Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.la.ngan] | ڤڠولڠن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meng-ulang (mengulangi): ada satu lagi jenis kata ulang iaitu kata-kata yg dlm ~nya meng-alami pergantian bunyi vokal atau bunyi konsonan; ~ kesalahan demikian tidak dapat dibiarkan begitu saja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.la.ngan] | ڤڠولڠن

Definisi : hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengulangan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ALITERASI

Aliterasi berlaku apabila bunyi yang sama mula

menggantikan suku kata yang diaksenkan.

Contohnya, dalam “Peter Piper picked a peck of

pickled peppers,” aliterasi ini dicipta dengan

pengulangan bunyi p pada permulaan setiap suku

kata yang diaksenkan. Puisi Inggeris lama tidak

mempunyai rima, tetapi mempunyai pola aliterasi.

Aliterasi, seperti juga rima, asonansi, dan

konsonani, ialah cara pengulangan yang

membantu menyatakan perasaan dan idea sesuatu

puisi. Lihat juga Puisi (Bunyi).

UMUM 
SKALD

Skald ialah perkataan dalam bahasa Iceland yang

bermaksud penyair, yang merujuk kepada penyair Scandinavia

pada Zaman Pertengahan. Dari tahun 900-an hingga

tahun 1200-an, kebanyakan penyair istana di

Scandinavia berasal dari Iceland. Kebanyakan

puisi skald memuliakan pemimpin yang

berkhidmat dengan skald. Banyak daripada puisi

ini atau sebahagiannya dipelihara dalam sagas

Iceland tahun 1100-an dan 1200-an. Puisi skald

sangat kompleks bentuknya. Ia mempunyai pola

aliterasi (persamaan rima dengan pengulangan

bunyi yang pertama) yang terkawal dan konsonan

(sejenis rima antara suku kata yang mengandungi

vokal yang berbeza tetapi berakhir dengan

konsonan yang sama). Puisi skald juga

menggunakan sejenis metafora luasan yang

disebut sebagai kenning.

Lihat juga Edda; Saga.

UMUM 

Kembali ke atas