Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngum.pu.lan] | ڤڠومڤولن

Definisi : perihal atau perbuatan me­ngumpulkan, penghimpunan: ~ barang-barang lama diusahakan oleh Muzium Negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngum.pu.lan] | ڤڠومڤولن

Definisi : perbuatan (hal, cara) mengumpulkan; penghimpunan: Koleksi itu adalah hasil ~ beliau sejak 20 tahun yg lalu.  (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kumpul
Kata Terbitan : berkumpul, mengumpulkan, terkumpul, kumpulan, perkumpulan, pengumpulan, pengumpul,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Good Collection Practices (GCP)Amalan Pengumpulan Baik (GCP)HerbaTiadaGaris panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dipatuhi untuk pengumpulan dan penuaian bahan herba. Kakitangan yang terlibat mesti mahir, mempunyai latihan botani yang memadai serta tahap kebersihan dan kesihatan yang baik. Semasa pengumpulan, peralatan dan kemudahan yang digunakan harus bebas daripada pencemaran silang dan bahan herba yang dituai mestilah mengandungi hasil dan komponen kimia aktif pada tahap yang optimum. Pengumpulan liar harus mematuhi peraturan pemuliharaan negara dan serantau, dan tidak menyebabkan pemusnahan biodiversiti. Bahan terkumpul harus bebas daripada rumpai toksik dan harus diangkut secepat mungkin ke tapak pemprosesan. GCP ini merupakan sebahagian daripada proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal kemampanan bahan herba dan kelestarian sumber semula jadi. Sinonim GCP.
interest aggregationagregasi kepentinganSains PolitikPolitik PerbandinganPengumpulan idea, cadangan, tuntutan atau kehendak masyarakat untuk diajukan kepada pihak berkuasa secara berkelompok. Pengumpulan ini boleh dilakukan oleh golongan pendesak media ataupun parti politik bagi memastikan suara mereka mendapat perhatian. Pengumpulan suara ini akan menjadi input kepada proses penggubalan keputusan atau dasar oleh kerajaan. Sistem pemerintahan demokrasi menggalakkan penyuaraan dan desakan seperti ini dilakukan memandangkan ia mewakili kepentingan orang ramai. Sinonim pengumpulan kepentingan.
gathering systemsistem pengumpulanKejuruteraanTiadaTalian pengumpulan dan peralatan lain yang diperlukan untuk mengalirkan minyak dan/atau gas ke stesen pengumpul.
collection timemasa pengumpulanKejuruteraanTiadaSela masa antara pembentukan ion oleh sinaran dengan pengumpulan sepenuhnya ion-ion tersebut pada elektrod pengumpul.
semen collectionpengumpulan semenPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah yang digunakan untuk mengumpul semen daripada haiwan jantan. Contoh pengumpulan semen daripada haiwan jantan adalah dengan menggunakan vagina tiruan dan elektroejakulasi. Semen yang dikumpulkan ini akan dinilai untuk menentukan kualitinya.
news gatheringpengumpulan beritaKomunikasiTiadaProses mendapatkan bahan berita. Proses mengumpul berita biasanya bermula dari peringkat perancangan, penyelidikan dan pengumpulan bahan sehinggalah ke peringkat berita itu disiarkan.
puddlepaluhHidrologiTiadaPengumpulan air leburan di atas ais yang disebabkan, terutamanya oleh peleburan salji; di peringkat yang lebih lanjut pengumpulan ini disebabkan juga oleh peleburan ais. Pada peringkat awal paluh terdiri dari tumpukan salji lebur.
recirculating systemsistem edaran semulaPertanianAgroteknologiSistem pemasaran yang melibatkan pengumpulan produk ke sesuatu tempat, contohnya pasar borong yang menjadi tempat pengumpulan produk pertanian dari kawasan pengeluaran. Produk yang dikumpul akan diedar semula apabila peruncit dari pasar-pasar di sekeliling kawasan datang membeli produk yang akan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan yang mengunjungi pasar runcit.
radicular abscessabses radikularPergigianTiadaPenghasilan dan pengumpulan nanah di kawasan akar gigi. Abses ini adalah reaksi tisu periodontium di sekeliling akar terhadap infeksi daripada tisu pulpa yang nekrotik. Pengumpulan nanah ini akan memberikan tekanan kepada tisu sekeliling dan boleh menyebabkan kesakitan. Kesakitan ini boleh dilegakan dengan rawatan insisi dan saliran. Seterusnya rawatan kanal akar harus dibuat pada gigi tersebut supaya infeksi tidak berlaku lagi.
regroupingpengumpulan semulaSejarahTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas