka. kekukuhan sifat atau keadaan kukuh; keteguhan. pengukuhan perihal (perbuatan) menjadikan kukuh; peneguhan. pengukuh alat atau sesuatu yg mengukuhkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kukuh I1. kuat dan tegap buatannya atau binaannya (bkn bangunan, empangan, dll), tahan (tidak mudah runtuh, binasa, rosak, dll): utk meruntuhkan kota yg besar dan ~ itu, terpaksa digunakan bahan letupan; cat ini merupakan satu lapisan pelindung yg ~ utk menahan besi itu drpd berkarat; 2. teguh (pendirian dll), tidak mudah berubah atau berganjak (pendirian dll), cekal (hati): Baba masih ~ dgn pendiriannya tidak mahu bertolak ansur; 3. tidak mudah turun naik (bkn ekonomi, kewangan, harga dsb), kuat, teguh, stabil: ekonomi negara kita masih ~ walaupun sedang dilanda oleh kemelesetan ekonomi dunia; harga pasaran minyak kelapa sawit diramalkan terus ~ pd beberapa tahun akan datang; berkukuh 1. bertahan (pd kedudukan dll), menetap, memperkuat kedudukan dll: mereka tidak mahu melihat kaum kapitalis dan imperialis ~ di negara mereka; 2. berpegang teguh pd pendirian (janji dll), berteguh hati; ~ kata berjanji sungguh-sungguh (tidak akan mungkir); mengukuh menjadi kukuh (teguh, stabil dsb): ekonomi negara itu didapati semakin ~; mengukuhi 1. memegang (mempertahan­kan) sungguh-sungguh: ~ pendirian lamanya; 2. meneguhkan dgn: rangka gedung itu dibuat drpd simen yg dikukuhi dgn besi; mengukuhkan menjadikan kukuh (pertahan­an, kedudukan, ekonomi, dll), meneguhkan (pendirian, perhubungan, dll): kerajaan telah berusaha ~ pertahanan negeri sbg langkah bersiap sedia menghadapi ancaman musuh; pertandingan membaca Quran merupakan suatu usaha ~ tali persaudaraan sesama kita umat Islam; memperkukuh menjadikan lebih kukuh; kekukuhan kekuatan (binaan, benda, dll), keteguhan (pendirian dll), ketabahan (hati): ~ benteng pertahanan; ~ hati dan ketabahan jiwa utk memelihara akidah dan iman; pengukuhan perihal mengukuhkan (mene­guhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); pengukuh sesuatu yg mengukuhkan atau memperkukuh, penguat: bahan ~ bagi pencelupan peringkat kedua; ~ pendapat.Kamus Dewan Edisi Keempat
mati I1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~; 2. tidak pernah hidup (barang-barang spt batu dll): tidak bernyawa; 3. tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll): jalan itu ~; pintu itu tertutup ~; 4. tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dll): 5. tidak mempunyai air lagi (perigi dll); 6. tidak menyala lagi (api, lampu dll); lampu sudah ~; matahari ~; 7. tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dll): jam itu ~; 8. tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan dll): parti itu sudah lama ~; 9. tidak ramai lagi (bandar dll): negeri yg sudah ~; 10. tidak digunakan lagi (bahasa dll): bahasa Latin ialah bahasa ~; 11. tidak bertiup lagi (angin dll): angin sudah ~; 12. tidak dapat berasa lagi (kulit dll); kulit ~; 13. tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): fikirannya ~ sebentar; 14. terhenti (per­cakapan dll): percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang meng-ganggu; ~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai: da-ging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menye­lesaikan masalah yg dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pem­bunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (bina­tang); ~ angin ki tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada se­mangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk); ~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika bersalin; ~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenar­nya tidak; ~ berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya; ~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati spt katak dan tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati dgn sia-sia; ~ kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt ter­lalu tua dll); ~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~ lemas mati kerana tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air, kena gas, dll); ~ mampus (modar) bp mati dgn serta­merta; ~ mawai ark mati menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~ raga menguatkan hati dgn menge­tepikan segala keseronokan; ~ rasa tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana asap, panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana membela agama dll); ~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan bapa mestilah tolong­menolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (di­hina) oleh orang yg lemah; ~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan dan meng­hilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik; ~-~ ber-dakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan tidak akan mengum­pat atau menyesal kemudiannya; kita semua ~ tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya; spt orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb sese-orang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia; mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya, dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2. tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok; bermati-mati, bermati-matian bersungguh­sungguh (mengerjakan sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap tenaga: kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dgn tidak mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~ berjuang utk kemerdekaan; bermatikan; ~ diri pura-pura mati; mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak ber­gerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; sete-lah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama; kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pela­yaran); kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (me­ngerjakan sesuatu), mati-matian; pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan, dll), pengukuh, pengetat (skru dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas