Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngung.ka.pan] | ڤڠوڠکڤن

Definisi : perihal (perbuatan dsb) meng-ungkapkan: dilafazkan mengikut sebutan, intonasi, dan gaya ~ yg fasih dan lancar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pengungkapan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
NOVELET

NOVELET, satu bentuk cereka prosa atau panjang. Dalam kesusasteraan Melayu mahupun Indonesia istilah novelet ini dikenali juga dengan ‘novela’. Bentuk nevelet ini lebih panjang daripada bentuk cerpen tetapi lebih pendek daripada bentuk novel. Pada lazimnya jumlah perkataan yang membentuk sesebuah novelet itu adalah sekitar 20 000 hingga 40 000 perkataan. Dalam hal ini mungkin juga terdapat beberapa buah novelet yang mengandungi kurang daripada 20 000 perkataan, namun masih dapat digolongkan ke dalam bentuk novelet iaitu berdasarkan pengungkapan dan pengolahan watak atau watak-wataknya yang ternyata lebih kompleks berbanding dengan pengungkapan dan pengolahan dalam bentuk cerpen.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas