Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngum.pu.lan] | ڤڠومڤولن

Definisi : perihal atau perbuatan me­ngumpulkan, penghimpunan: ~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium Negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngum.pu.lan] | ڤڠومڤولن

Definisi : perbuatan (hal, cara) mengumpulkan; penghimpunan: Koleksi itu adalah hasil ~ beliau sejak 20 tahun yg lalu.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHAN ANTIGUMPALAgen penghalang pengumpulan darah yang disintesis dalam jumlah yang kecil oleh tubuh, terutamanya oleh sel masta, sel paru-paru dan dinding vena.KEJURUTERAANSumber/Bahan Alam
REUTERS

Reuters ialah salah satu daripada agensi

pengumpulan berita yang terbesar di dunia. Ia

memberi khidmat kepada lebih daripada 150 buah

negara dan mempunyai biro dalam kira-kira 100

buah negara. Reuters juga menyediakan maklumat

kewangan kepada bank, broker dan syarikatsyarikat

korporat. Kepentingan mengawal dalam

perkhidmatan berita ini dipegang oleh akhbar dari

beberapa buah negara, termasuk Great Britain,

Ireland, Australia dan New Zealand.

UMUM 
ASMA'IY, AL-

Asma‘iy, al- (122–215 H./740–830 M.), salah

seorang pelopor sepenuh masa dalam bidang

pengumpulan syair. Nama penuhnya ialah Abu

Sa‘id ‘Abd. al-Malik ibn Qurayb al-Bahiliy. Dia lahir

dan dibesarkan di bandar Basrah. Al-Asma‘iy

meninggal dunia di Marwu (Khurasan). Semasa

hayatnya dia berkecimpung dalam bidang bahasa

– peristilahan bahasa iaitu penyusunan kamus

dan biografi pada masa itu. Dia juga terkenal

dengan koleksi syair-syair Arab dan koleksi syair

yang sukar didapati. Pengumpulan subjek-subjek

berkaitan linguistik ini memainkan peranan

penting untuk melahirkan kamus-kamus Arab

pertama yang menjadi asas kepada kamus-kamus

karya agung selepas itu seperti al-Qamus al-Muhit

dan Lisan al-‘Arab.

UMUM 
ASSOCIATED PRESS (AP)

Associated Press (AP) ialah salah satu

perkhidmatan pengumpulan berita yang terbesar

di dunia dan salah satu daripada dua

perkhidmatan berita umum di Amerika Syarikat.

Yang satu lagi ialah United Press International

(UPI). AP mengedarkan berita-berita

antarabangsa, wilayah dan tempatan kepada

media di seluruh dunia.

UMUM 
SYMONS, GEORGE JAMES

Symons, George James (1838–1900), ahli

meteorologi British yang memulakan pengumpulan

statistik hujan pada tahun 1860. Penyelidikannya

menyediakan data kepada jurutera yang terlibat

dalam pembinaan kerja bekalan air dan kerja

pembetungan. Symons lahir di London dan

mendapat pendidikan di Royal School of Mines. Dia

menjadi Setiausaha Royal Meteorological Society

selama 23 tahun dan dua kali menjadi presidennya.

UMUM 
PERISIK

Perisik ialah orang yang mengumpulkan

maklumat yang bernilai untuk kepimpinan politik

negara yang dia memberikan khidmatnya. Dalam

masa aman, perisikan melibatkan pelbagai kegiatan

pengumpulan maklumat. Kegiatan ini termasuk

peninjauan dan pengintipan dari udara dan satelit

dan juga pengintipan menggunakan alat elektronik.

UMUM 
SIROSIS

Sirosis ialah keadaan hati apabila tisu parut

terbentuk di seluruh organnya. Kumpulan sel yang

dikenali sebagai nodul tumbuh semula, yang

dikelilingi oleh kepingan parut tisu, menggantikan

tisu mampung yang normal pada hati. Hati yang

berpenyakit mungkin tidak boleh melakukan fungsi

penting seperti membuat protein dan membuang

bahan berbahaya dari darah. Tisu yang terjejas

boleh menyekat aliran darah, menyebabkan

tekanan tinggi dalam pembuluh darah yang

menuju ke hati. Oleh itu, perdarahan dalaman

mungkin berlaku. Sekatan aliran darah juga boleh

menyebabkan pengumpulan bendalir dalam

abdomen.

UMUM 
LINGGI

LINGGI, mukim dalam daerah Port Dickson, Negeri Sembilan, bersempadan dengan Melaka. Dari segi sejarah, Linggi sering dilanda konflik antara pelbagai pihak yang ingin menguasai perniagaan bijih timah. Punca konflik ialah Sungai Linggi yang merupakan laluan utama hasil bijih timah dari Sungai Ujong ke pusat pengumpulan di Melaka.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG

SULTAN ABDUL FATTAH AGUNG (? - ?), Sultan Banten (1651 – 1682).  Nama sebenar baginda ialah Sultan Abdulfath Abdul Fattah Agung.  Baginda adalah pemerintah tempatan terakhir yang merdeka di Sunda.  Baginda berusaha mengembangkan Banten sebagai pusat eksport lada dari Sunda dan Lampung.  Baginda juga telah meluaskan lagi hubungan dengan Ambon, Makasar, dan Jawa Timur untuk tujuan pengumpulan hasil rempah.  Sultan Abdul Fattah mengadakan hubungan dengan Perak untuk perdagangan bijih timah.  Hubungan dagang ini juga merupakan usaha baginda mencabar monopoli Belanda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
TANJUNG PINANG

TANJUNG PINANG, kota pelabuhan yang terletak di bahagian selatan Bintan, pulau yang terbesar di Kepulauan Riau-Lingga, Indonesia.  Ia merupakan daerah terdapat di Riau dengan jumlah penduduk melebihi 100 000 orang.  Kebanyakan mereka adalah pelaut Melayu dan segelintir penduduk Cina dan India.  Kota ini telah dirasmikan menjadi ibu kota kabupaten.  Kepulauan Riau semenjak tahun 1958.  Selain menjadi pusat pentadbiran kerajaan, ia terus juga memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang-barang untuk daerah Riau-Lingga seperti masa dahulu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas