Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngun.du.ran] | ڤڠوندورن

Definisi : perihal mengundur(kan): British sentiasa takut kalau Jepun dapat mematahkan ~ mereka dgn mendarat di belakang barisan mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngun.du.ran] | ڤڠوندورن

Definisi : perbuatan atau hal mengundurkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
undur
Kata Terbitan : berundur, mengundur, mengundurkan, pengunduran,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AHERN, BERTIE

Ahern, Bertie (1951– ), ahli politik Ireland,

menggantikan Albert Reynolds sebagai ketua parti

Fianna Fáil pada bulan November 1994. Berikutan

pengunduran Reynold sebagai taoiseach (perdana

menteri) pada bulan yang sama, Ahern muncul

sebagai bakal pengganti.

UMUM 
ALANBROOKE, LORD

Alanbrooke, Lord(1883–1963), salah seorang

pemimpin tentera Great Britain semasa Perang

Dunia II (1939–1945). Dia menerima penghormatan

khas kerana kepimpinannya semasa pengunduran

dari Dunkerque.

UMUM 
SKIZOFRENIA

Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental teruk

yang telah dicirikan sebagai gangguan fikiran yang

tidak diduga. Perkataan skizofrenia bermakna

perpecahan minda. Ia merujuk kepada ciri-ciri

kelakuan skizofrenia seperti pengunduran

daripada kebenaran dan berfikir secara tidak logik

dan mengelirukan. Istilah ini tidak bermakna

pesakit mempunyai lebih daripada satu personaliti.

UMUM 
SCALAWAG

Scalawag ialah orang kulit putih dari Amerika

Selatan yang bekerjasama dengan orang kulit

hitam dan orang utara Republikan untuk mengawal

politik di Selatan selepas Perang Saudara Amerika.

Orang Demokrat di Selatan menyifatkan golongan

ini sebagai “haiwan berpakaian manusia” dan

memanggil mereka scalawag , iaitu nama yang

biasa digunakan pada lembu yang tidak berguna.

Kebanyakan Scalawag terdiri daripada peniaga,

dan peladang yang menentang perpisahan

(pengunduran) daripada kesatuan sebelum

peperangan. Orang Scalawag yang lain,

kebanyakannya terdiri daripada keluarga miskin

dari kawasan bukit bukau di Selatan. Terdapat

orang scalawag yang mendapat keuntungan

peribadi tetapi ada yang yakin bahawa pihak

Selatan perlu meninggalkan nilai bangsa dan

masyarakatnya sebelum perang untuk terus hidup.

Orang Scalawag membantu membangunkan

semula pelajaran dan masyarakat serta meluluskan

undang-undang yang membolehkan golongan kulit

hitam mengundi. Pada tahun 1870-an, mereka

menghilangkan diri apabila Demokrat berkuasa

semula di Selatan.

UMUM 

Kembali ke atas