Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.ku.han] | ڤڠوکوهن

Definisi : perihal mengukuhkan (mene­guhkan), peneguhan; pidato ~ Id pidato atau syarahan penerimaan jawatan (dibuat ketika mula memangku jawatan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.ku.han] | ڤڠوکوهن

Definisi : perihal (perbuatan) menjadikan kukuh; peneguhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengukuhan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
shalesyalKejuruteraanKejuruteraan BangunanBatuan yang terbentuk daripada proses pengukuhan tanah liat atau pengukuhan tanah liat atau pengukuhan kelodak.
fixed interval reinforcementpengukuhan berjeda tetapPsikologiPsikologi UmumKaedah pengukuhan separa yang menjadualkan pemberian pengukuhan mengikut masa yang ditetapkan oleh pengkajinya. Sebarang respons yang dibuat dalam masa selepas ganjaran diberi sehingga masa yang ditetapkan, tidak akan diberi apa-apa ganjaran. Contohnya, dalam jeda tetap 30 saat, ganjaran hanya akan diberikan kepada respons yang dibuat selepas tempoh 30 saat berlalu. Keadaan ini dapat dilihat apabila pekerja biasanya akan mendapat gaji mereka selepas 25 haribulan pada setiap bulan.
fixed ratio reinforcementpengukuhan bernisbah tetapPsikologiPsikologi UmumKaedah pengukuhan separa yang menjadualkan pemberian pengukuhan mengikut bilangan atau kuantiti respons yang ditetapkan oleh pengkajinya. Selagi respons yang dibuat itu tidak mencapai bilangan yang ditetapkan, ganjaran tidak akan diberikan. Contohnya, dengan jadual nisbah tetap 30, ganjaran hanya akan diberikan apabila respons yang ke-30 tercapai. Keadaan ini dapat dilihat apabila penjual amanah saham biasanya akan mendapat bonus setelah mereka berjaya mengumpul mata yang telah ditetapkan berdasarkan jumlah jualan.
operant conditioningpelaziman operanPsikologiPsikologi UmumPelaziman yang bergantung pada akibat daripada suatu respons. Sesuatu respons atau tindakan biasanya akan diikuti dengan pengukuhan atau dendaan. Pengukuhan biasanya akan meningkatkan kemungkinan berlakunya pengulangan sesuatu respons. Dendaan pula akan mengurangkan kebarangkalian respons atau tingkah laku itu diulangi. Contohnya, isteri yang dipuji oleh suami kerana memasak lauk yang sedap akan merangsangnya untuk selalu memasak lauk yang sedap untuk suaminya. Demikian juga haiwan sarkas yang dilatih untuk menunjukkan tingkah laku yang bukan tingkah laku asalnya, contohnya beruang akan boleh berbasikal setelah dilatih dengan menggunakan pelaziman operan.
positive reinforcementpengukuhan positifPsikologiPsikologi UmumPengukuhan yang boleh meningkatkan kemungkinan berlakunya sesuatu tingkah laku yang ditumpukan. Contohnya, seorang pekerja yang diberi kenaikan gaji atau bonus akan meningkatkan prestasi kerjanya.
consolidationpenyatuan/penggabungan; konsolidasi; pengukuhanPertanianTiadaPengukuhan: Proses menyebabkan tanah yang longgar dan lembut menjadi lebih padat dan keras, zarah dan agregat tanah dipegang lebih kuat di antara satu sama lain.
enrichment materialsbahan pengukuhanPendidikanTiadaBahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti pengukuhan bagi menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.
enhancement materialsbahan pengukuhanPendidikanTiadaBahan pengajaran yang digunakan dalam aktiviti pengukuhan bagi menambah pengetahuan dan pengalaman pelajar.
consolidation (power)pengukuhan (kuasa)Sains PolitikPolitik PerbandinganAksi atau proses yang diambiI oleh pemimpin bagi memantapkan penguasaannya dalam pentadbiran atau pemerintahan. Tindakan ini diambil ekoran daripada kewujudan ancaman atau saingan terhadap kedudukan atau penguasaannya. Bagi menghalang ancaman tersebut, beberapa langkah pengukuhan dilakukan. Antaranya melalui pindaan atau penggubalan undang-undang seperti mewajibkan parti politik memohon permit berkempen, menghalang penerbitan sebarang media cetak selain media pemerintah, melucutkan jawatan individu yang mengancam kedudukan dan mengehadkan kebebasan berpolitik di negara tersebut. Namun begitu, terdapat juga proses pengukuhan yang bersifat positif seperti perubahan struktural dalaman sesebuah organisasi. Contohnya, kewujudan beberapa kementerian baru yang dilakukan oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas memenangi Pilihan raya 2004.
Triple DES (3DES)DES ganda tiga (3DES)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPengukuhan kepada DES asal yang menggunakan tiga atau dua kekunci berbeza. Pengukuhan ini melibatkan tiga ulangan algoritma DES. Proses pertama ialah penyulitan menggunakan kekunci pertama, kedua ialah songsangan penyulitan menggunakan kekunci kedua dan diakhiri dengan penyulitan semula menggunakan kekunci ketiga. Teks sifer hanya dihasilkan selepas proses ketiga. Penyulitan DES ganda tiga ialah penyongsangan kesemua proses ini. Sebagai alternatif, satu kekunci sahaja boleh digunakan untuk proses pertama dan ketiga dan satu kekunci lain digunakan untuk proses kedua. Lihat juga Piawai Penyulitan Data (DES).
12345678

Kembali ke atas