Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngun.jung] | ڤڠونجوڠ

Definisi : orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat, pelancong: pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para ~ datang ke sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngun.jung] | ڤڠونجوڠ

Definisi : orang yg berkunjung atau yg mengunjungi; pelawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Mohon pengesahan tuan, mana satukah yang betul: 'Pengunjung ke-1000' atau 'Pengunjung ke-1,000'? Terima kasih.Salam,

Jawapan yang lebih tepat ialah Pengunjung ke-1000.                                                    
Tatabahasa25.06.2015
Perbezaan antara pelawat, pengunjung dan pelancong.Menurut Kamus Dewan, pelawat ditakrifkan sebagai orang yg melawat atau pengunjung.Pelancong pula ditakrifkan sebagai orang yg melancong. Contoh ayat :Kedua-dua bandar itu selalu dilawati pelancong kerana pemandangannya yg cantik. Pengunjung pula ditakrifkan sebagai orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat atau pelancong. Contoh ayat: Pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para pengunjung datang ke sana.Makna08.09.2007
Adakah ayat ini betul tatabahasanya? Banyak pengunjung berduyun-duyun memasuki zoo.Berduyun-duyun telah membawa maksud jamad, ayat yang gramatis "pengunjung berduyun-duyun memasuki zoo".Tatabahasa14.07.2012
Betulkah ayat ini: Menerusi galeri ini para pengunjung dapat hargai dengan lebih mendalam tentang perjuangan mereka.Ayat yang betul ialah, Galeri ini membolehkan para pengunjung menghargai perjuangan mereka dengan lebih mendalam.Lain-lain07.04.2023
Bolehkah di dan dalam diwujudkan dalam masa yang sama? Contoh ayat : Pengunjung boleh melibatkan diri di dalam beberapa aktiviti. Adakah ayat itu betul?Daripada ayat yang diberi, jawapan yang betul ialah:



Pengunjung boleh melibatkan diri dalam beberapa aktiviti.
Tatabahasa30.09.2021
Saya ingin tahu penggunaan perkataan hargai dalam ayat berikut betul atau salah :Menerusi galeri ini para pengunjung dapat hargai dengan lebih mendalam tentang perjuangan mereka.Ayat yang betul ialah: Galeri ini membolehkan para pengunjung menghargai perjuangan mereka dengan lebih mendalam.Tatabahasa07.04.2023
Selamat sejahtera. Betulkah ayat berikut: Amaran. Anda kerap berada di kawasan kerap berlaku kemalangan. Pengunjung dinasihatkan tidak mandi-manda di kawasan ini ketika waktu hujan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.Ayat yang betul ialah: Amaran. Kawasan kerap berlaku kemalangan. Pengunjung dinasihatkan tidak mandi-manda ketika hujan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.Tatabahasa27.06.2022
Apakah kesalahannya? 1) Pengunjung yang ke 1000 pasar raya itu layak menerima hadiah. 2) Jangan cerobohi rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini. 3) Wajah Mak Usu mengingatkan saya kepada arwah ibu yang saling tak tumpah seiras. 4) Promosi barangan murah oleh pasaraya menarik perhatian. 5) Haji Khalid gemar cerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak.Ayat yang saudara kemukakan terdapat kesalahan dan telah kami perbetulkan.
1) Pengunjung yang ke-1000 pasar raya itu layak menerima hadiah.
2) Jangan pijak rumput-rumput yang baru ditanam di taman ini.
3) Wajah Mak Usu salin tak tumpah arwah ibu dan mengingatkan saya kepadanya.  
4) Promosi barangan murah oleh pasar raya menarik perhatian orang ramai.
5) Haji Khalid gemar bercerita mengenai zaman bujangnya kepada anak-anak
Tatabahasa05.04.2013
Salam sejahtera. A) Pulau ini mampu menggamit pengunjung dengan batu karangnya yang tumbuh mengelilingi pulau ini serta kawasan pantai yang cantik. B) ...menggamit perasaan... {SOALAN 1} Bolehkah perkataan 'menggamit' digunakan dalam ayat (A)? Apakah maksudnya dalam konteks ayat ini? {SOALAN 2} Apakah bolehkah menggamit digunakan dalam frasa (B)? Apakah fungsi dan maksudnya yang tersirat, terutamanya dari segi KEPUITISANNYA?Perkataan "menggamit" boleh digunakan dalam ayat A  dan B.  Kata  "menggamit" pengunjung bermaksud menimbulkan minat dan keinginan orang ramai untuk datang dan menikmati keindahan pulau tersebut. Manakala "menggamit" perasaan  ialah menimbulkan/ memberi kesan  perasaan kepada seseorang  terhadap sesuatu perkara atau peristiwa yang dialami. 
 
Tatabahasa15.10.2020
Adakah perkataan 'viral' dalam ayat di bawah boleh digunakan? Saya tidak menjumpai perkataan yang sesuai untuk digunakan dalam konteks ayat tersebut. Sebenarnya ayat tersebut hendak digunakan sebagai soalan latihan matematik sekolah rendah. Terima kasih. Sebuah tayangan video telah menjadi viral dalam sebuah laman web. Pada hari pertama tayangan, bilangan pengunjung yang menonton video itu ialah 245 102 orang. Pada hari keempat pula, bilangan pengunjung menjadi 245 702 orang. Bilangan pengunjung meningkat pada setiap hari adalah sama banyak. Berapakah bilangan pengunjung yang menonton video itu pada hari kedua dan ketiga?Untuk makluman, dalam pangkalan data kami tidak terdapat maksud "viral" yang berkaitan dengan makna tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk "viral", iaitu virus. Sekiranya kita merujuk kepada Internet, "viral" bermaksud imej, video, maklumat dan sebagainya yang merebak dengan pantas dan meluas daripada seorang pengguna Internet kepada pengguna internet yang lain.Tatabahasa27.04.2015
123

Kembali ke atas