Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pe.ngu.raian] | ڤڠوراين

Definisi : perihal menguraikan, perbuatan dsb memecahkan kpd unsur-unsur dsb sesuatu; ® hurai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pe.ngu.raian] | ڤڠوراين

Definisi : perbuatan (hal dsb) menguraikan sesuatu: ~ elektrik proses memisah-misahkan sesuatu bahan kimia dgn menggunakan tenaga elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penguraian


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum tuan. Antara ayat di bawah, yang mana satu betul. 1) Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar. Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemari alam sekitar. *Patut guna mencemarkan atau mencemari alam sekitar. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar."Tatabahasa30.12.2019
Mohon jasa baik tuan/puan untuk menterjemaahkan penyataan di bawah ke dalam bahasa Melayu. "Unravelling Biodiversity for Future Generation" Terima kasih.Biodiversiti Penguraian untuk Generasi Masa HadapanPenyemakan dan penterjemahan29.05.2014
Bilakah perkataan “ditambahkan” atau “menambahkan” boleh digunakan? Sebagai contoh dalam ayat di bawah ini: “Bahan pengawet 20. (1) Dalam Peraturan-Peraturan ini, “bahan pengawet” ertinya apa-apa bahan yang, apabila ditambah pada makanan, boleh menyekat, merencat atau menahan proses penguraian, penapaian, atau pengasidan makanan tersebut tetapi tidaklah termasuk herba, rempah, cuka atau asap kayu.

Perkataan menambahkan merupakan kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan untuk menghasilkan kata kerja aktif transitif, iaitu kata kerja yang mesti diikuti dengan objek yang terdiri daripada kata nama atau frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Antara maksud tersebut ialah:

i.   Maksud membuat sesuatu yang terkadung dalam kata kerja dasar

ii.  Maksud kausatif atau menyebabkan

iii. Maksud benefaktif atau manfaat

Perkataan ditambahkan pula ialah bentuk pasif bagi perkataan menambahkan. Manakala dalam contoh ayat yang diberikan, perkataan ditambah ialah  awalan di- yang digabungkan dengan kata dasar untuk membentuk kata kerja pasif bagi ayat yang subjek asalnya terdiri daripada pelaku orang ketiga. Contoh dalam ayat, Surat itu ditulis oleh adik saya.

Tatabahasa28.05.2021
Istilah “ripening ferment” dalam contoh ayat ini dipadankan dengan “tapai matang”. Melalui semakan di PRPM istilah ini dipadankan sebagai “pematang fermentasi”. Apakah padanan yang sewajarnya bagi istilah dalam contoh ayat ini. “106. (2) Cheese may contain ripening ferments, harmless acid producing bacterial cultures, special mould cultures and may be coated with harmless wax or plastic. 106. (2) Keju boleh mengandungi tapai matang, kultur bakteria penghasil asid yang tidak berbahaya, kultura kulat khas dan boleh disaluti dengan lilin atau plastik tidak berbahaya.”.Berdasarkan semakan PRPM, padanan istilah bahasa Melayu bagi "ripening ferment" ialah "pematang fermentasi". 
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisikan "fermentasi" sebagai penapaian, iaitu gas yang dikeluarkan akibat tindak balas.

Bagi terjemahan konteks ayat yang diberikan, perkataan "tapai matang" boleh disesuaikan dalam penggunaan ayat tersebut.

Kamus Dewan juga merakamkan definisi "tapai", iaitu tindak balas kimia yang melibatkan penguraian molekul organik oleh sesuatu bahan seperti ragi (kulat, enzim) menjadi bahan yang lebih ringkas.

Terjemahan ini juga berdasarkan Peraturan Peraturan Makanan 1985 dan bergantung kepada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu.

Lain-lain28.05.2021
adakah istilah ini digunakan dalam BM? (perlu italic atau tidak jika ia ditulis dalam teks) -sentraliti -autopoiesis, -multidimensionaliti -dekomposisi. -kebertujuan -kategorisasi -hadis ahad, - mukhalafah. -praassumpsi -istihsan -disjunktif -paganis

Setiap perkataan tersebut telah mempunyai istilah dalam bahasa Melayu. Oleh itu, sila gunakan istilah dalam bahasa Melayu yang sedia ada dan tidak perlu italik. Kami mencadangkan perkataan tersebut dipadankan seperti yang berikut:

 

1.        sentraliti – kesepaduan, pemusatan, kepesatan

2.        autopoiesis – autopoiesis

3.        multidimensionaliti – multidimensi

4.        dekomposisi –penguraian, pereputan

5.        kebertujuan – kebertujuan

6.        kategorisasi – kategorisasi

7.        praassumpsi – praandaian

8.        hadis ahad - hadis Ahad

9.        mukhalafah – mukhalafah

10.      istihsan – istihsan

11.      disjunktif – penyarak, disjungtif

12.      paganis - Mohon berikan makna perkataan dan contoh penggunaan dalam ayat dan ejaan dalam bahasa Inggeris supaya kami dapat mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk perkataan ini.

Untuk mendapatkan padanan istilah dalam bahasa Melayu, sila buat carian melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) https://prpm.dbp.gov.my

Lain-lain03.11.2022

Kembali ke atas