Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngun.dian] | ڤڠوندين

Definisi : perihal (perbuatan, proses, dsb) mengundi, pemilihan dgn cara mengundi: pengumuman keputusan ~ memilih pucuk pimpinan UMNO; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngun.dian] | ڤڠوندين

Definisi : perbuatan (cara dsb) mengundi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undi
Kata Terbitan : mengundi, undian, pengundian, pengundi,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan reruai dan barung?

Takrif reruai dan barung dalam Kamus Dewan Perdana:


reruai
n ruang bagi mempamerkan atau menjual produk atau perkhidmatan, biasanya sementara di gedung membeli-belah, tapak pameran dsb:
Pelbagai syarikat telekomunikasi mempunyai reruai dan kedai di Mara digital.

 
barungn kaunter atau pondok khas yg disediakan di pusat pengundian utk kemudahan pengundi membuat semakan ttg maklumat pengundian: Pd hari mengundi, semakan boleh dibuat di barung SPR yg disediakan di pusat-pusat mengundi.

Makna12.08.2023
Hai, apakah terjemahan yang sesuai digunakan bagi "pool". Contoh ayat: Title of the voting pool is empty. Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah khusus bahasa Melayu untuk voting pool. Istilah bahasa Melayu untuk pool ialah kumpulan, kelompok atau himpunan dan padanan untuk voting ialah pengundian, mengundi atau undi. Oleh itu, puan boleh memilih padanan yang sesuai dengan konteks penggunaan.Istilah23.10.2012
Assalamualaikum, Saya ingin menyemak, adakah betul penggunaan istilah 'membuang undi' atau 'pembuangan undi'. Adakah ini betul atau diterima pakai? Kenapa undi perlu dibuang? Saya merasakan ini adalah terjemahan langsung dari Bahasa Inggeris 'cast a vote'. Terima kasih.Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, "membuang undi" dan "pembuangan undi" membawa maksud menentukan sesuatu dengan undi. Dalam bidang Sains Politik, "pembuangan undi" atau "pengundian"  diambil daripada istilah sumbernya iaitu "Voting".Istilah15.12.2021

Kembali ke atas