Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngun.dian] | ڤڠوندين

Definisi : perihal (perbuatan, proses, dsb) mengundi, pemilihan dgn cara mengundi: pengumuman keputusan ~ memilih pucuk pimpinan UMNO; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngun.dian] | ڤڠوندين

Definisi : perbuatan (cara dsb) mengundi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undi
Kata Terbitan : mengundi, undian, pengundian, pengundi,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
polling districtdaerah pengundianSains PolitikPolitik PerbandinganKawasan atau pusat pengundian dalam satu kawasan pilihan raya. Suruhanjaya pilihan raya akan membahagikan kawasan pllihan raya kepada beberapa daerah pengundian bagi memudahkan proses pembuangan undi. Di kawasan ini juga terdapat pusat mengundi untuk orang ramai seperti sekolah atau balai raya. Setelah pembuangan undi selesai, semua kotak undi dari semua daerah pengundian akan dikumpulkan di tempat pengiraan undi. Dalam sesebuah daerah pengundian, mungkin terdapat dua atau lebih kotak undi, bergantung kepada bilangan pengundi di kawasan tersebut. Contohnya, Seksyen 2 Shah Alam merupakan satu daerah pengundian bagi kawasan Parlimen Shah Alam.
pollpengundianSains PolitikPolitik PerbandinganPilihan raya atau tinjauan pendapat yang diadakan untuk memilih wakil rakyat atau untuk memperoleh sesuatu pandangan. Pengundian diadakan secara berkala dengan penglibatan pemilih untuk memilih calon wakil rakyat manakala pungutan suara atau tinjauan pendapat awam diadakan apabila perlu untuk melihat sesuatu isu. Pengundian lazimnya diadakan dalam satu atau beberapa hari yang ditetapkan dan hanya pengundi berdaftar yang layak mengundi. Pemilih dikehendaki menandakan calon yang dipilih dalam kertas undi yang disediakan dan kemudian memasukkannya ke dalam kotak undi ang disediakan di pusat mengundi. Pungutan suara pula boleh dilaksanakan dalam bentuk kertas tinjauan, temu bual secara langsung, telefon, internet dan sebagainya. Pelaksanaan pungutan suara lebih fleksibel dan tidak terikat dengan pelbagai peraturan perundangan. Contoh pengundian ialah pilihan raya umum di Malaysia yang diadakan pada setiap empat atau lima tahun sekali. Sinonim pungutan suara.
secret ballotundi sulitSains PolitikPolitik PerbandinganPemilihan yang dilakukan secara rahsia. Dalam pengundian ini, setiap pemilih tidak mengetahui pilihan yang dibuat oleh pengundi lain. Pengundian sulit biasanya dilaksanakan secara kertas undi dan tidak secara terbuka dengan mengangkat tangan. Pengundi yang memilih calon yang bersaing hanya perlu menanda dan memasukkan kertas undi ke dalam kotak undi yang terkawal. Tujuan undi sulit dilaksanakan adalah untuk tidak mempengaruhi proses pengundian dan memberi kebebasan sepenuhnya kepada pengundi untuk membuat pemilihan tanpa merasa tekanan. Pada zaman moden ini, kemudahan komputer banyak digunakan untuk menjalankan pengundian sulit ini. Contohnya, pengundian dalam pilihan raya umum Malaysia dijalankan secara undi sulit.
preferential votingpengundian keutamaanSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang memerlukan satu wakil dari satu kawasan tetapi memberi peluang kepada pemilih menyenarai calon yang disukai menurut keutamaan pengundi berdasarkan nombor 1, 2, 3 dan seterusnya. Calon pertama yang mendapat undi tertinggi melepasi 50%+1 undi akan dianggap pemenang dan akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya tiada calon yang mendapat majoriti sedemikian maka calon yang mendapat undi yang tercorot akan terkeluar daripada pemilihan dan kertas undi beliau akan disemak dan seterusnya calon yang menjadi pilihan kedua dari kertas ini akan mendapat undi tersebut. Daripada pengumpulan undi ini, calon yang melepasi majoriti seperti di atas yang akan menang. Proses tersebut akan berulang sehingga pemenang diperoleh. Sebagai contoh, Australia mengamalkan sistem pengundian keutamaan ini dalam pilihan raya mereka.
block votingpengundian kelompokSains PolitikTiadaPengundian berkelompok yang dilakukan oleh pelbagai kumpulan, parti politik atau individu atas dasar kepentingan bersama dengan menyokong satu pihak yang sama, atau menyatakan pendirian yang sama.
pollpengundian; pungutan undi; kepala alatSejarahTiada1. Pungutan suara atau pengundian untuk menentukan sesebuah parti politik atau seorang dipilih memegang tampuk pemerintahan.
cumulative voting systemsistem pengundian terkumpulPentadbiran PerniagaanTiadaKaedah pengundian pemilihan lembaga pengarah yang membolehkan seorang pemegang saham memberi mana-mana calon kesemua undi yang dimilikinya.
single system of votingsistem pengundian tunggalSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang dijalankan dengan cara menandakan Ya atau Tidak kepada calon yang bertanding dalam pilihan raya. Calon yang mendapat undi tertinggi akan dipilih menjadi wakil rakyat. Walau bagaimanapun sekiranya perbezaan majoriti antara calon adalah kecil, maka pilihan raya akan diadakan sekali lagi. Pada pemilihan kedua ini, hanya dua calon yang mendapat undi tertinggi dibolehkan bertanding semula seperti yang diamalkan di Perancis.
simple majority voting systemsistem pengundian lebih suaraSains PolitikPolitik PerbandinganSistem pengundian yang hanya memerlukan majoriti kecil untuk menentukan kemenangan. Dalam sistem ini, calon yang mendapat majoriti walaupun lebih satu undi akan diisytiharkan sebagai pemenang. Majoriti di sini bermaksud calon tidak semestinya perlu mendapat lebih daripada 50 peratus undi, tetapi undi terbanyak dalam maksud ini melebihi undi yang diperoleh oleh calon-calon lain. Sistem ini pada umumnya diamalkan di negara tanah jajahan British seperti Fiji, India, Malaysia, Nigeria dan Singapura. Dalam sistem ini, negara dibahagikan kepada kawasan pilihan raya dan setiap kawasan akan memilih seorang wakil. Kawasan pilihan raya itu dikenali sebagai ridings di Kanada, district di Amerika Syarikat dan constituencies di Great Britain.
ballotundi(rahsia)SejarahTiadaPengundian yang dijamin kerahasiaanya, dengan pengundi menanda pilihan mereka pada kertas undi rasmi yang akan dikira secara terbuka pada akhir pengundian.
12345678

Kembali ke atas