Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngun.jung] | ڤڠونجوڠ

Definisi : orang yg mengunjungi sesuatu tempat, pelawat, pelancong: pemandangan di tempat tersebut demikian indahnya sehingga banyak para ~ datang ke sana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngun.jung] | ڤڠونجوڠ

Definisi : orang yg berkunjung atau yg mengunjungi; pelawat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
POTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANURPOTRET PANJANG SEORANG PENGUNJUNG PANTAI SANUR, kumpulan karya Abdul Hadi W.M. Kumpulan puisi ini memuatkan 39 buah puisi yang ditulis antara tahun 1967 hingga 1972. Melalui puisi-puisinya dalam kumpulan ini Abdul Hadi menampilkan fenomena alam dan kekuasaan Tuhan. Bagi Abdul Hadi semua kejadian ini bersumber kepada kekuasaan dari kemuliaan Allah, yang mencipta alam dan isinya.SASTERAKarya
MIAMI

Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met.

1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika

Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan

rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai

pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah

menarik ramai pesara dari seluruh Amerika

Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun

pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang

asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan

yang mendapat publisiti besar-besaran, telah

menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat

pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di

pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai

Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan

Atlantik.

UMUM 
PULAU LAMBAY

Pulau Lambay ialah sebuah pulau kecil di Laut

Ireland, di luar pantai kaunti Dublin, Ireland. Ia

mempunyai kawasan seluas lebih kurang 21

kilometer persegi. Pulau ini dikenali sebagai

tempat perlindungan burung. Pulau ini milik

peribadi dan pengunjung mesti mendapatkan

kebenaran khusus. Lambay merupakan tempat

serangan pertama orang Viking terhadap Ireland

pada tahun 790-an. Pulau ini mempunyai runtuhan

benteng yang dibina semenjak tahun 1500-an.

UMUM 
TAMAN TEMA

Taman tema ialah pusat hiburan luar yang

menawarkan aktiviti tunggangan, permainan,

pameran, dan pertunjukan yang berdasarkan satu

atau lebih idea istimewa, atau tema. Penggunaan

tema merupakan perbezaan utama di antara taman

tema dan taman hiburan tradisional. Taman hiburan

menawarkan pilihan pelbagai jenis hiburan, seperti

pengenderaan roller-coaster , roda ferris, kuda

pusing, dan permainan sampingan termasuk baling

kelapa, dan galeri sasar. Taman tema menawarkan

hiburan berkaitan antara satu sama lain dengan idea

yang biasa seperti hidupan liar, pengembaraan

angkasa, atau cara manusia hidup pada zaman

silam. Di dalam taman hiburan, pengunjung perlu

membayar untuk setiap permainan, tunggangan,

atau hiburan lain secara berasingan. Di dalam taman

tema, pengunjung biasanya membayar sekali gus

untuk masuk dan menyertai semua acara permainan

dan hiburan.

UMUM 
NEVADA

Nevada (pend. 1 206 152) ialah negeri di barat

Amerika Syarikat. Ia adalah satu-satunya negeri di

Amerika Syarikat yang mempunyai undang-undang

yang membenarkan hampir segala jenis perjudian

di seluruh negerinya. Kasino perjudian mewah di

Tasik Tahoe, Las Vegas, dan Reno menarik ramai

pengunjung dari merata dunia. Dari segi keluasan,

Nevada merupakan salah satu negeri Amerika

Syarikat yang terbesar, tetapi jumlah penduduknya

adalah antara yang terkecil berbanding dengan

negeri-negeri lain. Bandar terbesar dan pusat utama

tarikan pelancong ialah Las Vegas, manakala Reno

ialah bandar kedua terbesar.

UMUM 
TASIK TAUPO

Tasik Taupo, terletak hampir-hampir di tengah

Pulau Utara, merupakan tasik yang paling besar di

New Zealand. Lebarnya 27 kilometer di tempat

yang paling lebar; dan panjangnya 40 kilometer.

Sungai Waikato, iaitu sungai paling panjang di

New Zealand, mengalir dari Tasik Taupo. Bandar

Taupo, iaitu pusat perikanan trout, terletak

berhampiran pinggir utara tasik ini. Di sebelah

selatannya, para pengunjung dapat melihat puncak-puncak

gunung berapi Tongariro, Ruapehu, dan

Ngauruhoe. Mata air panas terbit dari bumi di

banyak tempat di sepanjang pesisir utara dan

selatan tasik ini.

UMUM 
SAPPORO

Sapporo (pend. 1 542 979) ialah ibu negeri

Hokkaido, pulau yang paling utara di Jepun. Ia

terletak di bahagian barat pulau berhampiran Teluk

Otaru. (Lihat Jepun [peta politik]).

Sapporo dibina pada tahun 1871, dan dibentuk

berdasarkan bandar di negara Barat. Ia menjadi pusat

pembuatan dan kebudayaan pulau itu. Keluarannya

meliputi kain jerami, barangan getah, susu pekat dan

kacang soya yang diproses. Tarikan utama Sapporo

meliputi Hokkaido University dan taman bunganya

yang khusus kepada flora alpin. Penduduk dan

pengunjung menikmati cerun ski yang terletak di

subbandar dan mata air panas Jozãnkei, 18 kilometer

ke barat daya bandar. Pada tahun 1972, Sukan

Olimpik Musim Sejuk berlangsung di Sapporo.

UMUM 
MUZIUM BRITISH

Muzium British, di London, adalah antara

muzium agung kebangsaan yang paling tua.

Koleksi yang dipamerkan adalah antara yang

terbaik di dunia. Muzium ini ditubuhkan pada

tahun 1753 melalui akta Parlimen selepas Sir Hans

Sloane, doktor British dan juga ahli botani

mewasiatkan kesemua koleksinya kepada negara.

Muzium ini dibuka pada 15 Januari 1759, di

Montagu House, West End; London. Pada tahun

1847, bangunan baru telah menggantikan

Montagu House dan penambahan koleksi telah

dilakukan semenjak tarikh tersebut. Muzium

British menarik lebih empat juta pengunjung

setiap tahun.

UMUM 

Kembali ke atas